X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ringkas & Sedap, Ini 7 Idea Makanan Picnic Yang Mudah Disediakan Ketika Pergi Berkelah

6 min bacaan
Ringkas & Sedap, Ini 7 Idea Makanan Picnic Yang Mudah Disediakan Ketika Pergi Berkelah

Makanan picnic yang simple dan sedap dapat memudahkan proses penyediaan sewaktu anda dan keluarga merancang untuk pergi berkelah

Apabila adanya waktu terluang ketika hujung minggu atau cuti sekolah, anda pastinya ingin menghilangkan penat dan tekanan dengan aktiviti santai. Jika merancang untuk pergi berkelah, tentunya perlu bawa sekali makanan picnic yang mudah dan cepat disediakan.

Tidak dinafikan bahawa kadang-kadang tidak plan untuk kemana pun, tiba-tiba pasangan atau suami ajak pergi berkelah. Sebagai orang rumah tentu sahaja kita yang akan kelam-kabut menyiapkan barangan yang ingin bawa bersama.

Senarai makanan picnic yang sedap dah mudah disediakan

Dalam memilih menu makanan picnic yang ingin disediakan, perkara paling penting yang perlu ada dalam fikiran adalah sesuatu yang ringkas dan tempoh penyediaan begitu cepat.

Justeru kami kongsikan beberapa idea makanan untuk picnic bersama keluarga atau kawan-kawan sebagai panduan anda.

#1. Strawberry peanut butter chocolate sandwich

menu berkelah

Selain jadi menu berkelah, sandwish ini juga sesuai dijadikan menu ‘kecemasan’ apabila ada tetamu tiba-tiba datang ke rumah.

Bahan-bahan:

  • 2 bungkus roti Coklat Kismis (jenama Gardenia)
  • 1 bungkus roti Butterscotch (jenama Gardenia)
  • Jem strawberi
  • Mentega kacang coklat

Cara penyediaan:

  1. Sediakan dua keping roti Coklat Kismis dan sekeping roti Butterscotch.
  2. Sapukan jem strawberi ke atas sekeping roti Coklat Kismis.
  3. Seterusnya, sapukan mentega kacang coklat ke atas sekeping lagi roti Coklat Kismis.
  4. Lapiskan roti Butterscotch di antara kedua-dua roti Coklat Kismis.
  5. Potongkan roti di bahagian tengah. Siap!

#2. Popia inti ketam dan sosej cheese

menu potluck

Bahan-bahan:

  • Kulit popia
  • Filet ketam (dipotong kecil)
  • Sosej(dipotong kecil)
  • Serbuk cheese (jika suka)
  • Air bancuhan tepung gandum(sebagai pelekat)
  • Minyak masak

Cara penyediaan:

  1. Balut isi ketam dan sosej dengan kulit popia. Lekatkannya menggunakan air bancuhan tepung gandum
  2. Goreng dengan minyak yang panas. Api perlahan sehingga kekuningan. 
  3. Angkat dan sejukkan.
  4. Bancuh serbuk keju dan curahkannya ke atas popia yang telah disejukkan tadi. Siap!

Nota: Bagi mengelakkan isi terkeluar atau meletup, anda boleh potong ketam dan sosej kecil-kecil. Gulung popia jangan terlalu padat. Masa menggoreng pula, gunakan periuk kecil dan tutup penutup periuk. Pastikan minyak betul-betul panas menggunakan api perlahan.

#3. Nutella bites menggunakan dua bahan

menu berkelah

Makanan untuk picnic yang ketiga ialah Nutella bites. Menu ini paling mudah untuk dibuat kerana hanya memerlukan dua bahan sahaja.

