TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Resipi Telur Bistik Sedap & Mudah, Menu Simple Yang Boleh Buatkan Anak Makan Berselera

3 min bacaan
Resipi Telur Bistik Sedap & Mudah, Menu Simple Yang Boleh Buatkan Anak Makan Berselera

Resipi telur bistik adalah menu ringkas untuk dihidangkan buat seisi keluarga. Makan dengan nasi putih bersama sambal belacan memang sedap

Telur bistik adalah hidangan yang berasal dari pengaruh masakan Barat, terutamanya dari “beef steak” atau bistik. Di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Indonesia, resipi telur bistik telah diubah suai dengan menggunakan telur sebagai bahan utama, menggantikan daging bistik yang lebih lazim dalam masakan Barat.

Asal-usul telur bistik ini berkait rapat dengan zaman penjajahan di Asia Tenggara, di mana makanan Barat mula diperkenalkan kepada masyarakat tempatan. Oleh kerana daging bistik agak mahal dan mungkin sukar didapati oleh golongan biasa, telur digunakan sebagai pengganti yang lebih mudah dan murah.

Isi Kandungan

  • Resipi Telur Bistik Sedap
  • Tips Buat Telur Bistik Sedap

Resipi Telur Bistik Sedap

Bahan Telur Bistik: 

  • 2 biji telur
  • 1/2 isi ayam dipotong dadu
  • 1/2 cawan sayur campur
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato (cheyah tak letak sebab dah habis)
  • 1/4 biji bawang holland (potong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • sedikit minyak
  • serbuk perasa
  • air secukupnya

Cara Buat Telur Bistik Sedap:

  1. Pecahkan telur, masukkan sedikit garam dan goreng bagi masak. Angkat dan biarkan.
  2. Tumis bawang putih dan bawang holland, masukkan isi ayam. Bila dah nampak ayam hampir masak, masukkan segala sos yang ada.
  3. Tambahkan sedikit air. Masukkan bahan perasa dan last sekali masukkan sayur campur. Dah siap!
  4. Curahkan atas telur tadi. Ready to eat. Selamat mencuba.

Tips Buat Telur Bistik Sedap

  1. Pilih Telur Segar
    Gunakan telur yang segar untuk memastikan rasa yang lebih enak dan tekstur yang sempurna, sama ada anda ingin goreng separuh masak atau penuh masak.

  2. Teknik Menggoreng Telur
    Panaskan minyak dengan suhu yang tepat sebelum menggoreng telur. Ini membantu mendapatkan tekstur rangup di bahagian luar dan lembut di dalam. Jangan terlalu lama menggoreng telur jika anda mahu kuning telur yang sedikit cair.

  3. Sediakan Sos dengan Rasa Seimbang
    Sos bistik adalah kunci untuk menambahkan rasa unik. Campurkan sos tomato, sos cili, kicap manis, dan sedikit air asam jawa untuk seimbangkan rasa manis, masam, dan pedas. Sesuaikan jumlah gula dan garam mengikut selera.

  4. Tumis Bahan Aromatik Hingga Wangi
    Tumiskan bawang merah, bawang putih, dan cili sehingga naik bau sebelum menambahkan sos. Ini memberi aroma sedap dan meningkatkan rasa sos.

  5. Tambahkan Sayur untuk Tekstur
    Tambahkan sayur-sayuran seperti lobak merah, kacang panjang, atau kacang pea untuk memberikan tekstur yang lebih kaya dan keseimbangan nutrisi dalam hidangan.

  6. Gunakan Perapan Ringkas untuk Telur
    Sebelum menggoreng telur, perap telur dengan sedikit garam dan lada untuk meningkatkan rasa asas. Ini memberi telur rasa lebih mantap apabila disatukan dengan sos.

  7. Jangan Masak Sos Terlalu Lama
    Setelah sos dimasukkan, masak dengan api kecil dan kacau perlahan-lahan agar sos tidak terlalu pekat atau kering. Biarkan sos cukup pekat untuk melapisi telur dengan sempurna.

  8. Hidangkan dengan Nasi Panas
    Telur bistik paling sedap dihidangkan bersama nasi putih yang panas. Nasi membantu menyerap sos bistik dan menjadikan hidangan lebih mengenyangkan.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Cheyah Saripuddin

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Resipi Sup Ketam Mudah & Berkhasiat, Penawar Demam Denggi Atau Tidak Sedap Badan

Baca juga:  Resipi Paprik Campur Seafood Ala Thai Yang Mudah Dan Gerenti Sedap

Baca juga:  Resipi Lauk Ayam Mudah Untuk Anak-Anak Memilih Makan, Sedap Tak Terkata!

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Hidangan
  • /
  • Resipi Telur Bistik Sedap & Mudah, Menu Simple Yang Boleh Buatkan Anak Makan Berselera
Kongsikan:
  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • 15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

    15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • 15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

    15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham