TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Permohonan MyKid 2024: Semakan Mykid Anak & Status Permohonan

5 min bacaan
Permohonan MyKid 2024: Semakan Mykid Anak & Status Permohonan

Semakan MyKid JPN anak kini telah dibuka semula bermula 27 Julai 2024. Ibu ayah boleh walk in ke UTC yang berdekatan untuk membuat permohonan

Setelah beberapa tahun permohonan Mykid untuk anak dihentikan buat seketika, kini ibu ayah sudah boleh buat permohonan buat kali pertama dan semakan mykid JPN serta status permohonan kad pengenalan anak. 

▲▼Isi Kandungan

  • Semakan MyKid Anak 2024
  • Kelebihan MyKid
  • Cara Permohonan MyKid 2024
  • Tempoh Semakan MyKid 2024
  • Sistem Pengesahan Cetakan MyKid
  • Semakan Senarai Cawangan JPN & Waktu Operasi
  • Cara Semakan Status MyKid Online
  • Maklumat Lanjut
  • Permohonan Mykid Anak Buat Kali Pertama

Semakan MyKid Anak 2024

Apakah MyKid?

MyKid adalah kad pengenalan bercip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun. Ciri-ciri MyKid adalah serupa dengan MyKad, tetapi ia tidak mempunyai gambar dan cap jari.

“My” merujuk kepada “Malaysia,” manakala “Kid” adalah singkatan untuk “Kad Identiti Diri.” Nombor pengenalan diri pada MyKid digunakan untuk semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat.

Terdapat tiga aplikasi utama pada cip iaitu Aplikasi JPN (data kelahiran), Maklumat kesihatan dan Maklumat pendidikan.

Kelebihan MyKid

1. Saiz Kecil dan Mudah Dibawa

Kad ini bersaiz kecil dan mudah dibawa, sesuai dengan keperluan kanak-kanak.

2. Kegunaan Urusan Rasmi

MyKid boleh digunakan untuk menyediakan maklumat yang diperlukan sangat memudahkan proses pendaftaran di sekolah, hospital dan urusan rasmi lain tanpa perlu membawa sijil kelahiran yang asal. 

3. Tidak Perlu Isi Borang 

Penggunaan MyKid mengurangkan keperluan untuk mengisi borang kertas setiap kali berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta kerana maklumat yang diperlukan sudah tersedia dalam cip.

4. Maklumat Mudah Dibaca & Dikemaskini

Teknologi cip membolehkan maklumat dalam MyKid dibaca dengan mudah menggunakan peranti khas, dan maklumat tersebut boleh dikemaskini secara elektronik tanpa perlu mengeluarkan kad baru.

5. Ciri Keselamatan Elak Pemalsuan & Penyalahgunaan

MyKid dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti cip yang sukar untuk dipalsukan, memastikan maklumat peribadi tidak disalahgunakan.

6. Bentuk Cantik dan Menarik

MyKid direka dengan grafik yang mesra kanak-kanak, menggunakan warna-warna terang yang menarik.

Cara Permohonan MyKid 2024

MyKid boleh dipohon oleh semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur di bawah 12 tahun.

Ramai ibu ayah tertanya-tanya bilakah boleh dapat buat Mykid anak, pihak JPN memaklumkan melalui portalnya bahawa permohonan boleh dilakukan mulai 27 Julai 2024 di semua pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan MyKid adalah seperti berikut:

  • Sijil Kelahiran Malaysia / Borang W (asal)
  • Dokumen pengenalan diri pemohon (ibu atau bapa)
  • Salinan kad pengenalan bapa
  • Salinan kad pengenalan ibu
  • Salinan asal sijil nikah / sijil lahir

Tempoh Semakan MyKid 2024

Tempoh semakan MyKid JPN dan pengesahan adalah dari 29 Julai hingga 31 Oktober 2024, iaitu selama tiga bulan sahaja. Selepas tempoh ini, status permohonan MyKid akan terbatal dan permohonan baharu perlu dibuat semula.

