X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

3 min bacaan
5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

Rotavirus sangat berbahaya kepada bayi kerana selain cirit-birit, bayi juga boleh menghidapi Gastroenteritis Akut (AGE) dan mungkin mengalami dehidrasi.

Dengan pelbagai maklumat yang ibu bapa baru dijangka perlu tahu, mudah untuk terlepas pandang penyakit-penyakit awal bayi dan anak-anak kecil.

Salah satu daripada penyakit berbahaya dan berjangkit tersebut ialah rotavirus. Rotavirus mudah merebak melalui sentuhan dengan virus pada permukaan, atau daripada tangan ke mulut1.

Namun anda mungkin tidak sedar bayi dijangkiti virus sehingga simptom-simptom muncul dua hari kemudian. Ia bermula dengan demam dan muntah-muntah 2 hingga 3 hari, kemudian cirit-birit bermula dan boleh berlarutan dari 5 hingga 7 hari1.

Dalam senario terburuk, kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus boleh dehidrasi dan perlu dimasukkan ke hospital1.

Apakah itu jangkitan rotavirus?

Penyakit rotavirus sangat berbahaya kepada bayi kerana selain cirit-birit, bayi juga boleh menghidapi Gastroenteritis Akut (AGE) dan mungkin mengalami dehidrasi

Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja

Rotavirus sangat berbahaya kepada bayi kerana selain cirit-birit, bayi juga boleh menghidapi Gastroenteritis Akut (AGE) dan mungkin mengalami dehidrasi2.

Mereka juga akan rasa letih dan lesu akibat dehidrasi dan jika tidak dirawat, ia boleh membawa maut2.

Sekiranya anak mengalami dehidrasi, ada beberapa tanda yang ibu bapa boleh perhatikan3:

  • Mulut kering
  • Tiada air mata ketika kanak-kanak menangis
  • Mengantuk luar biasa atau tiada tindak balas
  • Kekurangan air kencing

Oleh itu, rotavirus harus dipandang serius oleh semua ibu bapa.

Sekiranya anak terkena penyakit rotavirus, mereka akan rasa letih dan lesu akibat dehidrasi dan jika tidak dirawat, ia boleh membawa maut

Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja

Adakah anak anda berisiko untuk dijangkiti rotavirus?

Jangkitan rotavirus dikenali sebagai jangkitan usus yang biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah3.

Namun bagaimana pula orang dewasa?

Sebagai orang dewasa, kita tidak terlepas daripada dijangkiti rotavirus namun kita lebih kurang terdedah dan simptom-simptom mungkin tidak seteruk kanak-kanak yang terjangkit jangkitan ini3.

Namun jika kita tidak berhati-hati, kita boleh menularkan virus tersebut kepada anak-anak. Ada beberapa cara untuk melindungi anak-anak daripada jangkitan rotavirus.

Mengekalkan tabiat kesihatan baik seperti mencuci tangan selepas menukar lampin anak, mensanitasikan permukaan tempat menukar kampin dan membersih apa sahaja yang bayi sentuh.

Namun begitu, kita harus mempertimbangkan vaksinasi terhadap rotavirus untuk anak-anak agar fikiran lebih tenang.

Jangan terlepas peluang untuk melindungi anak anda

Jika anda risau anak-anak terdedah kepada jangkitan rotavirus, memvaksinkan mereka sebagai perlindungan adalah salah satu langkah yang anda boleh pertimbangkan.

Namun, anda perlu bertindak dengan pantas!

Rujuklah kepada doktor anda untuk mengetahui maklumat lanjut.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Vaksin Rotavirus

  • Buat masa sekarang, vaksin Rotavirus yang telah diuji secara klinikal melibatkan ribuan bayi dan didapati boleh diterima dengan baik dan boleh membantu dalam melindungi daripada jangkitan rotavirus. Ia juga telah diluluskan untuk digunakan di Malaysia oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Malaysia4.
  • Secara umumnya, kanak-kanak yang mendapat vaksin akan dilindungi daripada jangkitan Rotavirus yang teruk (demam, muntah, cirit-birit, dan perubahan tingkah laku)5.
  • Sebelum vaksin ini diperkenalkan, ramai kanak-kanak yang dijangkiti Rotavirus sehingga perlu dimasukkan ke hospital5. 
  • Bilangan kanak-kanak yang divaksinasi yang dimasukkan ke hospital akibat penyakit ini semakin berkurangan5.

Jika anda tidak pasti dengan kesihatan anak anda, rujuk kepada doktor keluarga agar anda lebih jelas dalam membuat keputusan melibatan kesihatan si manja.

MY-ROT-00240 Aug/2022

REFERENCES

  1. World Health Organization. Rotavirus. Available From: https://www.who.int/teams/health-product-policy-and-standards/standards-and-specifications/vaccines-quality/rotavirus. Last Accessed 22 August 2022.   
  2. Elliott EJ. Acute gastroenteritis in children. BMJ. 2007;334(7583). 
  3. Mayo Clinic. Rotavirus. Available From: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/rotavirus/symptoms-causes/syc-20351300. Last Accessed 19 August 2022.  
  4. PORTAL MyHEALTH. The Drug Product Registration Process In Malaysia. Available from: https://www.myhealth.gov.my/en/drug-product-registration-process-malaysia/. Last Accessed 21 August 2022.
  5. Centers for Disease Control and Prevention. Rotavirus vaccination: What everyone should know. Available from: https://www.cdc.gov/vaccines/vpd/rotavirus/public/index.html. Last Accessed 22 August 2022.   

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Give Health A Shot
  • /
  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
Kongsikan:
  • Imun Bayi Czer: Benarkah Lebih Lemah Berbanding Bayi Normal?

    Imun Bayi Czer: Benarkah Lebih Lemah Berbanding Bayi Normal?

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Imun Bayi Czer: Benarkah Lebih Lemah Berbanding Bayi Normal?

    Imun Bayi Czer: Benarkah Lebih Lemah Berbanding Bayi Normal?

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham