Anak anda mungkin ada masalah pembelajaran kanak-kanak?
Adakah anak anda sukar membaca? Adakah dia mengalami kesukaran di sekolah? Adakah skil sosialnya lemah? Jika jawapan anda ‘ya’, anak anda mungkin mengalami salah satu daripada 5 masalah pembelajaran kanak-kanak ini.
Disebabkan faktor persekitaran dan genetik, sesetengah kanak-kanak boleh mengalami kesukaran dalam pembelajaran.
Ini akan memberi impak terhadap perilaku, emosi, kebolehan sosial, akademik termasuklah skil kognitif tidak verbal kanak-kanak itu.
Namun, mereka masih boleh melalui kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.
Kredit: communitytable.parade.com
Dalam sesetengah kes, ketidakupayaan seumpama ini datang tiba-tiba. Namun jika anda perasan ada sesuatu yang tidak kena, dapatkan rawatan yang sepatutnya.
5 masalah pembelajaran kanak-kanak yang boleh beri impak pada kehidupan anak
Masalah pembelajaran kanak-kanak secara asasnya ialah masalah pemprosesan neurologikal. Masalah ini mempengaruhi skil pelajaran asas anak seperti membaca, menulis dan bercakap.
Ia juga boleh membantutkan skil memori dan tumpuan.
Masalah kurang upaya pembelajaran bukanlah masalah pembelajaran semata-mata. Ia memberi impak terhadap akademik malah terhadap urusan seharian mereka.
Sebab itu amat penting untuk anda membantu mereka dengan mengenal pasti kurang upaya pembelajaran ini di peringkat awal.
1. Kurang upaya pembelajaran bukan verbal (NVLD)
Kredit: Stop the Slip
NVLD ialah kanak-kanak yang mengalami skil motor, skil verbal dan skil spatial yang lemah. Mereka sukar untuk faham bahasa tubuh seperti ekspresi muka dan lenggok tubuh.
- mereka mempunyai koordinasi psiko motor yang lemah, menjadikan mereka tidak cermat. Mereka kerap terjatuh atau terlanggar sesuatu
- mereka sukar melakukan kerja dengn skil motor seperti menggunakan gunting atau mengikat tali kasut.
- sukar memahami arahan, mempunyai masalah keresahan dan skil sosial yang lemah.
- sukar menyelesaikan matematik, kurang fokus dan masalah penulisan.
Selalunya, NVLD di diaganos sebagai Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), autism spektrum, keresahan atau masalah matematik.
2. Masalah komunikasi sosial
Bagi masalah ini, kanak-kanak tersebut ada tahap komunikasi sosial yang lebih rendah berbanding skil verbal dan kognitif am.
Anda mungkin boleh melihat isu-isu berikut pada kanak-kanak yang ada masalah ini:
- tidak dapat beri respon yang cepat
- sukar membuat pergerakan tubuh seperti melambai atau menunjuk
- tidak faham sekiranya tiba gilirannya dalam permainan
- tidak tahu bagaimana meluahkan emosi dan perasaan
- kurang fokus dan bertukar topik dengan cepat
- menggunakan banyak perkataan atau panjang untuk mengekspresikan sesuatu
3. Dyscalculia
Tidak berupaya memahami nombor
Masalah ini menyebabkan kanak-kanak sukar memahami dan sukar menyelesaikan permasalahan matematik.
Segala koonsep yang melibatkan nombor adalah sukar difahami bagi kanak-kanak dengan masalah ini. Malangnya, ia boleh berlarutan seumur hidup.
Berikut adalah beberapa simptom yang anda akan dapat lihat:
- ada masalah memahami kuantiti dan konsep matematik
- tidak berjaya mengaitkan nombor dan perkataan. Contohnya ‘3’ dengan ‘tiga’
- tidak mampu menyelesaikan permasalahan matematik
Ramai pakar yang menggelarkan hal ini dengan “mathematics disorder” atau masalah matematik kerana kanak-kanak hanya bergelut dengan asas matematik.
4. Masalah pemprosesan auditori
Satu lagi masalah pembelajaran kanak-kanak adalah masalah pemprosesan auditori. Ia selalu mengganggu kanak-kanak yang sudah bersekolah.
Mereka sukar faham apa yang didengari mereka.
Antara simptom yang anda boleh lihat ialah:
- mudah terganggu dan terkejut walau dengan bunyi sedikit kuat
- mereka tidak selesa dan meragam di tempat bising
- tidak mampu mengikut arahan sama ada ringkas atau rumit
- sukar membaca, menulis dan mengeja
- mudah lupa kerja mereka dan tidak teratur
- sukar mengikut perbualan
Masalah ini sering disalah faham dengan masalah perilaku atau ADHD atau kemurungan. Namun sebenarnya, kanak-kanak yang mempunyai masalah ini dapat mengasah skil lebih baik apabila semakin besar.
Dia masih memerlukan bantuan patologi untuk mengasah skil bercakap dan mendengar.
5. Masalah campuran reseptif dan ekspresif
Tidak tahu menerima maklumat dan tidak tahu memberi respon
Ia kini dipanggil masalah bahasa atau Language Disorder. Mereka akan mempunyai masalah untuk memproses dan memahami apa yang dikatakan kepada mereka.
Malah mereka tidak dapat mengekspresikan fikiran dan perasaan mereka dengan kata-kata.
Ini mungkin tidak kelihatan sebagai masalah yang besar, tapi ia boleh memberi impak kepada skil sosial kanak-kanak. Jadi lihat simptom berikut:
- tidak faham apa yang orang lain sampaikan
- tidak dapat berkongsi apa yang dia rasa, fikirkan atau idea
- akademik tidak bagus
- tidak pandai membaca, menyelesaikan masalah matematik atau menulis ayat yang betul
Amat penting sebagai ibu bapa anda untuk bersabar dalam menganalisa anak anda. Fahami kekuatan dan kelemahan mereka.
Contoh sesetengah anak yang kurang pandai bersosial lebih pandai mengekspresikan diri mereka melalui seni.
Jika anda menyedari sesuatu yang kurang dengan anak anda, jangan terus memaksa. Bantu mereka untuk melalui kesukaran itu.
Dengan sokongan dan dorongan anda, anak anda boleh melepasi kekurangan ini.
Sumber: theAsianparent Singapore, yourtango, idaamerica
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.commengatasi-anak-lembab/
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!