Bahan-bahan:

  • 1 paket roti paratha (5 keping)
  • Nutella
  • *Aluminium round tin saiz 6”(senang boleh terus hidang)

Cara penyediaan:

1. Gunakan cawan untuk tekap bulatan pada setiap paratha dan potong dua jadikan separuh bulatan.
2. Sudukan sedikit nutella di tengah-tengah dan picitkan paratha di bahagian yang lurus sampai tertutup. Biarkan bahagian melengkung terbuka nampakkan isi nutella.
3. Susunkan rapat-rapat setiap paratha berisi nutella membentuk seperti jambangan bunga.
4. Bakar pada suhu 180c api atas bawah, rak oven bawah sekali selama 30-40 minit atau sehingga paratha masak.

#4. Kebab daging crunchy

menu berkelah

Menu berkelah ini mungkin ramai yang tidak pernah cuba. Kebab daging crunchy menggunakan roti sandwish dan kulit popia.

Bahan untuk inti:

  • Daging burger ramly
  • Bawang besar cincang
  • Bawang putih cincang
  • Rempah kari sikit
  • Lobak merah parut
  • Timun parut- (Nak dadu pun boleh)
  • Minyak masak 2 sudu untuk menumis
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Lada hitam (boleh juga guna sos lada hitam)

Cara penyediaan:

  1. Tumis bawang merah dan putih menggunakan dua sudu minyak sahaja. Sebab nanti daging burger akan keluarkan minyaknya sendiri.
  2. Masukkan sedikit rempah kari dan kacau rata. Masukkan daging burger.
  3. Tambah sos cili, sos tiram dan sos lada hitam. Kacau lagi sehingga keluar minyak.
  4. Masukkan lobak merah dan akhir sekali timun. Siap!

Untuk cara menggulung, boleh rujuk gambar dibawah:

menu picnic

#5. Makaroni carbonara berkrim

Jika seisi keluarga sukakan makanan berat, apa kata anda sediakan menu makaroni ini sebagai makanan untuk berkelah. Pasti suami dan anak-anak kenyang!

Ringkas & Sedap, Ini 7 Idea Makanan Picnic Yang Mudah Disediakan Ketika Pergi Berkelah

Bahan-bahan

  • 1 kg makaroni
  • 4 tin prego cheese and herbs
  • 2 capsicum merah-potong dadu
  • 2 capsicum hijau- potong dadu
  • 2 tin cendawan butang
  • 4 kiub ayam maggi
  • 2 paket sosej ayam
  • 6 ulas bawang putih

Cara penyediaan:

Stories Rakan Kongsi
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
  1. Rebus makaroni sehingga masak. Panaskan kuali dan masukkan minyak. 
  2. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan sosej dan kacau-kacaukan. 
  3. Masukkan prego cheese & herbs dan kiub ayam. Kacau hingga sebati. 
  4. Tambahkan sedikit garam. Masukkan makaroni yang sudah direbus. Jika kelihatan kering, tambah sedikit air panas.
  5. Masukkan lada benggala. Siap!

#6. Ayam ala Kyochon

Ringkas & Sedap, Ini 7 Idea Makanan Picnic Yang Mudah Disediakan Ketika Pergi Berkelah

Bahan untuk salutan ayam 

  • Ayam bahagian kepak atau paha kecil
  • 300gm tepung beras
  • 200gm tepung jagung
  • 100gm tepung gandum
  • 50gm serbuk kurma (opsyenal)
  • 10gm lada sulah
  • 5gm garam halus
  • 50gm baking powder

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan ayam. Satukan kesemua bahan tepung kering dalam satu bekas
  2. Salutkan pada ayam. Biarkan seketika dan goreng sehingga rangup.
  3. Ketepikan.

Resepi untuk sos 

  • 250g unsalted butter (nak guna buttercup pun okay)
  • 2 botol hot sos ABC ( kalau suka pedas, kalau tak suka, beli 1 hot 1 biasa)
  • 2 sudu paprika
  • 1 sudu cayenne
  • 1 sudu dry coriander(ketumbar)
  • 1 sudu white & black pepper
  • 2-3 sudu garlic powder (Wawa suka lebihkan)
  • 2 cubit bijan ala-ala korea katakan. Baru la kyochon!

