X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Perkembangan Anak 0 Hingga 4 Tahun, Fasa Penting Bagi Membentuk Anak Jadi Bijak

5 min bacaan
Perkembangan Anak 0 Hingga 4 Tahun, Fasa Penting Bagi Membentuk Anak Jadi Bijak

Tahap perkembangan anak hendaklah sesuai dengan usia bagi mengelakkan mereka berdepan masalah ketika memasuki alam persekolahan

Setiap ibu ayah tentu sahaja ingin melihat si manja membesar dengan sihat. Dalam hal ini, tahap perkembangan anak adalah perkara yahg sering dititikberatkan agar ia selari dengan usia.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Tahap perkembangan anak dari usia 0 hingga 4 tahun

Memandangkan kini ramai anak kecil lebih ‘advance’ berbanding zaman dahulu, ibu ayah mungkin tertanya-tanya bilakah waktu si manja sepatutnya boleh bercakap dan pada usia berapakah anak mampu memegang pensel serta membaca. 

Tahap perkembangan anak dari usia 0 hingga 4 tahun

Puan Liyana, seorang pakar terapi dan juga pengurus di Impian Therapy Center telah berkongsi umur kritikal untuk setiap perkembangan ini. Mari kita lihat apakah perkongsiannya seperti di bawah.

Antara membaca, bercakap dan menulis, mana satu nak dimulakan dulu?

#1. Bercakap

perkembangan bayi

Usia KRITIKAL : 0-2 tahun

Ini elemen paling penting dlm kehidupan seorang manusia. Bercakap penting untuk berkomunikasi tentang pemikiran dan perasaan supaya orang sekeliling tahu apa yang hendak disampaikan.

Mula bercakap dengan anak anda sejak mereka menjengah keluar melihat dunia, iaitu dalam masa 24 jam selepas dilahirkan.

Greet anak seperti bagi salam, ucap ‘hi’, cium dan peluk mereka. Sembang apa saja.

Mungkin anda akan nampak seperti tidak betul – masih duduk di wad pun boleh cakap seorang-seorang dengan anak. Siap buat eye contact!

Tapi, itulah benda pertama yang anda kena buat sejak anak lahir. Jangan lupa konsisten sampai anak berusia 2 tahun!

Selalu ibu bapa menganggap anak kenal ABC, 123 dan huruf jawi sebagai kemampuan bercakap. Anda salah!

Itu bukan bercakap. Bercakap tidak sama dengan mengenal huruf.

Bercakap adalah berkomunikasi. Kena ada eye contact, kena ada anak menjawab balik pertanyaan, sahut panggilan nama dari mak ayah dan bukannya menyebut saja.

MENGEJA bukan bercakap! MEMBACA bukan bercakap! MENGIRA bukan bercakap!

Bercakap kena ada eye contact, persefahaman di antara dua pihak, ekspresi dan intonasinya. Bercakap adalah ada yang mendengar, ada yang balas balik. Pemberian gadget dan belajar di usia ini? Kalau boleh,elakkan!

#2. Tahap perkembangan anak- Menconteng & melukis

Usia KRITIKAL: 1-3 tahun.

Penting untuk anak belajar memegang pensil, krayon atau berus lukisan untuk mengembangkan lagi pemikiran dan kreativiti mereka.

Kalau ibu risau anak conteng dinding, belikan kertas mahjong, tampal pada dinding rumah. Kalau ada bajet lebih, catkan dinding dengan cat mudah padam. 

Perkembangan Anak 0 Hingga 4 Tahun, Fasa Penting Bagi Membentuk Anak Jadi Bijak
Menconteng membantu anak mengekspresikan minda, menguatkan otot tangan dan membantu pembentukan jari memegang pensil (pencil grip).

Anda juga boleh wujudkan elemen menconteng atas pasir, tanah, atau dengan menggunakan batu atau ranting kayu.

Tak kisahlah conteng apapun, janji anak menconteng. Jangan paksa mereka menulis. Ajar anak MELUKIS selepas MENCONTENG. 

Lukislah bentuk-bentuk yang ada di sekeliling kita seperti haiwan, tumbuhan, rumah, atau apa saja.

#3. Mewarna

Usia KRITIKAL: 1-3 tahun.

Ajarlah si manja mewarna pada usia ini. Aktiviti mewarna membantu anak-anak membentuk garisan lurus, menegak, menyerong, membulat dan sebagainya.

Perkembangan Anak 0 Hingga 4 Tahun, Fasa Penting Bagi Membentuk Anak Jadi Bijak
Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul

Kredit: Kisahsidairy.com

Janganlah disuruh mewarna lukisan yang terlalu sukar. Kalau boleh, elak mewarna lukisan yang ada dalam gadget juga.

