X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Niat Puasa Sebulan Ramadhan Dan Lafaz Niat Harian Berserta Rumi & Maksudnya-JAKIM

3 min bacaan
Niat Puasa Sebulan Ramadhan Dan Lafaz Niat Harian Berserta Rumi & Maksudnya-JAKIM

Lupa lafaz niat puasa Ramadan? Jangan risau! Berikut kami kongsikan lafaz niat puasa harian dan sebulan sebagai rujukan anda.

Bagi anda yang terlupa cara niat puasa Ramadhan, jangan risau kerana dalam artikel ini kami kongsikan lafaz niat puasa sebulan dan niat harian sebagai panduan anda. Sebelum itu, kami ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan 1446H kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Semoga bulan mulia ini membawa keberkatan dan ketenangan buat anda sekeluarga.

▲▼Isi Kandungan

  • Maksud Puasa
  • Lafaz Niat Puasa Ramadan Sebulan / Harian 
  • my.theasianparent.com/niat-puasa-ramadhan-sebulan/#Syarat-Syarat_Niat_Puasa_Ramadan" title="Syarat-Syarat Niat Puasa Ramadan ">Syarat-Syarat Niat Puasa Ramadan
  • Doa Berbuka Puasa
  • Kesimpulan

Maksud Puasa

Dari segi bahasa, puasa bermaksud “menahan diri.”

Dalam istilah syarak, puasa merujuk kepada menahan diri daripada makan, minum dan segala perkara yang membatalkan puasa, bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari dengan disertai niat.

Lafaz Niat Puasa Ramadan Sebulan / Harian 

Niat puasa sebulan ramadhan ini boleh dilakukan sekali sahaja iaitu pada malam pertama Ramadhan. Lafaz niatnya adalah:

niat puasa Ramadhan sebulan

Bacaan Rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala.

Niat puasa harian ini perlu dilafazkan pada setiap malam. Lafaz niatnya adalah:

niat  puasa harian

Bacaan Rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardu di bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

Syarat-Syarat Niat Puasa Ramadan

Untuk berpuasa dengan sempurna, niat adalah perkara utama yang perlu dipenuhi. Beberapa syarat telah digariskan dalam kitab-kitab fiqh bagi memastikan niat itu sah dan jelas. Berikut adalah tiga syarat penting dalam niat puasa Ramadan:

  1. Al-Jazm (الجزم) – Niat mesti dibuat dengan penuh keyakinan tanpa sebarang keraguan.

  2. Al-Ta’yin (التعيين) – Perlu menentukan jenis puasa yang ingin dilakukan, sama ada puasa Ramadan, puasa wajib (qadha’, kaffarah, nazar), atau puasa sunat (Isnin-Khamis, hari Arafah, ‘Asyura, dan lain-lain). Niat secara umum tanpa menyebut jenis puasa tidak memadai.

  3. Al-Tabyit (التبييت) – Niat perlu dibuat pada waktu malam, iaitu selepas terbenam matahari hingga sebelum terbit fajar. Waktu bersahur juga masih dikira sebagai waktu untuk berniat.

Syarat ini dipegang oleh mazhab Maliki, Syafi’i, dan Hanbali, berdasarkan hadis Nabi ﷺ yang diriwayatkan oleh Hafsah R.Anha:

مَنْ لَمْ يُجْمِعِ الصِّيَامَ قَبْلَ الْفَجْرِ فَلاَ صِيَامَ لَهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang tidak berniat (pada malam hari) sebelum terbit fajar, maka tiada puasa baginya (pada hari tersebut.” – Riwayat Abu Daud

Dengan memahami syarat-syarat ini, umat Islam dapat memastikan niat puasa mereka sah dan diterima.

Doa Berbuka Puasa

Niat Puasa Sebulan Ramadhan Dan Lafaz Niat Harian Berserta Rumi & Maksudnya-JAKIM

Bacaan Rumi: Allahumma Lakasumtu Wabika Aamantu Wa’alaa Rizqika Afthortu Birohmatika Yaa Arhamar Roohimiin

Maksudnya: Ya Allah kerana Mu aku berpuasa, Dengan Mu aku beriman, kepada Mu aku berserah dan dengan rezeki Mu aku berbuka dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.

Kesimpulan

Niat Puasa Sebulan Ramadhan Dan Lafaz Niat Harian Berserta Rumi & Maksudnya-JAKIM

Mengikut pendapat al-Imam Zufar dan al-Imam Malik, berpadalah bagi seseorang itu berniat sekali sahaja iaitu diniatkan terus sebulan berpuasa.

Namun, mengikut pendapat jumhur termasuklah mazhab al-Syafi’ie pula niat perlulah diperbaharui pada setiap malam untuk berpuasa. 

Walau bagaimanapun, sekiranya ingin melakukan kedua-duanya sekali tidak ada masalah dan dalam masa yang sama niat puasa juga perlu dilakukan pada setiap malam. Ini kerana, niat puasa sebulan Ramadhan termasuk dalam syarat puasa dan hukumnya adalah wajib.

Mufti Wilayah Persekutuan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 6 Syarat Sah Puasa Ramadhan, Wajib Puasa Jika Cukup Kesemuanya

Baca juga: Doa Ketika Sahur & Doa Buka Puasa, WAJIB Hafal & Tahu Maksudnya

Baca juga: Jangan Gopoh Ajar Anak Puasa, Ikuti 8 Tips Melatih Anak Berpuasa Dengan Rela Hati

Stories Rakan Kongsi
Why Soup Is The Easiest Solution to Get Families to Bond Together
Why Soup Is The Easiest Solution to Get Families to Bond Together
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
5 Smart & Educational Gifts for Kids
5 Smart & Educational Gifts for Kids

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Spiritualiti
  • /
  • Niat Puasa Sebulan Ramadhan Dan Lafaz Niat Harian Berserta Rumi & Maksudnya-JAKIM
Kongsikan:
  • Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

    Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

  • Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

    Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

  • Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

    Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

  • Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

    Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

  • Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

    Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

  • Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

    Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham