TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Doa Buka Puasa & Doa Sahur (JAKIM) Serta Amalan Sunnah Ketika Berbuka Puasa

5 min bacaan
Doa Buka Puasa & Doa Sahur (JAKIM) Serta Amalan Sunnah Ketika Berbuka Puasa

Doa buka puasa eloklah dihafal dan tahu disebalik maknanya, malah doa berbuka juga terbahagi kepada dua iaitu bersendirian atau beramai-ramai

Selama bulan Ramadan, tentunya kita akan sering membaca doa sahur dan doa buka puasa. Tepatnya di pagi hari sebelum terbit fajar atau ketika mula puasa dan doa berbuka waktu ketika fajar terbenam untuk iftar.

Mungkin di hari keempat ini memang ramai yang sudah hafal niat sahur dan doa buka puasa, Alhamdulillah. Namun jika belum hafal atau sedikit lupa doa niat puasa dan doa berbuka puasa, jom kita refresh semula.

Perlu diingatkan doa berbuka puasa keseorangan dan beramai-ramai adalah berbeza ya.

Isi Kandungan

  • Doa Buka Puasa Dan Doa Sahur (Niat Puasa)
  • Doa Ketika Sendirian / Beramai-ramai
  • Niat Puasa Dibaca Ketika Sahur
  • Manfaatkan Waktu Mustajab Semasa Berbuka Puasa

Doa Buka Puasa Dan Doa Sahur (Niat Puasa)

Doa berbuka puasa yang disarankan oleh JAKIM serta contoh doa ringkas yang boleh diamalkan ketika waktu mustajab menjelang berbuka.

Seluruh umat Islam diwajibkan menjalani ibadah puasa selama bulan Ramadan. Kecuali anak-anak, orang sakit, ibu hamil dan menyusui, perempuan sedang haid dan nifas, serta orang yang sedang dalam perjalanan jauh (musaffir).

Ibu ayah tentu sudah tahu kalau menjalankan ibadah puasa selain dengan cara tidak makan dan minum sejak terbit fajar hingga terbenam matahir, salah satu syarat puasa juga harus berniat yang ikhlas dari dalam hati.

Doa niat puasa dibaca saat sebelum terbit fajar, iaitu ketika cahaya kemerah-merahan tampak di langit sebelah timur sebelum matahari terbit di pagi hari. Berikut doanya, jangan lupa hafal dan ajarkan pada anak-anak di rumah!

Doa Ketika Sendirian / Beramai-ramai

1. Doa Buka Puasa Bersendirian

Doa berbuka secara bersendirian adalah seperti berikut:

doa buka puasa

Foto: Aku Islam

Allahumma Lakasumtu Wabika Aamantu Wa’alaa Rizqika Afthortu Birohmatika Yaa Arhamar Roohimiin

Maksudnya:

Ya Allah kerana Mu aku berpuasa, Dengan Mu aku beriman, kepada Mu aku berserah dan dengan rezeki Mu aku berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.

2. Doa Buka Puasa Beramai-Ramai

Doa buka puasa beramai-ramai adalah sama sahaja dengan doa bersendirian, cuma diubah “tu” kepada “na” untuk membawa maksud “aku” kepada “kami”

doa buka puasa

Foto: Aku Islam

Allahumma Lakasumna Wabika Aamanna Wa’alaa Rizqika Afthorna Birohmatika Yaa Arhamar Roohimiin

Maksudnya:

Ya Allah kerana Mu kami berpuasa, Dengan Mu kami beriman, kepada Mu kami berserah dan dengan rezeki Mu kami berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.

Niat Puasa Dibaca Ketika Sahur

Dalam buku Tuntunan Ibadah pada Bulan Ramadhan oleh Majelis Tarjih dan Tajdid Pimpinan Pusat Muhammadiyah (2018:5) salah satu dalil tentang doa sahur atau niat sahur adalah riwayat yang disampaikan oleh Hafshah, bahwa Nabi SAW bersabda, “Barangsiapa tidak berniat puasa di malam hari sebelum fajar, maka tidak sah puasanya”.