Mewarna dalam gadget tidak membantu otot tangan. Di usia ini, tak payah risau kalau anak masih lagi tak pandai warna dalam garisan. 

Wujudkan konsep mewarna seawal mungkin. Tak payah tunggu sampai anak masuk sekolah baru nak mewarna.

4. Menulis dan membaca.

Usia KRITIKAL menulis: 4 tahun

Usia PERMULAAN mengenal huruf dan nombor: 4 tahun

Usia Permulaan membaca: 5 tahun ke atas.

Usia yang dikira LEWAT untuk boleh membaca: 11 tahun.

Perkembangan Anak 0 Hingga 4 Tahun, Fasa Penting Bagi Membentuk Anak Jadi Bijak

Apabila anak anda sudah pandai menconteng dan mewarna, dia akan belajar untuk menulis.

Biasanya, mereka akan lebih senang menulis huruf dan nombor, walaupun masih BELUM KENAL huruf atau nombor tersebut.

Boleh ajar menulis dalam satu sesi, kemudian ajar mengenal huruf di sesi kemudiannya pada USIA 4 TAHUN! Ini usia yang paling awal! Belum terlewat lagi.

Jika kita ikut semua proses ini secara berperingkat, insyaAllah anak tiada masalah! Tak payah risau sangat.

Kalau kita ‘terbalikkan’ semua proses ni, akan ada akibatnya kerana telah melanggar fitrah perkembangan seorang manusia.

Jadi, ibu bapa akan lebih jelas tentang perkembangan apa yang mereka harus fokus mengikut usia anak.

Puan Liyana juga menjelaskan beberapa kunci penting dalam memastikan perkembangan anak tidak terbantut atau terganggu. 

Antaranya adalah:

  • penggunaan gajet terutama di usia-usia kritikal ini sangat memudaratkan dan akan mengganggu perkembangan anak.
  • pentingnya membiarkan anak belajar pegang pensil, berus lukis dan menconteng. Ini akan membantu imaginasinya serta membantu kemahiran motor tangan memegang alat tulis.

    Perkembangan Anak 0 Hingga 4 Tahun, Fasa Penting Bagi Membentuk Anak Jadi Bijak

    Foto ehsan: Pixabay

  • mewarna walaupun tidak mengikut garisan adalah penting dalam proses anak mengenal warna.
  • mengenal huruf, warna atau bentuk bukanlah bercakap.
  • Bercakap adalah komunikasi 2 hala di mana dua pihak faham dengan apa yang disampaikan. Bercakap juga memerlukan kontak mata, bahasa tubuh dan mimik muka.

Sekiranya tanda-tanda ini ada pada anak anda, anda boleh memaklumkan ia pada doktor:

  • sedikit atau tiada bunyi semasa bayi 
  • sedikit atau tiada kontak mata atau respon terhadap bunyi
  • kurang senyum atau ketawa di usia 6 bulan
  • tidak pandai menunjuk ke arah objek yang diminati pada usia 14 bulan
  • tidak memberi respon terhadap namanya di usia 15 bulan
  • tidak ada walau sepatah perkataan di usia 16 bulan
  • tidak memulakan komunikasi

Liyana Raya, Parents

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 14 Punca Kenapa Perkembangan Anak Anda Agak LAMBAT, Ibu Ayah Jangan Ambil Mudah!

Baca juga: 5 Sebab Permainan LEGO Bagus Untuk Perkembangan Anak, Ia Merangsang Otak & Mata

Baca juga: 5 Mainan Yang Bagus Untuk Merangsang Perkembangan Bayi 3 Bulan Anda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Perkembangan Anak 0 Hingga 4 Tahun, Fasa Penting Bagi Membentuk Anak Jadi Bijak
Kongsikan:
  • 13 Tips Ajar Anak Bercakap Dengan Cepat & Berkesan, Ibu Ayah Baru Wajib Tahu!

    13 Tips Ajar Anak Bercakap Dengan Cepat & Berkesan, Ibu Ayah Baru Wajib Tahu!

  • Bayi Anda Ramah Bersembang Dengan Bayi Lain? Rupanya, Ada Sebab Kenapa Ia Begitu!

    Bayi Anda Ramah Bersembang Dengan Bayi Lain? Rupanya, Ada Sebab Kenapa Ia Begitu!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • 13 Tips Ajar Anak Bercakap Dengan Cepat & Berkesan, Ibu Ayah Baru Wajib Tahu!

    13 Tips Ajar Anak Bercakap Dengan Cepat & Berkesan, Ibu Ayah Baru Wajib Tahu!

  • Bayi Anda Ramah Bersembang Dengan Bayi Lain? Rupanya, Ada Sebab Kenapa Ia Begitu!

    Bayi Anda Ramah Bersembang Dengan Bayi Lain? Rupanya, Ada Sebab Kenapa Ia Begitu!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.