Cara penyediaan:

  1. Cairkan mentega. Masukkan kesemua bahan dalam kuali. 
  2. Kacau-kacau sehingga sebati. Masukkan ayam yang telah siap digoreng tadi. Sebatikan
  3. Masukkan bijan dan siap!

#7. Oden Style Family Mart

Ringkas & Sedap, Ini 7 Idea Makanan Picnic Yang Mudah Disediakan Ketika Pergi Berkelah

Menu oden ini paling mudah untuk disediakan. Bukan itu sahaja, ia juga boleh dilengkapi dengan mee ataupun maggi.

Memang sedap dinikmati ketika berkelah bersama keluarga ataupun rakan-rakan.

Bahan-bahan:

  • Perencah Asam Pedas
  • Perencah Tomyam
  • Sedikit air limau
  • Perasa Knorr
  • Air
  • Fishball steamboat mix, (Ada dijual di pasaraya)

Cara buat kuah oden yang pekat dan sedap:

1. Panaskan perencah pes asam pedas dalam periuk dan kemudian masukkan air.
2. Seterusnya masukkan pes tomyam. Jumlah boleh diubah suai ikut citarasa masing-masing.
3. Tambah sedikit perasa jika perlu.
4. Cucuk bahan-bahan oden menggunakan lidi sate dan masukkan ke dalam periuk berisi kuah tadi.
5. Biarkan kuah mendidih dan bahan-bahan oden tadi masak.
6. Sedia untuk dinikmati.

Semoga bermanfaat!

Masak Apa Hari Ini

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 10 Menu Hari Jadi Anak Yang Simple & Menarik, Sesuai Untuk Sambutan Majlis Di Rumah

Baca juga: Resipi Spaghetti Aglio Olio Yang Simple & Sedap, Menu Western Paling Mudah Untuk Keluarga

Baca juga: 7 Idea Menu Jamuan Tadika Yang Mudah & PALING Digemari Kanak-Kanak, Ibu Boleh Buat Di Rumah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Ringkas & Sedap, Ini 7 Idea Makanan Picnic Yang Mudah Disediakan Ketika Pergi Berkelah
Kongsikan:
  • Hukum Cabut Gigi Bulan Puasa, Boleh Jadi Batal Jika Sengaja Tertelan Darah Atau Air Liur

    Hukum Cabut Gigi Bulan Puasa, Boleh Jadi Batal Jika Sengaja Tertelan Darah Atau Air Liur

  • Mimpi Dipatuk Ular Dikatakan Ada Orang Mahu Datang Meminang? Sejauh Mana Kebenaran Ini?

    Mimpi Dipatuk Ular Dikatakan Ada Orang Mahu Datang Meminang? Sejauh Mana Kebenaran Ini?

  • Ibu Mengandung Pun Boleh Bercantik Di Pagi Raya, Ini Pilihan Baju Raya Ibu Mengandung Yang Cantik Dan Selesa

    Ibu Mengandung Pun Boleh Bercantik Di Pagi Raya, Ini Pilihan Baju Raya Ibu Mengandung Yang Cantik Dan Selesa

  • Hukum Cabut Gigi Bulan Puasa, Boleh Jadi Batal Jika Sengaja Tertelan Darah Atau Air Liur

    Hukum Cabut Gigi Bulan Puasa, Boleh Jadi Batal Jika Sengaja Tertelan Darah Atau Air Liur

  • Mimpi Dipatuk Ular Dikatakan Ada Orang Mahu Datang Meminang? Sejauh Mana Kebenaran Ini?

    Mimpi Dipatuk Ular Dikatakan Ada Orang Mahu Datang Meminang? Sejauh Mana Kebenaran Ini?

  • Ibu Mengandung Pun Boleh Bercantik Di Pagi Raya, Ini Pilihan Baju Raya Ibu Mengandung Yang Cantik Dan Selesa

    Ibu Mengandung Pun Boleh Bercantik Di Pagi Raya, Ini Pilihan Baju Raya Ibu Mengandung Yang Cantik Dan Selesa

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.