Pernahkah anda bertemu dengan seorang kanak-kanak yang sangat cerdas dalam akademik, tetapi kurang keyakinan diri untuk berinteraksi dengan rakan sebaya?
Atau pun seorang kanak-kanak yang menunjukkan minat mendalam terhadap pembelajaran, namun sukar untuk turut serta dalam aktiviti fizikal?
Inilah antara contoh-contoh situasi yang menunjukkan seseorang itu mungkin tidak melalui perkembangan holistik sewaktu membesar. Sebagai ibu bapa, tentunya kita inginkan anak-anak kita membesar dengan perkembangan yang seimbang daripada semua segi.
Kita tidak boleh lagi hanya mengharapkan anak-anak untuk menjadi “book smart” semata-mata, malah adalah amat penting untuk menerapkan sifat ingin tahu, empati dan kesedaran diri dalam jiwa mereka. Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan utama dalam menyediakan persekitaran yang positif untuk menyokong anak-anak tersayang membina asas pembelajaran holistik yang kukuh agar mereka dapat berkembang dengan baik sebelum melangkah ke alam dewasa.
Ibu-ibu pasti inginkan yang terbaik untuk si manja, bukan? Jadi, ayuh, kita bersama-sama ketahui bagaimana untuk menyokong perkembangan holistik cahaya mata kesayangan kita.
5 Aspek Utama dalam Perkembangan Holistik
Pendidikan holistik bukan sahaja berlaku di sekolah antara murid-murid dan guru-guru, malah sebaik-baiknya ibu bapa juga haruslah memupuk dan menyokong perkembangan holistik di rumah. Ini antara tip-tip yang ibu-ibu boleh cuba bersama si manja tersayang.
3 Tip Mudah Memupuk Perkembangan Holistik Anak Anda
-
Ketahui minat anak anda dan sokong aspirasi mereka
Mengetahui minat anak anda secara tidak langsung dapat membantu anak anda menyerlahkan identitinya, nilai-nilai diri dan tujuan hidupnya yang sekaligus akan membentuk perkembangan rohaninya juga. Anda boleh menggunakan minat anak anda sebagai asas untuk menyokong proses pembelajarannya kerana kanak-kanak lebih seronok belajar apabila ianya melibatkanya perkara yang mereka sukai. Anak anda sudah menunjukkan minat atau cita-cita tertentu pada usia yang muda? Berikan sokongan sebaik mungkin kerana ini menunjukkan anak anda telah mula membentuk personal goal.
-
Didik anak anda dengan pelbagai cara
Tidak semua kanak-kanak belajar dengan efektif melalui satu cara yang sama. Ada yang lebih cenderung belajar menerusi kaedah visual, ada yang lebih ke arah pendengaran, fizikal atau sensori. Setiap kanak-kanak itu unik, jadi cubalah pelbagai cara, contohnya melalui bermain kerana dari situlah biasanya kita dapat melihat kecenderungan kanak-kanak untuk belajar dengan kaedah yang sesuai untuk mereka.
-
Tanya soalan-soalan terbuka
Anggaplah proses pembelajaran sebagai suatu eksperimen. Dengan bertanyakan soalan-soalan terbuka kepada anak anda, anda sebenarnya membantu meningkatkan kemahiran kognitif mereka, menggalakkan mereka berfikir berdasarkan pemahaman mereka sendiri, melayari perasaan mereka sendiri dan mengekspresi diri dengan lebih baik. Anak anda juga akan secara tidak langsung mengasah kemahiran bertutur mereka ketika menjawab soalan terbuka anda. Usah biasakan mereka dengan jawapan “ya” atau “tidak” sahaja.
Tapi, nanti dulu! Bukan itu sahaja, tau. Sebenarnya perkembangan kanak-kanak perlu disempurnakan dengan kesihatan dalaman yang baik juga. Kanak-kanak kecil masih membina sistem pertahanan badan mereka, jadi inilah waktu terbaik untuk menyokong tubuh badan mereka untuk membina sistem dalaman yang kuat.
Tahukah Anda, Perkembangan Holistik Kanak-Kanak Berkait Rapat Dengan Kesihatan Usus?
