7 aktiviti menarik untuk anak anda cuti sekolah minggu ini: 11-17 Disember 2017

7 aktiviti menarik untuk anak anda cuti sekolah minggu ini: 11-17 Disember 2017

Ibu ayah, mari lihat aktiviti cuti sekolah menarik yang boleh anak-anak anda sertai ketika hujung tahun. Anak pasti terhibur dan belajar sesuatu pada masa yang sama.

Ketika hujung tahun, pasti otak ibu ayah ligat memikirkan apakah aktiviti cuti sekolah menarik yang boleh dilakukan oleh anak-anak mereka. Yelah, cuti pada bulan Disember kan selama sebulan, jadi anak kita pasti mudah bosan jika hanya terperap di rumah.

Kalau anda tinggal di sekitar area KL dan Selangor, mari kita lihat apakah event menarik yang boleh disertai oleh keluarga anda.

Jika anda tinggal di luar kawasan sekali pun, anda turut boleh hadir ketika anda membawa ahli keluarga bercuti di Kuala Lumpur.

7 aktiviti cuti sekolah menarik yang cukup happening untuk keluarga anda
1. Tiket percuma ke Zoo Negara untuk mereka yang lahir pada bulan Disember

aktiviti cuti sekolah kanak-kanak zoo negara

Bulan Disember adalah bulan yang amat sesuai untuk anda bawa anak-anak ke Zoo Negara, terutamanya jika ada di antara ahli keluarga anda yang lahir pada bulan Disember.

Cukup sekadar menunjukkan kad pengenalan anda bagi membuktikan tarikh lahir, anda sudah boleh masuk ke dalam zoo tanpa membuat sebarang pembayaran. Jimat, kan?

Bila: 1 - 31 Disember

Di mana: Zoo Negara, Ampang Selangor

2. World Science Day

aktiviti cuti sekolah menarik - sains stem

Anda juga boleh membawa anak anda berseronok sambil belajar di event World Science Day anjuran National STEM Movement di The School, Jaya One.

Di sini, anak anda boleh sertai pelbagai aktiviti yang merangkumi bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan (Engineering), dan juga Matematik. Kalau bernasib baik, mungkin si kecil akan dapat membawa pulang banyak hadiah menarik. Pasti seronok!

Bila: 16 & 17 Disember

Di mana: The School, Jaya One, PJ

3. Promosi aktiviti cuti sekolah menarik di Sunway Lagoon

aktiviti cuti sekolah menarik 2017 sunway lagoon

Kalau anak anda suka bermain dengan air dan anda tidak ingin keluar jauh dari KL, apa kata anda bawa si kecil ke Sunway Lagoon. Sempena dengan cuti sekolah, Sunway Lagoon ada menyediakan pakej promosi khas FamFun untuk anda sekeluarga.

Pakej tiket RM390 merangkumi kemasukan untuk 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak, berserta voucher makan dan shopping percuma. Dengan tiket khas ini, anda boleh bermain semua permainan yang ada di sini!

Bila: 25 Nov - 31 Dis

Di mana: Sunway Lagoon, Bandar Sunway, Selangor

4. Christmas Party @ Dreamworld Playland

aktiviti cuti sekolah menarik dreamworld playland

Kalau anak anda masih kecil dan anda ingin membawanya bermain di indoor playground, apa kata anda pergi ke Dreamworld Playland di The Starling Mall, PJ. Pada 17 Disember, Dreamworld Playland akan menganjurkan Christmas Party.

Di sini, akan ada pelbagai aktiviti cuti sekolah menarik seperti pertandingan mewarna, persembahan clown, Christmas bufet, dan sesi bermain tanpa had!

Bila: 11am - 1pm, 17 Disember.

Di mana: The Starling Mall, PJ

5. Kelas memasak TedboyCooks

aktiviti cuti sekolah kanak-kanak 2017 - tedboy bakery

Semasa cuti sekolah, elok kalau kita berikan peluang kepada anak-anak kita untuk mencuba perkara baru. Antaranya, belajar memasak!

Bawa anak anda sertai kelas memasak anjuran Tedboy Bakery. Kelas memasak ini diadakan setiap hari Sabtu sepanjang cuti sekolah. Si kecil anda boleh belajar memasak pasta, ravioli, biskut, scones dan sandwiches!

Bila: Sekarang hingga 30 Disember

Di mana: Tedboy Bakery, Jaya One, PJ

6. Junior Makeathon With Arduino Camp

aktiviti cuti sekolah menarik kem programming

Sekarang zaman teknologi. Penting untuk anak anda mahir dalam penggunaan digital, teknologi dan inovasi. Jadi, jom bawa anak anda sertai kem teknologi anjuran Chumbaka.

Kem Junior Makeathon With Arduino ini akan memberikan peluang kepada anak anda untuk melakukan projek berasaskan teknologi dengan membina pelbagai sistem secara programming. Memang best!

Bila: 12 - 14 Disember

Di mana: Tech Mahindra, Cyberjaya, Selangor

7. KidZ vs. Food 2.0 @ KidZania

aktiviti cuti sekolah kanak-kanak kidzania kl

Antara aktiviti cuti sekolah menarik yang boleh anda sertai bersama anak-anak adalah event "KidZ vs. Food 2.0" anjuran KidZania Kuala Lumpur. Ia berlangsung daripada 25 November sehinggalah hujung bulan Disember. Apa yang anak anda boleh buat di sini?

Antaranya adalah belajar menyediakan makanan ringkas di dapur pop-up, mengeksperimen pelbagai rasa makanan, dan belajar menghias roti bakar. Bunyi macam menarik, kan? Jom join!

Bila: 25 Nov - 31 Disember

Di mana: KidZania Kuala Lumpur

Dengan membawa anak anda ke salah satu acara di atas, pasti memori cuti sekolahnya pada tahun ini akan kekal segar dalam ingatan sehingga dia dewasa.

Ibu ayah, mari luangkan masa berkualiti dengan anak-anak ketika cuti sekolah!

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

my.theasianparent.com/kepentingan-waktu-bermain-di-luar-rumah-untuk-kanak-kanak/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Noor

app info
get app banner