X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Mengajar Anak Menulis Dan Membaca, Ikuti 5 Teknik Menarik Yang Dikongsi Ibu Ini!

4 min bacaan
Cara Mengajar Anak Menulis Dan Membaca, Ikuti 5 Teknik Menarik Yang Dikongsi Ibu Ini!

Cara mengajar anak menulis dan membaca di awal usia dapat membantu si manja agar tidak tercicir apabila memasuki alam persekolahan nanti

Memiliki anak kecil di usia 3-5 tahun sudah pandai menulis dan membaca menjadi impian besar buat ibu bapa. Justeru ada beberapa cara mengajar anak menulis dan membaca yang boleh ibu ayah cuba untuk membantu si manja menguasai kemahiran tersebut di awal usia.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Cara mengajar anak menulis dan membaca untuk panduan ibu bapa
  • Mendidik bukan senang namun hasilnya luar biasa

Apatah lagi sudah ramai kanak-kanak masa kini yang memiliki keupayaan menulis dan membaca seawal 4 tahun. Sudah pasti jika anda tidak mahu mereka ketinggalan jika dibandingkan dengan anak orang lain.

Cara mengajar anak menulis dan membaca untuk panduan ibu bapa

tips ajar anak menulis

Puan Mastura Abd Halim telah berkongsi cara mengajar anaknya agar pandai menulis dan membaca. Anak Puan Mastura iaitu Nur Medina Khalishah kini berusia 5 tahun merupakan anak sulung yang diasuhnya.

Dia menyiapkan aktiviti-aktivit buat Khalishah yang melibatkan pergerakan otot dan jari. Aktiviti ini juga melibatkan pergerakan koordinasi mata serta tangan. Setiap pembelajaran disediakan perlu ditempuhi proses susah senangnya.

Puan Mastura berkongsi 5 panduan untuk mengajar anak menulis dan membaca untuk panduan ibu bapa lainnya.

#1. Aktiviti pratulis sebagai permulaan

Pada usia seawal 2 tahun aktiviti pratulis boleh diperkenalkan kepada anak. Ini kerana aktiviti ini menggunakan motor halus otak dan kawalan serta pergerakan otot.

Aktiviti ini melibatkan tulis di atas pasir, susun blok, koyak kertas, tampal kertas, menyepit pakaian dan sebagainya.

#2. Aktiviti conteng atau lukis untuk anak

Ibu bapa boleh sediakan tempat khas atau kertas kosong A4 sebagai ruang conteng dan lukis anak. Berikan kebebasan untuk anak menulis, menconteng atau melukis.

Jangan paksa mereka mengikut kehendak ibu bapa. Hal ini untuk pastikan imaginasi anak mampu berkembang. Secara tak langsung dapat mengajar anak untuk menjadi kreatif.

#3. Aktiviti menyambung garisan atau corak

Aktiviti sambung tulisan atau corak akan membantu anak untuk belajar pegang pensil dengan betul.

Puan Mastura sendiri telah menyediakan latihan sambung garis putus-putus buat Khalishah. Aktiviti ini akan mudahkan anak tulis mengikut garisan dan corak tertentu.

#4. Bagi buku sebagai hadiah penghargaan

Selain membelikan buku untuk dijadikan latihan buat anak-anak, buku juga sesuai dijadikan hadiah penghargaan.

Apabila anak berjaya menyelesaikan latihan maka hadiah berbentuk buku diberikan sebagai galakan dan ganjaran.  Beri buku ikut kesesuaian peringkat umur untuk bantu rangsang kemahiran motor halus dan berfikir.

#5. Seawal 4 tahun ajarkan huruf dan nombor

Puan Mastura mula mengajar Khalishah aktiviti mengenal huruf dan nombor ketika anaknya itu berumur 4 tahun. Menurut Puan Mastura, seawal usia itu Khalishah mampu memahami serta memegang pensil lebih baik.

Mendidik bukan senang namun hasilnya luar biasa

Cara Mengajar Anak Menulis Dan Membaca, Ikuti 5 Teknik Menarik Yang Dikongsi Ibu Ini!

Fasa pertama iaitu ketika anak berusia 2-5 tahun merupakan fasa yang sukar kerana kanak-kanak lebih suka bermain. Mereka juga kurang fokus ketika dalam sesi pembelajaran.

Disebabkan itulah dia sentiasa mencari aktiviti-aktiviti menarik dan sesuai dengan anaknya. Dia tidak paksa Khalishah buat latihan atau aktiviti pada waktu tertentu.

Puan Mastura juga selalu membelikan alat permainan atau beri kebenaran menonton televisyen apabila aktiviti menulis selesai sebagai ganjaran buat Khalishah.

Dia turut berkongsi kesan daripada kemahiran menulis dan membaca dialami Khalishah yang dididik sedari awal lagi.

Khalishah sudah pandai susun huruf menjadi suku kata, perkataan atau ayat pendek. Kanak-kanak ini juga sudah pandai menulis dan mampu menulis surat buat ibu dan ayahnya.

Walaupun Khalishah belum mampu menyusun ayat dengan baik namun ia merupakan perkembangan positif sesuai dengan usianya. Semoga bermanfaat!

Puan Mastura

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ajar Anak Anda Cara Menulis dan Membaca dengan Kaedah ‘Garam dan Dulang’

Baca juga: Pentingnya Ajar Anak Melompat, Ada Kaitan Dengan Kemahiran Membaca & Menulis

Baca juga: Ibu Ini Kongsi Teknik Ajar Anak Membaca & Menulis Sekaligus, Usia 5 Tahun Dah Boleh Baca & Tulis!

Stories Rakan Kongsi
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ain Yusof

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Cara Mengajar Anak Menulis Dan Membaca, Ikuti 5 Teknik Menarik Yang Dikongsi Ibu Ini!
Kongsikan:
  • Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
    Stories Rakan Kongsi

    Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

  • Cara Berkesan Ajar Anak Abjad ABC, Seawal 3 Tahun Dah Boleh Ingat Semua Huruf!

    Cara Berkesan Ajar Anak Abjad ABC, Seawal 3 Tahun Dah Boleh Ingat Semua Huruf!

  • Baru 10 Minit Ibu Keluar Ke Kedai, Sekelip Mata Empat Anak Terkorban Dalam Kebakaran

    Baru 10 Minit Ibu Keluar Ke Kedai, Sekelip Mata Empat Anak Terkorban Dalam Kebakaran

  • Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
    Stories Rakan Kongsi

    Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

  • Cara Berkesan Ajar Anak Abjad ABC, Seawal 3 Tahun Dah Boleh Ingat Semua Huruf!

    Cara Berkesan Ajar Anak Abjad ABC, Seawal 3 Tahun Dah Boleh Ingat Semua Huruf!

  • Baru 10 Minit Ibu Keluar Ke Kedai, Sekelip Mata Empat Anak Terkorban Dalam Kebakaran

    Baru 10 Minit Ibu Keluar Ke Kedai, Sekelip Mata Empat Anak Terkorban Dalam Kebakaran

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.