Suami disihir bukanlah kejadian yang jarang berlaku, malahan ramai sebenarnya lelaki yang sudah terkena. Tidak kiralah kerana perasaan cemburu dari orang lain, ataupun disihir kerana mahu memiliki lelaki itu. Begitulah kisah seorang lelaki dari Malaysia yang disihir ketika mengembara ke Indonesia.
Suami Disihir Sehingga Hilang Ingatan Selama 5 Tahun
Dalam satu kisah yang penuh dengan unsur mistik dan kejutan, seorang lelaki Malaysia yang dikenali sebagai Rosli telah hilang ingatan selama lima tahun akibat disihir di Indonesia. Sepanjang tempoh tersebut, beliau menjalani kehidupan yang berbeza sama sekali dengan menjual bakso di sana. Setelah pulih daripada kesan sihir dan kembali ke Malaysia, beliau mendapati bahawa isterinya telah berkahwin dengan orang lain.
Hilang Ingatan Akibat Disihir
Kisah ini dikongsikan oleh rakan Rosli iaitu Alang Anuar. Menurut Alang, rakannya itu telah mengembara sendirian ke Indonesia kerana percutian itu sudah lama dirancang oleh Rosli.
Bagaimanapun, mereka sendiri tidak tahu bagaimana Rosli boleh terkena sihir sepanjang berada di Indonesia sehingga menyebab rakannya itu hilang identiti diri dan tidak ingat nama sendiri.
Apa yang lebih menyedihkan apabila situasi itu berlarutan sehingga lima tahun dan dia terkontang-kanting di negara orang, sama seperti seorang pengemis kerana Rosli tidak mempunyai sumber kewangan atau pekerjaan untuk meneruskan kehidupan.
Kehidupan Baru Di Indonesia
Dengan kuasa Allah, akhirnya seorang individu tergerak hati untuk membantu rakannya dengan menawarkan pekerjaan di warung bakso. Dalam tempoh lima tahun, Rosli menjalani kehidupan seperti rakyat Indonesia tanpa tahun asal usulnya.
Selepas lima tahun, warung tempat Rosli didatangi jemaah tabligh dan salah seorang daripada jemaah itu mengesyaki lelaki itu telah disihir. Susulan itu, jemaah tabligh berkenaan merawat Rosli menggunakan perubatan Islam sehingga dia pulih seperti sedia kala.
Malah, ingatannya juga kembali seperti biasa dan dia sangat terkejut apabila dimaklumkan telah berada di Indonesia selama lebih lima tahun.
Kepulangan Yang Mengejutkan
Tanpa menunggu lama, Rosli menguruskan semua dokumen yang diperlukan untuk pulang semula ke Malaysia untuk bertemu dengan keluarganya. Bagaimanapun, ujian Rosli masih belum berakhir.
Sebaik tiba di Malaysia, rupanya isteri Rosli sudah pun berkahwin dengan lelaki lain. Walaupun Rosli sedih dengan apa yang berlaku, namun dia tetap tersenyum dan menerima qada dan qadar Allah dengan hati yang terbuka.
Malah, kehidupannya semakin baik namun kesan daripada sihir tersebut membuatkan Rosli menjadi gagap ketika bercakap. Bagaimanapun, dia tidak tahu sama ada sihir tersebut memang ditujukan buatnya.
Dia juga tidak tahu sekiranya dia terkena sihir yang dihantar kepada orang lain atau telah menjadi mangsa rompakan individu yang mengamalkan sihir.
Kisah suami yang disihir ini menjadi pengajaran kepada kita semua untuk berhati-hati tidak kira di mana pun kita berada. Sebagai peringatan, Islam melarang kita untuk mengamalkan ilmu sihir.
Rasulullah bersabda: Jauhilah tujuh jenis dosa besar yang membinasakan.
Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah dosa-dosa itu? Sabda Baginda: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan melainkan dengan alasan yang benar, makan riba, makan harta anak yatim, lari daripada perang dan menuduh wanita yang beriman yang tidak bersalah dengan tuduhan zina.” – [HR Bukhari 2766].
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Permohonan MyKid 2024: Semakan Mykid Anak & Status Permohonan
Baca juga: Serangga Cochineal/Carmine Hasilkan Pewarna Merah: Kegunaan, Kesan & Hukum Mengikut Mufti WP
Baca juga: Doa Minum Air Zam Zam, Cara Minum Air Zam-Zam & Kelebihan Mengamalkannya
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!