X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Aktiviti Senaman Untuk Bayi, Berkesan Kuatkan Otot & Percepatkan Proses Berjalan

6 min bacaan
Aktiviti Senaman Untuk Bayi, Berkesan Kuatkan Otot & Percepatkan Proses Berjalan

Aktiviti senaman untuk bayi amat bagus bagi merangsang kemahiran otot dan motor si manja. Ibu boleh cuba seawal usia 1 bulan

Senaman adalah aktiviti fizikal yang kerap dilakukan untuk menggalakkan kesihatan yang baik. Gaya hidup yang sihat ini dilakukan untuk menguatkan kecergasan otot, menambah stamina, dan fleksibiliti tubuh badan. Seperti yang kita tahu, aktiviti senaman adalah perkara biasa bagi semua. Tetapi pernahkah anda terfikir yang bayi juga memerlukan senaman? 

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Sesuai ke bayi melakukan aktiviti senaman?
  • Tips latihan dan aktiviti senaman bayi yang boleh ibu cuba

Olah raga yang betul dan sesuai akan menyumbang pada perkembangan otot dan rangka bayi. Hal ini penting kerana, melalui latihan fizikal ini tubuh badan mereka akan menjadi kuat dan bersedia untuk mempelajari kemahiran-kemahiran motor yang lain seperti merangkak, berdiri, dan berjalan.

Sesuai ke bayi melakukan aktiviti senaman?

aktiviti senaman

Menurut pakar pediatrik dari Amerika Syarikat, Dr Meena Chintapalli, bayi akan mendapat kualiti tidur yang lebih nyenyak dan moodnya lebih bersemangat untuk belajar sesuatu yang baru hasil daripada aktiviti senaman yang dilakukan.

Oleh sebab itu, jika ditanya lagi soalan adakah bayi boleh bersenam? Sudah tentu jawapannya ya, boleh tetapi mereka mempunyai senaman-senaman khusus yang bersesuaian dengan kemampuannya. 

Advertisement

Tips latihan dan aktiviti senaman bayi yang boleh ibu cuba

Bayi lahir dengan otot dan tulang yang lemah pada awalnya. Namun, seiringnya waktu mereka juga akan mengalami proses tumbesaran yang tertentu bermula dari bulan pertama kelahiran sehingga beberapa tahun ke depan.

Oleh yang demikian, sebagai ibu bapa kita haruslah membantu bayi kita dalam membina fleksibiliti, koordinasi, dan kekuatan dengan beberapa rutin dan aktiviti yang sesuai dengan usia. Antara tips latihan senaman untuk bayi yang mudah adalalah seperti:

#1. Luruslah wahai anakku! (3-4 bulan)

senaman bayi

Merekot seperti ulat bulu atau membulat seperti bola sepak, kesemua boleh menjadi tabiat bayi yang baru lahir. Hal ini kerana, berkemungkinan besar bayi terikut-ikut atau sudah terbiasa dengan posisi sedemikian ketika berada di dalam rahim ibu selama 9 bulan.

Tabiat ini boleh dilenturkan secara semula jadi tetapi ibu bapa perlu bertindak sebagai penyokong untuk membantunya.

Apa yang perlu anda lakukan adalah baringkan sahaja bayi di lantai dengan kedudukan mukanya menghadap ke atas dan pegang betisnya dengan tangan anda.

Kemudian, dengan perlahan bengkokkan kaki kanan bayi dengan menolak lutut kaki kanannya ke dada sambl meluruskan kaki kiri ke bawah pula. Begitulah seterusnya, ia dilakukan berselang seli antara kanan dan kiri di kedua-dua belah kaki bayi.

Anda boleh lakukan senaman seolah-olah bayi sedang mengayuh basikal. Ada tiga mood pergerakan yang boleh dipraktikkan iaitu gerakan perlahan, sederhana, dan laju. 

#2. Regangan hebat! (1-4 bulan)

latihan otot bayi

Senaman chest cross ini dimulakan sama ada dalam keadaan  bayi dibaringkan dengan posisi menelantang atau boleh juga dalam posisi duduk tetapi dia perlulah disokong oleh sesuatu seperti kerusi berenjut.

Kemudian, secara perlahan gerakkan kaki bayi keluar sedikit dan pusingkan lutut pula dalam gerakan membulat secara bergilir kanan dan kiri.

Senaman ini bertujuan untuk melembutkan sendi-sendi punggung yang sangat penting untuk seseorang bayi itu berdiri, berjalan, dan berlari. Untuk sesi tambahan, anda juga boleh menggalakkan bayi anda untuk mencapai dan menggenggam ibu jari anda dengan jari jemari mereka.

Dalam keadaan berhati-hati, luruskan lengan mereka ke sisi, dan kemudian lipatkannya ke arah dada semula. Lakukan gerakan ini secara berulang untuk beberapa kali. 

#3. Bakal peninju (1-4 bulan)

Aksi mengenggam dan menumbok ini mampu meransang kemahiran motor halus dan kasar pada bayi. Ia dikenali sebagai grip excercise.

Dari senaman ini juga, anda boleh melihat sejauh mana kemampuan dan kekuatan bayi hanya dari melihat genggaman jari jemarinya sahaja.

senaman untuk bayi

Bayi yang sudah mampu untuk menggenggam dengan baik, ajarkan pula membengkok dan meluruskan lengan mereka. Semasa bayi anda melakukan aksinya seperti seorang peninju yang sedang “menumbuk”, anda boleh tambahkan bunyi ““Tumbukan yang baik!”, “Tumbuk!”, “Bam!” “Pop!”. 