Sumber rujukan yang sama juga dicoretkan dalam Buku Saku Sukses Ibadah Ramadhan terbitan Pengurus Pusat Lajnah Ta’lif wan Nasyr Pengurus Besar Nahdlatul Ulama (PBNU) (2017:17).

Selain itu, diriwayatkan dalam sebuah hadis bahwa Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya semua perbuatan ibadah harus dengan niat, dan setiap orang tergantung kepada niatnya…” (H.R Bukhari).

Atas dasar tersebut, disebabkan puasa termasuk ibadah, maka niat untuk mengerjakannya termasuk ke dalam rukun puasa. Doa niat puasa adalah seperti berikut:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانِ هذِهِ السَّنَةِ لِلهِ تَعَالَى

Nawaitu shauma ghadin ‘an adâ’i fardhi syahri Ramadhâni hâdzihis sanati lillâhi ta’âla.

Ertinya, “Sahaja saya berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu di bulan Ramadhan tahun ini, karena Allah Ta’ala.”

Stories Rakan Kongsi
Parents, Do You Know Why You Should Keep Your Child At Home If They Have Diarrhoea?
Parents, Do You Know Why You Should Keep Your Child At Home If They Have Diarrhoea?
Ibu-Ibu Gila Shopping? Ini Cara Mudah Untuk Berbelanja Seisi Keluarga, Satu Tempat Saja Sudah Memadai!
Ibu-Ibu Gila Shopping? Ini Cara Mudah Untuk Berbelanja Seisi Keluarga, Satu Tempat Saja Sudah Memadai!
Have you heard of the Durian Generation? Here’s how not to raise a brat
Have you heard of the Durian Generation? Here’s how not to raise a brat
Pelajaran Kewangan Daripada Ibu Bapa - Dan Bagaimana Mereka Membentuk Gaya Pendidikan Kewangan Kita
Pelajaran Kewangan Daripada Ibu Bapa - Dan Bagaimana Mereka Membentuk Gaya Pendidikan Kewangan Kita

Kekeliruan yang terjadi dalam melafazkan niat puasa atau tidak secara langsung mempengaruhi sah atau tidaknya puasa. Yang utama adalah sudah terselit dalam hati untuk melakukan ibadah puasa pada keesokan harinya.

Mengutip dari Islam.nu, ada dua riwayat hadis atau perkataan Nabi Muhammad SAW yang mengandung niat berbuka puasa. Keduanya dapat digunakan sebagai ucapan doa berbuka puasa. Berikut doanya:

Manfaatkan Waktu Mustajab Semasa Berbuka Puasa

1. Ambil Masa Untuk Berdoa Sebelum Berbuka

Tahukah anda berdoa ketika menunggu waktu berbuka puasa adalah mustajab. Jadi selepas ini elok amalkan untuk berdoa, minta apa-kebaikan sebelum berbuka. 

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang dizalimi.”  — Hadis Riwayat At Tirmidzi

Setelah penat seharian berpuasa, Allah mengurniakan satu waktu mustajab untuk orang berpuasa memanjatkan doa kepadaNya.

Oleh itu jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk berdoa apa-apa sahaja hajat kebaikan dunia dan akhirat.

Sangatlah rugi jika menghabiskan minit-minit terakhir berpuasa dengan hanya menghadap telefon, sibuk memandang juadah berbuka dan duduk melopong. 

2. Menyegerakan Berbuka Puasa

Rasulullah mengajarkan satu sunnah, iaitu tidak melewat-lewat untuk berbuka puasa. Berbuka puasa harus disegerakan.

Ini kerana, perbuatan menyegerakan berbuka puasa sangat mendatangkan kebaikan.

Manusia itu akan terus berada dalam kebaikan selagi mana dia menyegerakan berbuka puasa. — Bukhari & Muslim

Ayuh, kita amalkan doa buka puasa dan amalan sunat sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini. 

theAsianparent Indonesia, Aku Islam

Artikel ini telah mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Panduan Solat Dhuha & Maksud Hebat Disebalik Doanya 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Spiritualiti
  • /
  • Doa Buka Puasa & Doa Sahur (JAKIM) Serta Amalan Sunnah Ketika Berbuka Puasa
Kongsikan:
  • Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

    Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

  • Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

    Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

  • Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

    Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

  • Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

    Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

  • Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

    Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

  • Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

    Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham