X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Kepentingan Waktu Bermain di Luar Rumah untuk Kanak-Kanak

4 min bacaan
Kepentingan Waktu Bermain di Luar Rumah untuk Kanak-Kanak

Anak anda gemar bermain lecah di padang selepas hari hujan?  Anak anda suka memanjat pokok rambutan di depan rumah di kampung? Artikel ini mengupas tentang betapa pentingnya untuk ibu bapa membenarkan anak mereka bermain di luar rumah secara bebas dan kreatif!

Zaman sekarang ini, waktu kanak-kanak meluangkan masa bermain di luar rumah agak terbatas. Ia bukan sahaja disebabkan oleh kesibukan jadual sekolah dan aktiviti kokurikulum yang lain, malah disebabkan oleh faktor keselamatan.

Hal culik-menculik, rompakan, dan pencabulan seksual semakin berleluasa. Namun, kajian dan pakar masih menyatakan bahawa waktu bermain di luar adalah sangat penting untuk tumbesaran kanak-kanak!

Kepentingan Waktu Bermain di Luar Rumah Untuk Kanak-Kanak

Kepentingan Waktu Bermain di Luar Rumah untuk Kanak-Kanak

Mungkin ramai antara kita yang tidak perasan bahawa ia telah menjadi habit atau trend di kalangan ibu moden untuk mengekang pergerakan anak-anak sejak dari kecil lagi. Semasa anak masih bayi, kita letakkan mereka di dalam stroller. Mereka lebih banyak duduk daripada bergerak aktif.

Yang lebih membimbangkan adalah ada bayi yang melompat fasa pergerakan yang sepatutnya. Menurut seorang ahli terapi occupational pediatrik, Angela Hanscom:

“Kanak-kanak yang tidak merangkak akan mudah hilang kemahiran mengimbangkan badan. Proses merangkak sebenarnya membantu mengekalkan pergerakan cecair dalam telinga mereka.”

Selain daripada merangkak, beliau juga menggalakkan para ibu bapa untuk membawa keluar bayi mereka dan membenarkan anak-anak untuk menyentuh rumput. Ini adalah supaya mereka mendapat lebih banyak input sentuhan.

Masalah Yang Mungkin Akan Berlaku Apabila Kanak-Kanak Kurang Diberi Pendedahan Bermain di Luar

Ramai antara kita yang tidak sedar bahawa kekangan pergerakan yang diberikan kepada anak-anak, walaupun atas apa sebab sekali pun, boleh membawa banyak keburukan kepada perkembangan minda dan fizikal si kecil.

Menurut Angela, anak kecil yang tidak terdedah kepada aktiviti outdoor akan menjadi lebih lemah dari segi emosi dan fizikal.

Antara kesan yang berlaku kepada kanak-kanak apabila tidak diberi peluang untuk bermain di luar rumah adalah:

  • Tidak dapat membina otot
  • Kurang membakar kalori
  • Kurang kemahiran mengawal emosi
  • Kurang membina kreativiti
  • Kurang kemahiran penggunaan minda dan sekaligus, melemahkan kemahiran akademik (kesan jangka panjang)

Apakah Jumlah Masa yang Ideal untuk Kanak-Kanak Bermain di Luar Rumah?

Kalau anda hendak tahu, kanak-kanak sepatutnya meluangkan sekurang-kurangnya 3 jam sehari bermain di luar rumah! Masa ini tidak termasuk aktiviti sukan yang ditetapkan oleh pihak sekolah atau aktiviti kokurikulum tambahan yang didaftarkan oleh ibu bapa.

Importance of outdoor play for little kids

Source: Pbs.org

Masa ini sepatutnya menjadi pilihan kanak-kanak itu sendiri dan mereka diizinkan untuk melakukan apa sahaja mengikut kreativiti mereka.

Ia bukanlah satu aktiviti terkawal yang dikongkong oleh orang dewasa kerana ia hanya akan membantutkan perkembangan minda mereka. Pada waktu ini, kanak-kanak patut diberi kebebasan untuk menentukan aktiviti outdoor yang ingin dilakukan.

Aktiviti di Luar Rumah Meliputi Memanjat, Bergolek, Berguling, Berlari dan Sebagainya

Jadi, jika mereka ingin bermain lecah di padang, izinkannya. Jika dia ingin bermain bola dan berguling di atas rumput di padang, lihat sajalah dari jauh. Jika dia ingin mencuba memanjat pokok yang rendang itu, biarkannya. Ia hampir sama dengan gaya keibubapaan dari Denmark ini.

Orang dewasa hanya disarankan untuk memerhatikan dari jauh bagi memastikan keselamatan mereka. Dan, bukannya menghalang atau menyekat setiap pergerakan mereka, hanya semata-mata kita bimbang sesuatu akan berlaku kepada mereka.

Angela berkata lagi,

“Jika ibu bapa risau anak akan dilanggar kereta sewaktu berada di luar rumah, ibu bapa patut mengajar anak mereka terlebih dahulu tentang bagaimana etika bijak ketika di jalanan atau bagaimana untuk mengetahui kehadiran kereta (melalui bunyi). Ajari mereka dan ia sudah mencukupi.”

Menurutnya, anak-anak yang sering diberitahu aktiviti apa yang perlu dilakukan atau diberikan peralatan untuk melakukan sesuatu tidak akan mampu berfikir secara bijak, kreatif dan di luar kotak.

Apakah Umur yang Sesuai untuk Anak-Anak Mula Diberi Keizinan Bermain di Luar?

Selalunya kita akan menunggu sehingga anak kita besar sedikit sebelum dibenarkan bermain di luar rumah seperti di padang atau di depan rumah bersama anak-anak jiran.

importance of outdoor activities for babies

Source: Haijai.com

Sebenarnya, aktiviti outdoor seperti ini patut dimulakan sejak awal lagi. Usia 10 hingga 12 tahun adalah telah terlalu lewat. Anak kecil di usia setahun dua juga sepatutnya diberikan masa di luar untuk menyentuh pelbagai objek dan merasai pelbagai jenis rasa sentuhan.

Ia adalah penting untuk tumbesaran fizikal mereka. Sudah tentu, pada usia sekecil ini, ibu atau bapa patut ada di sisi untuk menjaganya, tetapi jika anak anda sudah mencapai usia 8 tahun ke atas, dia sepatutnya diizinkan untuk bermain dengan anak jiran serta rakannya yang lain secara bebas.

Didik Anak Supaya Mereka Sentiasa Selamat Ketika Berada di Luar

Seperti yang telah dikatakan oleh Angelica, ibu bapa perlu mendidik dan mengajar etika ketika berada di luar bagi memastikan keselamatan mereka.

Seperti contohnya, ajari mereka untuk sentiasa bergerak dalam kumpulan, peka kepada persekitaran, bagaimana untuk berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali dan keselamatan ketika berada di jalanan.

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang Angela Hanscom dan bukunya yang bertajuk “Balanced and Barefoot”, anda boleh melawat laman web rasminya.

Apa pula pendapat peribadi anda sebagai seorang ibu atau bapa? Berapa terbukakah anda dalam membenarkan anak-anak melakukan aktiviti outdoor, menjelajah alam dan dunia luar? Kongsikannya dengan kami di ruangan komen di bawah atau di laman FB ya!

Stories Rakan Kongsi
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Perkembangan & Umur Anak
  • /
  • Kepentingan Waktu Bermain di Luar Rumah untuk Kanak-Kanak
Kongsikan:
  • Mengapa Anda Patut Risau Jika Anak Anda Kurang Bermain?

    Mengapa Anda Patut Risau Jika Anak Anda Kurang Bermain?

  • Jangan Marah Anak Kuat Bermain! Ia Membantu Pembesaran & Pembelajaran Mereka - Kajian

    Jangan Marah Anak Kuat Bermain! Ia Membantu Pembesaran & Pembelajaran Mereka - Kajian

  • Bengkung Antara Keperluan Penting Ketika Berpantang, 8 Bengkung Terbaik Ini Antara Yang Mesti Dicuba Untuk Kekal Langsing!

    Bengkung Antara Keperluan Penting Ketika Berpantang, 8 Bengkung Terbaik Ini Antara Yang Mesti Dicuba Untuk Kekal Langsing!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Mengapa Anda Patut Risau Jika Anak Anda Kurang Bermain?

    Mengapa Anda Patut Risau Jika Anak Anda Kurang Bermain?

  • Jangan Marah Anak Kuat Bermain! Ia Membantu Pembesaran & Pembelajaran Mereka - Kajian

    Jangan Marah Anak Kuat Bermain! Ia Membantu Pembesaran & Pembelajaran Mereka - Kajian

  • Bengkung Antara Keperluan Penting Ketika Berpantang, 8 Bengkung Terbaik Ini Antara Yang Mesti Dicuba Untuk Kekal Langsing!

    Bengkung Antara Keperluan Penting Ketika Berpantang, 8 Bengkung Terbaik Ini Antara Yang Mesti Dicuba Untuk Kekal Langsing!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.