Kesihatan dalam yang baik akan memberikan impak yang positif kepada proses tumbesaran kanak-kanak, sekaligus melancarkan perkembangan fizikal dan kognitif mereka.
Bagi yang belum mengetahui fakta ini, usus yang sihat amat penting untuk membantu kanak-kanak membesar dengan sempurna.1 Fungsi utama usus ialah menyerap nutrien untuk menyokong pelbagai fungsi tubuh badan seperti proses penghadaman, sistem imun, sistem saraf dan sistem endokrin.2 Untuk mengekalkan mikrobiom usus yang sihat, badan kita memerlukan diet yang kaya serat, probiotik dan prebiotik.3 Antara makanan yang baik untuk usus adalah seperti:
Contoh makanan kaya serat, probiotik dan prebiotik seperti pisang, yogurt, tomato, coklat gelap, avokado, roti sourdough, sauerkraut, kefir, dan lain-lain.
Fakta menarik:
Mikrobiota usus menghasilkan dan berinteraksi dengan pelbagai sebatian, termasuk neurotransmitter seperti serotonin, yang mempengaruhi mood dan emosi. Serotonin, yang dikaitkan dengan “hormon gembira,” terutamanya dihasilkan dalam usus dan mempengaruhi mood, tidur, dan selera makan.4
Inilah sebabnya kita sebagai ibu bapa harus melindungi usus anak-anak supaya mereka dapat membesar dengan optimum, belajar dengan baik dan meneroka dengan minda yang sentiasa ingin tahu!
Selain pilihan makanan di atas, anda juga boleh melengkapkan nutrisi harian si manja anda dengan susu tumbesaran kanak-kanak yang kaya dengan nutrien yang menyokong perkembangan kanak-kanak, seperti Friso® Gold, yang menjadi pilihan ramai ibu di seluruh dunia!
Berikan Mereka Kekuatan Dari Dalam Untuk Meneroka Dunia Luar bersama Friso® Gold!
Memahami betapa pentingnya melindungi usus kanak-kanak dan demi menyokong perkembangan holistik mereka, Friso® Gold kini tampil dengan formulasi terbaharu yang ditambah dengan 2’-FL yang memainkan peranan penting dalam perkembangan mikrobiota usus kanak-kanak.
Friso® Gold dihasilkan daripada susu dan dan diproses hanya sekali sahaja menerusi teknologi LocNutri™ untuk mengekalkan lebih 90% nutrisi. Ia menggunakan kombinasi kebaikan alam semulajadi dan sains untuk menghasilkan susu yang mudah dihadam dengan lebih 50 nutrien, antaranya DHA, AA, Omega 3 dan 6, kalsium, protein, vitamin dan mineral yang membantu anak anda membesar dengan kuat dari dalam. Ia juga diperkaya dengan 2′-FL, GOS, Nucleotides & Bifido Lactis untuk meningkatkan penyerapan nutrien dan membantu melindungi sistem pertahanan badan.
Friso® Gold diperbuat daripada NOVAS™ Signature Milk, yang secara semulajadinya mempunyai molekul yang kecil dan struktur yang lembut, dan bebas daripada perisa tambahan supaya mudah dihadam.
Promosi Terhad Friso® Gold!
Berminat untuk memberikan kebaikan susu Friso® Gold kepada si manja anda? Inilah masa yang tepat kerana Friso® Gold sedang mengadakan promosi hebat di mana anda boleh mendapatkan Cawan Pintar dengan Paparan LED dengan mana-mana pembelian 2 unit Friso® Gold Step 3 atau 4 (900g/1.2kg).
Apa yang menarik tentang botol air ini?
- Paparan suhu khas
- Boleh mengekalkan minuman panas atau sejuk sehingga 6 jam
- Sifat anti-menghakis
Oh, cantiknya! Sangat sesuai untuk seisi keluarga, kan? Apa lagi mummies? Cepat, kumpul kesemua warna sekarang sementara stok masih ada!
Untuk maklumat lanjut, layari pautan ini.
Testimoni Ibu-ibu
RUJUKAN:
- 5 Ways to Boost Your Child’s Gut Health
- What Is Your Gut’s Microbiome?
- What You Need To Know About Your Child’s Gut Health
- Turns Out Your ‘Gut Feelings’ Are Real. How Gut and Mental Health Are Connected.
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!