Sistem Pengesahan Cetakan MyKid

Sistem ini digunakan untuk mendapatkan pengesahan pemohon bagi cetakan semakan MyKid JPN yang dimohon pada tahun 2023 dan sebelumnya. Sebarang penukaran pusat kutipan MyKid tidak dibenarkan

Tempoh pengesahan adalah dari 29 Julai hingga 31 Oktober 2024.

Sila scan QR kod di bawah atau layari
Link : https://spcmykid.jpn.gov.my

semakan mykid JPN

Semakan Senarai Cawangan JPN & Waktu Operasi

Untuk memohon, sila ke JPN terdekat atau UTC berhampiran.

Senarai cawangan boleh didapati melalui pautan : Direktori Cawangan JPN

Cara Semakan Status MyKid Online

  1. Layari laman web rasmi JPN di [jpn.gov.my](www.jpn.gov.my/my/).
  2.  Pilih menu “e-Services”.
  3. Klik “Semakan Status Permohonan”.
  4. Masukkan No. MyKid dan CAPTCHA yang dipaparkan.
  5. Klik butang “Semak” untuk mendapatkan status terkini permohonan MyKid.

Jika status psemakan MyKid JPN menunjukkan “MyKid sedia untuk diambil”, anda boleh terus ke cawangan JPN untuk mengambil MyKid anak anda.

Berikut adalah penjelasan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tentang status permohonan dan kutipan MyKid:

  • Sudah buat permohonan MyKid (ada slip) – Status: Sedia diambil
  • Sudah buat permohonan (ada slip) – Status: Dalam proses – perlu buat semakan untuk pengesahan cetakan MyKid
  • Sudah ada sijil lahir tetapi belum pernah memohon MyKid – Status: Perlu datang untuk buat permohonan di JPN
  • Pendaftaran kelahiran baharu – Buat pendaftaran kelahiran dan permohonan MyKid di JPN

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Portal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di pautan berikut: Portal JPN

Permohonan Mykid Anak Buat Kali Pertama

permohonan mykid anak

Perkongsian salah seorang pengguna Facebook, Aishah Jaafar, dia mengatakan bahawa permohonan Mykid sudahpun dibuka semula. 

Permohonan Mykid untuk kali pertama sahaja dah boleh buat. Bagi memudahkan ibu ayah mendapat nombor giliran, anda perlu bawa:

  • Kad pengenalan pemohon ibu atau ayah (asal dan salinan)
  • Sijil kelahiran anak (asal dan salinan)

Adalah lebih baik jika anda menghubungi dahulu cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang berdekatan sama ada mereka boleh buat atau tidak Mykid anak.

Harap ini membantu ada semua. Semalam saya buat dekat UTC Keramat, Kuala Lumpur. Saya call dulu tanya boleh buat ke tidak Mykid. Dia cakap sekarang dah boleh, sebab 4/4/2022 baru JPN start balik keluarkan Mykid.

Stories Rakan Kongsi
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia

mykid anak

Jadi saya terus gerak ke sana. Boleh terus walk in tanpa perlu appoinment. Dapat info Mykid ni limit jugak. Jadi kira siapa cepat, dia dapatlah. So semua good luck untuk buat Mykid anak ini, btw anak saya lahir Mac 2021.

Portal Rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tidak Perlu Janji Temu, Ini Cara Lengkap Daftar Kelahiran Anak Di JPN & Secara Online

Baca juga: Ketahui Peribadi & Karakter Anak Berdasarkan Waktu Kelahiran Mengikut Ilmu Astrologi

Baca juga: Malunya Bila Bersalin Ada Doktor Lelaki, Apakah Hukum Doktor Lelaki Sambut Kelahiran?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Permohonan MyKid 2024: Semakan Mykid Anak & Status Permohonan
Kongsikan:
  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham