Bubur Pedas Sarawak merupakan salah satu hidangan tradisional masyarakat Melayu di Sarawak yang sangat popular, terutama ketika bulan Ramadan. Namun bagi orang semenanjung, pastinya tidak tahu resipi bubur pedas Sarawak ini kan?
Berbeza dengan bubur biasa, Bubur Pedas Sarawak memiliki rasa yang unik hasil gabungan rempah khas yang dikenali sebagai “serbuk pedas” serta pelbagai jenis sayur-sayuran.
Asal-Usul Bubur Pedas Sarawak
Bubur Pedas dipercayai berasal daripada masyarakat Melayu dan Melanau di Sarawak. Ia merupakan hidangan tradisional yang disediakan turun-temurun dan menjadi kegemaran ramai, terutamanya ketika berbuka puasa.
Bubur ini mempunyai keunikan tersendiri kerana penggunaan rempah khas yang memberikan rasa pedas, berempah dan sedikit berlemak.
Resipi Bubur Pedas Sarawak
Bahan-Bahan Bubur Pedas Sarawak:
- 3-4 ulas Bawang Putih*,
- 5 ulas Bawang Merah*,
- 1 sudu besar cili Kisar*,
- 1 sudu besar Belacan*,
- 1 sudu besar udang kering*,
- Air secukupnya
- 1 atau 1 1/2 bungkus bumbu bubur pedas, dibancuh dgn sedikit air
- Santan kelapa (ikut selera banyak mana)
- Garam/MSG
Bahan-bahan Isi Bubur (ikut selera sendiri)
Fucuk, Daun Kunyit dihiris, Cendawan, Kulat, Jagung Muda, Rebung, Kentang, Lobak Merah, Udang, Isi Daging, Isi Ayam, Kulit Sapi, Suun, Sayur Midin, Tempe, Tauhu, Bunga Lili Kering (Kimcham Choy), Cili kering, dan sebagainya.
Cara Buat Bubur Pedas Sarawak
- Kisar bahan bertanda * dan tumis dengan sedikit minyak
- Masukkan bancuhan bumbu bubur pedas dan tumis sekejap sehingga pecah minyak.
- Masukkan air dan tunggu hingga mendidih, kemudian masukkan bahan-bahan isi bubur. Setelah bahan-bahan isi bubur masak, masukkan santan bersama dengan perasa. Seimbangkan rasa masin atau pedas mengikut citarasa.
- Siap, boleh dimakan dengan nasi atau makan begitu saja.
Resepi Bumbu Bubur Pedas
- Beras
- Bawang merah, dihiris
- Bawang putih, dihiris
- Kunyit, dihiris
- Halia, dihiris
- Lada hitam dan putih
- Serbuk ketumbar
- Kelapa parut
- Bunga lawang
- Bunga cengkih
- Kulit kayu manis
- Buah pelaga
- Masukkan kesemua bahan-bahan bumbu di atas ke dalam kuali, dan sangai dengan api kecil sehingga kering keemasan
- Kisar halus dan sedia untuk digunakan
Tips Bubur Pedas Lebih Sedap
-
Gunakan santan segar untuk rasa lebih lemak dan berkrim
-
Tambahkan lebih banyak sayur untuk menjadikan bubur lebih berkhasiat
-
Jika suka rasa lebih pedas, boleh tambah cili kisar atau cili padi ketika menumis
-
Untuk variasi rasa, boleh tambahkan kacang tanah sangai yang ditumbuk kasar
Bubur Pedas Sarawak adalah hidangan tradisional yang penuh dengan rasa dan sejarah. Ia bukan sahaja lazat tetapi juga mengandungi pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan.
Jika anda ingin mencuba sesuatu yang berbeza dan menyelerakan, Bubur Pedas Sarawak adalah pilihan yang sempurna.
Selamat mencuba!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Resipi Sup Ketam Mudah & Berkhasiat, Penawar Demam Denggi Atau Tidak Sedap Badan
Baca juga: Resipi Paprik Campur Seafood Ala Thai Yang Mudah Dan Gerenti Sedap
Baca juga: Resipi Telur Bistik Sedap & Mudah, Menu Simple Yang Boleh Buatkan Anak Makan Berselera
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!