#4. Mula 3,2,1, berlepas! (3-4 bulan)

Pantas seperti kuda, laju seperti jet, berlepas seperti roket. Senaman luar biasa ini berupaya untuk meningkatkan kekuatan otot belakang dan leher bayi.

Baringkan sahaja bayi secara menelentang dengan muka posisi ke bawah, ke atas dada. Kemudian kira dari belakang iaitu dari lima. Dan apa bila sampai pada kiraan satu, cepat-cepat sebut “Berlepas!” sambil menaikkan bayi ke arah udara.

Stories Rakan Kongsi
Jangan Ambil Ringan Masalah Kulit Bayi: Kesan Jangka Panjang Jika Skin Barrier Lemah
Jangan Ambil Ringan Masalah Kulit Bayi: Kesan Jangka Panjang Jika Skin Barrier Lemah
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?

Manfaat dari gerakan tersebut adalah, anda sedang menggalakkan bayi  untuk menggunakan otot leher bagi memastikan kepalanya sentiasa ke atas. Apabila “roket” mahu mendarat, ayuh katakan kepada, “(Nama bayi anda) turun mendarat. Misi tercapai!”

#5. Bergolek-golek (1-4 bulan)

Bayi memang suka bergolek kadang-kala tiada alasannya yang jelas pun mengapa mereka gemar dengan aksi sedemikian. Apa yang pasti mereka sedang menjadi kanak-kanak yang inginkan perhatian. 

Namun tanpa anda sedari aktiviti bergolek yang menyeronokkan ini sebenarnya dapat membantu merangsang kekuatan otot dan sendi mereka.

latihan senaman bayi

Senaman ini juga dikenali sebagai tummy time. Untuk senaman ini apa yang perlu anda lakukan adalah baringkan bayi disebelah anda di atas permukaan yang lembut dan letakkan mainan kegemaran mereka di salah satu sisinya.

Ucapkan kepada bayi anda, “saatnya untuk bergolek”, supaya mereka tahu apa yang mereka bakal buat. Bantu bayi anda golek ke satu sisi supaya dia boleh nampak mainannya, mencapai dan terus bermain. Ulang perbuatan itu ke kiri dan kanan apabila anak mula bosan dengan permainan tersebut.

Gerakkan sedikit demi sedikit inilah yang akan membiasakan bayi untuk berguling. Ambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan kedudukan kepala bayi anda mesti di atas permukaan lembut yang selesa dan kepalanya disokong jika mereka mengangkatnya ke atas.

#6. Jom terbang (3-4 bulan)

Beraksi seperti sebuah kapal terbang, inilah tips senaman terkahir untuk bayi anda. Mula dengan membaringkan bayi dan pastikan mukanya menghadap ke bawah. Kedudukan kaki bayi pula perlu menekan ke arah dada anda. Katakan, “Ayuh terbang anakku!” 

Pegang bayi anda seolah-olah anda mahu menerbangkannya di sekeliling bilik sambil berhati-hati melakukan aksi naik dan turun lengan anda. Tambahnkan efek bunyi seperti kapal terbang atau bernyanyi Bintang, Bintang di Langit, untuk menambahkan mood yang gembira.

Setiap ibu bapa mahu melihat bayi mereka sihat dan dapat membesar dengan baik dan kuat. Oleh itu, fokus dan perhatian yang penuh perlu diterapkan dalam diri agar kita dapat mengikut semua proses tumbesaran bayi kita. 

Huggies, psysiogo

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Aktiviti Melompat Bagus Untuk Anak, Bantu Bina Emosi Yang Baik & Mudahkan Tidur Si Manja

Baca juga: 10 Jenis Aktiviti Motor Halus Yang Bagus Untuk Anak, Bantu Si Manja Jadi Lebih Pintar

Baca juga: Jenis Aktiviti Yang Kreatif & Menyeronokkan Untuk Majlis Baby Shower, Ibu Jom Semak!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Hannani Juhari

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Aktiviti Senaman Untuk Bayi, Berkesan Kuatkan Otot & Percepatkan Proses Berjalan
Kongsikan:
  • Jangan Ambil Ringan Masalah Kulit Bayi: Kesan Jangka Panjang Jika Skin Barrier Lemah
    Stories Rakan Kongsi

    Jangan Ambil Ringan Masalah Kulit Bayi: Kesan Jangka Panjang Jika Skin Barrier Lemah

  • Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
    Stories Rakan Kongsi

    Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier

  • Perut Bayi Berbunyi: Adakah Ia Normal Atau Petanda Masalah? Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

    Perut Bayi Berbunyi: Adakah Ia Normal Atau Petanda Masalah? Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

  • Jangan Ambil Ringan Masalah Kulit Bayi: Kesan Jangka Panjang Jika Skin Barrier Lemah
    Stories Rakan Kongsi

    Jangan Ambil Ringan Masalah Kulit Bayi: Kesan Jangka Panjang Jika Skin Barrier Lemah

  • Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
    Stories Rakan Kongsi

    Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier

  • Perut Bayi Berbunyi: Adakah Ia Normal Atau Petanda Masalah? Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

    Perut Bayi Berbunyi: Adakah Ia Normal Atau Petanda Masalah? Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham