14 punca kenapa perkembangan anak anda perlahan dan agak LAMBAT

14  punca kenapa perkembangan anak anda perlahan dan agak LAMBAT

Setiap anak mempunyai perkembangan yang berbeza-beza. Tapi, anda perlu tahu bagaimana yang dikatakan "tumbesaran anak perlahan" itu. Penerangan lebih lanjut ada dalam artikel ini.

Selain autisme dan ADHD, ramai ibu bapa bimbang tentang masalah perkembangan anak dari segi pembangunan global yang terlewat.

Tapi sebelum kami pergi lebih jauh, anda pasti tertanya-tanya, apa itu kelewatan pembangunan global pada kanak-kanak?

Ia adalah keadaan yang berlaku dalam tempoh selepas bayi dilahirkan sehingga mereka berusia 18 tahun. Malah, ia memberi kesan kepada hampir 1.3% kanak-kanak seluruh dunia.

Masalah perkembangan anak: 14 gejala dan penyebab kelewatan pembangunan global kanak-kanak

masalah perkembangan anak, masalah perkembangan bayi, perkembangan anak terbantut, masalah anak terlewat, perkembangan perlahan, perkembangan terbantut, perkembangan bergerak perlahan, perkembangan global anak, tumbesaran global, tumbesaran global anak, tumbesaran global bayi, masalah perkembangan global anak

Kredit: Think Parenting

Secara lazimnya, perkembangan setiap kanak-kanak adalah berbeza-beza.

Namun, terdapat beberapa tanda yang menjadi bukti anak anda mungkin mengalami perkembangan terlewat dari sudut fizikal, emosi dan mental, seperti berikut:

Kelewatan perkembangan anak ini boleh berlaku atas sebab tertentu dan ia juga boleh berterusan sehingga enam bulan.

Ini termasuklah pembelajaran untuk berjalan, bercakap, kemahiran pergerakan, belajar perkara baru dan berinteraksi dengan orang lain secara sosial dan emosi.

Terdapat banyak sebab utama masalah perkembangan anak, antaranya kerana 14 punca ini:

  • Lahir pramatang
  • Keadaan genetik seperti sindrom down
  • Keadaan kromosom seperti X rapuh atau rett sindrom
  • Keadaan metabolik atau kekurangan tiroid
  • Masalah kehamilan seperti pendarahan teruk, jangkitan seperti rubella atau ibu mengambil alkohol ketika hamil atau ubat secara berlebihan.
  • Masalah semasa atau selepas bersalin seperti pendarahan teruk atau kekurangan oksigen.
  • Masalah penglihatan
  • Masalah pekak atau pendengaran
  • Masalah bahasa atau pertuturan
  • Kecederaan otak disebabkan kemalangan atau hampir lemas
  • Jangkitan otak atau meningitis atau ensefalitis
  • Kerap sakit hingga dimasukkan ke wad hospital
  • Banyak tekanan keluarga hingga menyebabkan kekurangan perhatian dalam bulan pertama selepas lahir.
  • Kemiskinan dan kekurangan zat makanan.

Bagaimana merawat masalah perkembangan anak yang terlewat?

masalah perkembangan anak, masalah perkembangan bayi, perkembangan anak terbantut, masalah anak terlewat, perkembangan perlahan, perkembangan terbantut, perkembangan bergerak perlahan, perkembangan global anak, tumbesaran global, tumbesaran global anak, tumbesaran global bayi, masalah perkembangan global anak

Kredit: Hello Sehat

Akan tetapi, tiada ubat yang boleh merawat masalah perkembangan anak. Tapi anak anda perlu bantuan awal dari sudut psikologi, pendidikan dan sosial yang bersesuaian.

Merawat masalah perkembangan anak yang terlewat ini mungkin mengambil masa yang agak panjang kerana ia merupakan proses yang kompleks. 

Pakar pediatrik biasanya akan mengkaji sejarah perubatan dan melakukan pemeriksaan fizikal serta beberapa ujian yang berkaitan, seperti:

  • Ujian pendengaran
  • Pertuturan dan penilaian bahasa
  • Ujian visi, darah, genetik dan kromosom
  • Imbasan MRI untuk mencari keabnormalan dalam sistem saraf dan otak.
  • Ujian neurologi seperti elektro encephalogram yang merekod aktiviti gelombang otak elektrik.

Ada tak sebarang rawatan bagi merawat masalah perkembangan anak yang terlewat ini?

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, tiada rawatan tunggal bagi membantu masalah perkembangan anak terlewat.

Penting untuk diingatkan, pembelajaran anak yang terlewat adalah tidak sama dengan kanak-kanak lain tetapi biasanya ambil masa yang lama untuk membangun kemahiran baru.

Bagi sesetengah kanak-kanak, kelewatan dalam pembangunan mereka akan menjadi lebih pendek dan dapat diatasi dengan sokongan tambahan atau terapi.

Dalam kes lain, kanak-kanak tersebut memerlukan sokongan berterusan. Ini menunjukkan mereka mungkin juga mempunyai kecacatan pembelajaran.

Ini cara membantu masalah perkembangan anak yang terlewat

masalah perkembangan anak, masalah perkembangan bayi, perkembangan anak terbantut, masalah anak terlewat, perkembangan perlahan, perkembangan terbantut, perkembangan bergerak perlahan, perkembangan global anak, tumbesaran global, tumbesaran global anak, tumbesaran global bayi, masalah perkembangan global anak

Kanak-kanak yang mengalami masalah perkembangan terlewat mempunyai keperluan yang sama seperti anak normal yang lain. Mereka perlu persekitaran yang sihat, selamat dan muhibbah.

Perasaan dan keinginanan dapat membantu membina harga diri kanak-kanak dan menambah keyakinan mencuba perkara baru.

Malah kanak-kanak belajar kemahiran baru daripada keluarga mereka sendiri. Berikut bagaimana anda boleh membantu mereka:

Semoga bermanfaat. 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Jaya. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga 

30 Perkara Anak Anda Harus Faham Dan Cakap Sebelum Usia 2 Tahun

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner