X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Milestone Bayi Baru Lahir Dari Usia 0-12 Bulan Mengikut Jadual Perkembangan, Ini Apa Ibu Perlu Tahu!

8 min bacaan
Milestone Bayi Baru Lahir Dari Usia 0-12 Bulan Mengikut Jadual Perkembangan, Ini Apa Ibu Perlu Tahu!

Pada usia berapa bayi anda boleh mula meniarap? Bila pula bayi anda akan mula merangkak atau berdiri? Semua ini ada ditunjukkan dalam jadual tahap perkembangan bayi 0-12 bulan dalam artikel ini.

Setiap perkembangan bayi dan anak adalah unik, dan mereka membesar mengikut keupayaan masing-masing. Di bawah ini adalah jadual panduan untuk anda mengetahui tahap pencapaian perkembangan anak, atau turut dikenali sebagai milestone bayi, yang akan dicapai dalam tahun pertama si kecil anda.

Jom sama-sama kita semak! Jangan lupa untuk klik pada milestone bayi mengikut usia anak anda ya! 😉

Isi Kandungan

  • Perkembangan bayi 0-6 bulan
  • Perkembangan bayi 7-12 bulan
  • Apa perlu buat jika anak tidak ikut jadual milestone?
  • Aktiviti untuk rangsang perkembangan bayi

Tahap perkembangan bayi baru lahir hingga 6 bulan

perkembangan bayi, perkembangan bayi baru lahir,

  • Panduan lengkap: Perkembangan dan milestone anak anda yang berusia 1 bulan
  • Panduan lengkap: Perkembangan dan milestone anak anda yang berusia 2 bulan
  • Panduan lengkap: Perkembangan dan milestone anak anda yang berusia 3 bulan
  • Panduan lengkap: Perkembangan dan milestone anak anda yang berusia 4 bulan
  • Panduan lengkap: Perkembangan dan milestone anak anda yang berusia 5 bulan
  • Panduan lengkap: Perkembangan dan milestone anak anda yang berusia 6 bulan

Tahap perkembangan bayi 7-12 bulan

perkembangan bayi saya, tahap perkembangan bayi, perkembangan bayi 1 bulan, perkembangan bayi 2 bulan, perkembangan bayi 3 bulan, perkembangan bayi 4 bulan, perkembangan bayi 5 bulan, perkembangan bayi 6 bulan, perkembangan bayi 7 bulan, perkembangan bayi 8 bulan, perkembangan bayi 9 bulan, perkembangan bayi 10 bulan, perkembangan bayi 11 bulan, perkembangan bayi 12 bulan, perkembangan bayi 1 tahun, perkembangan bayi setahun

  • Panduan lengkap: Tumbesaran dan milestone anak anda yang berusia 7 bulan
  • Panduan lengkap: Tumbesaran dan milestone anak anda yang berusia 8 bulan
  • Panduan lengkap: Tumbesaran dan milestone anak anda yang berusia 9 bulan
  • Panduan lengkap: Tumbesaran dan milestone anak anda yang berusia 10 bulan
  • Panduan lengkap: Tumbesaran dan milestone anak anda yang berusia 11 bulan
  • Panduan lengkap: Tumbesaran dan milestone anak anda yang berusia 12 bulan

Apa yang perlu buat jika anak tidak mengikut jadual milestone bayi?

Milestone Bayi Baru Lahir Dari Usia 0-12 Bulan Mengikut Jadual Perkembangan, Ini Apa Ibu Perlu Tahu!

1. Berjumpa dan berbincang dengan doktor keluarga anda

Kita sebagai ibu dan ayah paling mengenali dan arif tentang perkembangan bayi dan perilaku anak kita.

Jadi sekiranya ibu dan ayah berpendapat perkembangan anak terlewat dari usianya seperti cara bermain, belajar, bergaul, kebolehan bertutur dan masalah dalam pergerakkannya, ibu dan ayah boleh berjumpa dan meluahkan segala masalah serta kerisauan kepada doktor atau pakar kanak-kanak.

Jangan tangguh sekiranya milestone bayi lambat daripada biasa. Rawatan dan terapi awal sangat membantu mempengaruhi kehidupan anak anda pada masa hadapan.

2. Bawa anak anda untuk menjalani saringan perkembangan (developmental screening)

American Academy of Pediatrics menyarankan bayi atau kanak-kanak menjalani ujian saringan umum menggunakan alatan khas yang telah diseragamkan pada usia mereka iaitu pada 9, 18 atau 30 bulan.

Manakala untuk saringan bagi autism disyorkan dilakukan pada usia mereka 18 atau 24 bulan atau bila-bila masa sekiranya ibu dan ayah atau penjaga merasa ada kebimbangan terhadap perkembangan anak mereka.

