Step By Step Popia Pisang Penuh Topping Coklat & Oreo, Sesuai Untuk Minum Petang

Step By Step Popia Pisang Penuh Topping Coklat & Oreo, Sesuai Untuk Minum Petang

Memandangkan anak-anak perlu berada di rumah bagi mengikuti perintah kawalan pergerakan bersyarat, apa kata ajak mereka cuba resepi popia pisang coklat ini!

Apabila anak-anak terpaksa duduk di rumah dan tidak dapat ke sekolah kerana  gelombang ketiga wabak Covid-19, mereka tentu sahaja akan kerap berasa lapar dan asyik buka tutup peti sejuk mencari makanan. Justeru, kami kongsikan lagi resepi popia pisang yang viral untuk ibu-ibu cuba.

Sebenarnya popis atau popia pisang ini adalah makanan yang berasal dari negara seberang, Indonesia. Mereka menjadikan ia sebagai menu bersahur seisi keluarga. Kebiasaannya hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah seperti kulit popia, pisang segar dan coklat.

Resepi popia pisang yang mudah dan sedap

resepi popis foto: nurul razali

Walau bagaimanapun, makanan ini menjadi terkenal apabila seorang peniaga dari negeri Terengganu mula mengetengahkannya. Tidak sangka ia mendapat sambutan masyarakat kita sehingga ada yang sanggup melancong ke bahagian pantai timur untuk mencuba popis.

Memandangkan seluruh ahli keluarga dinasihatkan untuk duduk di rumah dan tidak keluar sekiranya tiada urusan penting, apa kata ibu-ibu cuba resepi viral ini supaya nanti tidaklah ketinggalan.

Anak-anak yang sedang membesar juga pasti akan menyukainya kerana rasa manis pisang, kerangupan dari kulit popia dan topping yang pelbagai. Jadi tidaklah perlu untuk anda membeli kerana makanan ini boleh disimpan di dalam peti sejuk.

Bahan-bahan 

resepi popia pisang sedap

  • Kulit popia
  • Serbuk oreo
  • Pisang
  • Susu pekat (untuk topping cheese)
  • Bancuhan air tepung gandum bagi lekatkan kulit popia
  • Saduran coklat atau nutella
  • Cornflakes
  • Nestum
  • Cheddar cheese

Cara penyediaan

#1. Belah sebiji pisang menjadi dua bahagian.

resipi popia pisang

#2. Kemudian ambil sekeping kulit popia dan letakkan pisang di tengah-tengah.

resepi popis

#3. Balutkan pisang dengan kulit popia.

#4. Letakkan sedikit bancuhan air tepung gandum bagi lekatkannya.

cara buat popia pisang

#5. Gulung mengikut jumlah yang anda inginkan.

resepi mudah popia pisang

#6. Panaskan minyak dan goreng sehingga ia bertukar keperang-perangan

resepi mudah popia pisang

#7. Letakkan saduran coklat atau nutella

#8. Kemudian taburkan topping mengikut citarasa masing-masing. Boleh guna oreo, nestum, keju, cornflakes dan lain-lain. Selamat mencuba!

bahan-bahan popia pisang

Khasiat buah pisang untuk perkembangan anak

Buah pisang amat mudah diperolehi dan ia menjadi kegemaran seisi keluarga kerana tekstur yang lembut serta rasanya manis. Namun tahukah anda ia mengandungi pelbagai manfaat kepada anak-anak?

#1. Membantu melancarkan pencernaan

Buah pisang bukanlah penyebab berlakunya sembelit. Ia sebenarnya kaya dengan serat yang membantu melancarkan proses pencernaan. Bagi pengambilan buah ini sebanyak 120 gm, ia membekalkan sebanyak 3 gm serat.

Dalam hal ini, si manja  yang berusia 3 hingga 5 tahun memerlukan 8-10 gram serat sehari. Justeru, ibu perlu menyediakan 2 atau 3 biji pisang setiap hari buat mereka.

#2. Menghindarkan masalah asma

Berdasarkan sebuah kajian yang dilakukan oleh Imperial College of London, pakar mendapati anak-anak mengambil buah pisang setiap hari dapat mengurangkan risiko diserang penyakit asma sehingga 34 peratus.

#3. Membekalkan tenaga yang baik

khasiat pisang

Bekalan tenaga bergantung pada tahap kematangan. Buah pisang sebenarnya mengandungi komponen pektin dapat membuatkan anak-anak rasa kenyang. 

Kandungan karbohidrat dan mineral yang mudah dicerna dapat menjadikannya sebagai sumber tenaga baik. Ibu juga boleh menjadikan buah ini sebagai snek sihat bagi anak-anak kekal cergas sepanjang hari.

Selain itu, ia dapat membantu meredakan masalah kekejangan otot yang disebabkan oleh aktiviti seharian. Justeru tidak hairanlah buah pisang menjadi makanan utama para olahraga.

#4. Kaya pelbagai vitamin serta antioksidan

Selain buah delima atau berries, buah pisang turut mengandungi banyak antioksidan yang penting bagi kesihatan tubuh. Ia dapat membantu mengurangkan kerosakan radikal bebas dan risiko pelbagai penyakit.

Buah pisang turut mengandungi pelbagai vitamin seperti Vitamin C, B6, mangan, magnesium, karbohidrat dan protein. Kesannya, anak-anak dapat melalui proses perkembangan yang sihat serta sukar dijangkiti sebarang penyakit.

#5. Menguatkan daya ingatan

Pisang mengandungi triptofan dan asid amino yang berfungsi sebagai penguat daya ingatan. Sekiranya anda mendapati anak sukar menumpukan perhatian terhadap sesuatu pembelajaran dan cepat lupa, berikanlah mereka sekurang-kurangnya sebiji pisang sehari.

Bukan itu sahaja, triptofan dapat merangsang penghasilan hormon serotonin iaitu membaiki mood dan membuatkan fikiran si manja lebih tenang.

Sumber: Daily Makan, Indtimes

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Mana-mana pandangan dan pendapat di dalam artikel ini adalah peribadi dan tertakluk hanya pada pengarang, ia tidak mewakili theAsianparent atau klien.
Artikel(Cerita)
app info
get app banner