X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

6 sebab penting kenapa anda perlu luang masa "one-on-one" dengan anak

3 min bacaan
6 sebab penting kenapa anda perlu luang masa "one-on-one" dengan anak

Ibu bapa patut meluangkan masa bersama anak dari muda lagi dan jadikannya satu kebiasaan untuk memastikan hubungan yang tetap kukuh apabila mereka membesar.

6 sebab penting kenapa anda perlu meluangkan masa bersama anak

Meluangkan masa bersama anak adalah langkah penting untuk setiap ibu bapa. Tapi kadang-kadang kita boleh meluangkan masa tanpa benar-benar memberikan perhatian sepenuhnya pada mereka.

Oleh itu meluangkan masa "one-on-one" dengan anak adalah amat penting terutamanya jika anda ada lebih dari seorang anak.

Menurut ValuesParenting, apabila ibu bapa meluangkan masa dan memberikan perhatian sepenuhnya kepada anak, ini boleh mengeratkan hubungan kalian berdua.

Cuba meluangkan masa bersama anak dari muda lagi dan jadikan ia sebagai satu kebiasaan untuk memastikan hubungan kalian tetap kukuh apabila mereka membesar.

Ini antara 6 sebab kenapa anda patut meluangkan masa "one-on-one" dengan anak anda:

1. Tetapkan masa sekali sebulan pun sudah cukup

meluangkan masa bersama anak

Sekiranya anda boleh meluangkan masa bersama anak dengan anak anda sekali seminggu, itu adalah pencapaian yang sungguh hebat!

Tetapi meluangkan masa sekali sebulan juga sebenarnya sudah mencukupi dan lebih realistik untuk jadual anda berdua. Tetapkan tarikh untuk bersama anak dan tandakan dalam kalendar.

Sekiranya anda mempunyai lebih dari seorang anak, pastikan anda memberi layanan yang sama supaya tidak ada yang akan terasa terabai atau cemburu. Ketika inilah anda dapat mengenali anak-anak dengan lebih mendalam.

Jika anda menjadikan ia sebagai satu amalan yang sihat dalam keluarga, mungkin nanti lepas anak membesar, mereka masih mahu bersama-sama anda.

2. Mereka lebih terbuka jika anda beri perhatian dan sedia mendengar

Apabila meluangkan masa bersama anak, tanya soalan yang menggalakkan mereka untuk berbincang secara terbuka.

Bagaimanakah perasaan mereka? Apa yang mereka sedang buat? Kenapa mereka buat sedemikian?

Jangan hanya bertanya apa yang mereka lakukan hari itu. Kemudian selepas mereka mula membuka mulut, dengar sahaja apa yang mereka ingin katakan. Jangan marah atau memberi nasihat, cuma dengar sahaja!

3. Beri mereka kebebasan untuk buat keputusan

meluangkan masa bersama anak

Apabila anda meluangkan masa bersama anak, berikan mereka kebebasan untuk memilih apa yang mereka ingin lakukan bersama.

Anak akan merasa dia telah menyumbang kepada masa anda berdua kata ValueParenting. Maka, ini menyumbang mereka untuk lebih berani mempelajari benda-benda baru dan mencubanya. Malah, mereka juga akan lebih berkeyakinan kelak!

4. Ajar anak menghargai diri dengan beri pujian pada anak 

Jangan lupa untuk memberi pujian apabila meluangkan masa bersama anak. Beri pujian apabila anak melakukan perkara yang betul, kerana ini boleh membina harga diri anak.

Sering kali, ibu bapa suka menyalahkan anak. Jadikan masa bersama ini untuk memberi dorongan yang positif sahaja. Mungkin anda rasa hal ini remeh, tapi ia memainkan peranan penting dalam membentuk keyakinan mereka.

5. Jika perlu, luangkan lebih banyak masa

meluangkan masa bersama anak

Jika anda mendapati anak sedang melalui masalah, luangkan masa yang lebih lama bersama mereka.

Anda boleh meluangkan masa bersama anak dengan pergi bercuti bersama. Ia boleh mengambil masa sepanjang hare, bahkan sepanjang hujung minggu.

Ini akan memberi peluang kepada anda berdua untuk berbincang dan menyelesaikan masalah ini bersama-sama. Beri peluang pada anak anda.

6. Ia memori indah yang amat bermakna buat anak dan anda

Tuliskan tentang apa yang terjadi semasa anda dan anak meluangkan masa bersama. Simpan semua tiket wayang, resit keluar makan di restoran untuk dijadikan kenangan manis bersama.

Ia juga akan menggalakkan anda untuk terus meluangkan masa bersama anak.

 

 

 

 

Artikel ini telah diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore

Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

my.theasianparent.com/para-ibu-sekalian-jom-ambil-sedikit-me-time-untuk-bersendirian-dan-berehat/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • 6 sebab penting kenapa anda perlu luang masa "one-on-one" dengan anak
Kongsikan:
  • Luang lebih banyak masa dengan ibu anda ada kebaikannya! (dibuktikan sains sendiri!)

    Luang lebih banyak masa dengan ibu anda ada kebaikannya! (dibuktikan sains sendiri!)

  • Akan berlaku minggu ini: Edisi 3 – 10 Ogos

    Akan berlaku minggu ini: Edisi 3 – 10 Ogos

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Luang lebih banyak masa dengan ibu anda ada kebaikannya! (dibuktikan sains sendiri!)

    Luang lebih banyak masa dengan ibu anda ada kebaikannya! (dibuktikan sains sendiri!)

  • Akan berlaku minggu ini: Edisi 3 – 10 Ogos

    Akan berlaku minggu ini: Edisi 3 – 10 Ogos

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.