3. Minta rujukan untuk berjumpa pakar

Sekiranya anda atau doktor berpendapat milestone anak mungkin berbeza dan terlewat, minta doktor untuk membuat rujukan untuk berjumpa pakar yang bertauliah dalam bidang perkembangan tersebut supaya penilaian dan ujian yang lebih teliti boleh dilakukan.

Berikut antara pakar yang boleh dibawa ibu dan ayah:

  • Pakar perkembangan pediatrik: Doktor ini merupakan pakar dalam bidang perkembangan kanak-kanak dan kanak-kanak berkeperluan khas (children with special needs).
  • Pakar saraf kanak-kanak: Doktor ini merupakan pakar dalam bidang otak, tulang belakang dan saraf.
  • Pakar psikologi atau pakar psikiatri kanak-kanak: Doktor ini pakar dalam bidang minda manusia.

Pakar pakar ini dapat membantu menilai perkembangan bayi dengan lebih baik dan memberi ibu dan ayah nasihat yang mereka perlukan agar anak membesar dengan cemerlang.

4. Lakukan penilaian

Sementara menunggu doktor untuk merujuk anak anda berjumpa dengan pakar, anda bolehlah menghubungi pusat yang berkaitan atau hospital di kawasan anda dan bertanya sekiranya anak anda layak untuk mendapatkan perkhidmatan penilaian secara percuma dan mendapatkan perkhidmatan intervensi.

Anda tidak perlu menunggu rujukan doktor atau dianogsis perubatan untuk membuat panggilan ini.

Aktiviti/mainan untuk merangsang milestone bayi

Cara bermain dengan anak

Milestone bayi bermula dari sebelum mereka lahir.

“Sistem saraf kanak-kanak mula terbentuk pada minggu pertama kehamilan dan pada asasnya sudah ada pada masa ibu mencapai empat minggu kehamilan,” kata Adiaha Spinks-Franklin, MD, pakar pediatrik tingkah laku perkembangan di Texas Children’s Hospital di Houston. “Dan menjelang 17 minggu janin boleh mendengar.”

Merancang dan melakukan aktiviti bersama bayi mampu merangsang pertumbuhan mereka. Pelbagai kemahiran boleh diasah ketika melakukan aktiviti bersama bayi anda. Berikut merupakan sebahagian daripada bidang perkembangan bayi yang harus anda teliti dan perhatikan:

  • Kemahiran motor – Ia adalah keupayaan melakukan pergerakkan otot yang telah ditetapkan.
  • Pendengaran – Kemampuan bayi anda dalam mengenalpasti bunyi.
  • Penglihatan – Kemampuan bayi dalam membezakan warna, bentuk dan corak.
  • Komunikasi – Bayi akan belajar cara berkomunikasi dengan cara merepek atau mengajuk sesuatu bunyi.

Berikut merupakan beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan bersama si manja anda:

Milestone Bayi Baru Lahir Dari Usia 0-12 Bulan Mengikut Jadual Perkembangan, Ini Apa Ibu Perlu Tahu!

1. 0 hingga 6 bulan

Pada usia bayi 0-3 bulan bayi mudah tertarik kepada objek yang mempunyai kontras warna yg berbeza seperti hitam putih. Fokus kepada mainan yang berwarna hitam putih ini bagi merangsang visual mereka.

Pada usia ini juga bayi suka disentuh, dipeluk dan digeletek. Semasa menukar lampin si manja, anda boleh mengambil peluang melakukan pelbagai aktiviti bersama mereka. Antaranya mengurut bayi secara lembut, menyanyi atau mengeletek kaki comel mereka.

Selain itu bermain dengan mainan yang mengeluarkan bunyi atau bergerak juga mampu merangsang pendengaran dan menguatkan otot leher mereka untuk melihat mainan yang sedang bergerak.

2. 6 hingga 12 bulan

Lazimnya pada usia ini bayi telah belajar untuk makan. Tahukah anda semasa mereka menyepahkan makanan sebenarnya ia membantu si manja dalam menyesuaikan diri dengan perkara baru.

Membiarkan makanan di atas wajah dan tangan mampu merangsang deria sentuhan yang baik untuk mereka. Ia juga merupakan galakkan untuk mereka menghidu dan menyentuh makanan tersebut kerana sifat bayi yang penuh dengan rasa ingin tahu. Ibu juga boleh memberi makanan yang berbeza tekstur dan rasa kepada mereka.

Pada usia ini juga bayi sudah mampu untuk duduk sendiri tanpa bantuan ibu dan ayah. Berikan mereka mainan yang mengalakkan mereka untuk duduk seperti bermain baling dan sambut bola atau permainan yang boleh dipegang dan digolekkan seperti kereta mainan.

3. 12 hingga 18 bulan

Si manja sudah boleh berjalan dan meneroka persekitaran di sekitarnya. Pada berjalan di taman, biarkan anak anda untuk berhenti dan menghidu bau bunga-bungaan.

Sekiranya mereka menemani anda di dapur, biarkan mereka menghidu bauan rempah ratus serta herba yang ada di dapur anda. Pastikan anda pantau aktiviti ini supaya mereka tidak tersedut rempah tersebut ke dalam rongga hidung mereka.

4. 18 hingga 24 bulan

Pada usia ini anak anda sudah mula pandai berbicara atau membuat bising pada usia ini. Biarkan mereka membantu anda mengadun adunan ketika anda membakar kek atau membuat biskut.

Selain itu anda juga boleh melakukan aktiviti ini untuk merangsang perkembangan bayi anda:

Stories Rakan Kongsi
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
  • Bayi dan kotak

Bermain dengan kotak sangat menyeronokkan. Tidak perlu beli kotak yang menarik tetapi anda boleh menggunakan kotak yang ada disekitar rumah anda seperti kotak kasut atau kotak bijirin. Balut kotak tersebut dengan menggunakan surat khabar lama atau kertas pembalut.

Biarkan bayi mengoyak pembalut tersebut. Mereka akan suka mendengar bunyi kertas pembalut terkoyak, menikmati aktiviti menyusun kotak, mengetuk kotak dan mengolekkan kotak tersebut. Aktiviti ini sangat baik dalam merangsang perkembangan motor mereka.

  • Aktiviti meneroka wajah

Bayi gemar meneroka dunia melalui aktiviti sentuhan. Biarkan mereka menyentuh wajah anda dan dalam masa yang sama ambil tangan mereka dan bagi mereka menyentuh wajah mereka sendiri pula.

Selain itu, semasa mereka menyentuh bahagian wajah tertentu ajar mereka nama-nama anggota tersebut seperti hidung, bibir, mata dan sebagainya. Selain itu tunjukkan perbezaan antara wajah manusia dengan boneka haiwan mereka.

  • Aktiviti menguji tekstur

Apabila bayi sudah mula merangkak dan bergolek, letakkan selimut atau permaidani yang mempunyai perbezaan tekstur untuk mereka terokai. Selain itu bagi mereka menyentuh permukaan batu, pasir, rumput atau daun dan rasai perbezaan tekstur objek tersebut.

  • Aktiviti pilih di antara tiga

Biarkan bayi fikir mainan mana yang paling menarik bagi mereka. Tawarkan beberapa pilihan boneka atau permainan dan biarkan mereka membuat pilihan. Aktiviti ini merangsang kemahiran berfikir dan membuat keputusan mereka.

  • Bermain permainan lucu atau bodoh (Silly stuff)

Apa yang lagi berharga selain melihat si manja tertawa riang? Ia bukan sahaja baik untuk jiwa anda malahan juga membantu mengembangkan sifat humor yang penting dalam perkembangan komunikasi manusia. Apa sahaja aktiviti yang membuatkan si manja anak ketawa riang lakukannya berulang-ulang.

Gunakan objek seperti cermin mata besar yang lucu, topeng muka mahupun rambut palsu asalkan bayi anda tertawa. Selain itu boleh melakukan mimik muka yang lucu kepada bayi anda.

Semoga bermanfaat.

Centers for Disease Control and Prevention, Parkland Children’s Academy, Family Education, New Health Advisor

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Nursing Cover Malaysia Terbaik Untuk Ibu Menyusu, Barulah Selesa Dan Yakin Untuk Menyusukan Anak Di Tempat Awam

Baca juga: Tutorial Cara-Cara Untuk Ajar Dan Buat Anak Anda Meniarap (Dengan Gambar)

Baca juga: 13 Tips Ajar Anak Bercakap Dengan Cepat & Berkesan, Ibu Ayah Baru Wajib Tahu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Perkembangan & Umur Anak
  • /
  • Milestone Bayi Baru Lahir Dari Usia 0-12 Bulan Mengikut Jadual Perkembangan, Ini Apa Ibu Perlu Tahu!
Kongsikan:
  • Panduan Lengkap Perkembangan Bayi 1 Bulan Untuk Ibu Ayah

    Panduan Lengkap Perkembangan Bayi 1 Bulan Untuk Ibu Ayah

  • Perkembangan Bayi 3 Bulan: Dah Pandai Bergolek & Mula Ketawa!

    Perkembangan Bayi 3 Bulan: Dah Pandai Bergolek & Mula Ketawa!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Panduan Lengkap Perkembangan Bayi 1 Bulan Untuk Ibu Ayah

    Panduan Lengkap Perkembangan Bayi 1 Bulan Untuk Ibu Ayah

  • Perkembangan Bayi 3 Bulan: Dah Pandai Bergolek & Mula Ketawa!

    Perkembangan Bayi 3 Bulan: Dah Pandai Bergolek & Mula Ketawa!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.