TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Permohonan MyKid Dibuka Semula Bermula 29 Julai 2024, Ini Perkara Ibu Ayah Kena Tahu

25 Jul, 2024
Permohonan MyKid Dibuka Semula Bermula 29 Julai 2024, Ini Perkara Ibu Ayah Kena Tahu

Permohonan MyKid dibuka semula bermula tarikh 29 Julai 2024. Ibu bapa boleh ke JPN yang berdekatan dan buat semakan permohonan

PUTRAJAYA: Permohonan MyKid dibuka semula di semua Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mulai 29 Julai 2024 ini.

JPN dalam kenyataan hari ini memaklumkan permohonan MyKid sebelum ini ditangguhkan sementara pengeluarannya berikutan kekurangan bekalan cip bagi kad mentah berkenaan.

“Bagi yang telah membuat permohonan sebelum ini dan mempunyai resit permohonan MyKid namun cetakannya ditangguhkan, pemohon diminta untuk membuat pengesahan cetakan di portal rasmi JPN (www.jpn.gov.my) sebelum hadir membuat kutipan di Pejabat JPN yang dipilih,” menurut kenyataan itu.

Menurut JPN, tempoh semakan adalah tiga bulan bermula 29 Julai hingga 31 Oktober tahun ini.

“Selepas tempoh ini, status permohonan MyKid akan terbatal dan permohonan baharu perlu dibuat semula.

“Kerjasama pemohon diperlukan bagi memastikan MyKid dicetak akan dituntut oleh pemohon dan sekali gus mengelakkan lambakan MyKid yang akan merugikan kerajaan,” menurut kenyataan itu.

Isi Kandungan

  • Isu Bekalan MyKid 
  • Ibu Ayah Perlu Bersabar
  • Apa Itu Mykid?
  • Cara Permohonan Mykid Di JPN
  • Cara Semak Status Online
  • Kelebihan Kad MyKid

Isu Bekalan MyKid 

Mei lalu, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Badrul Hisham Alias berkata isu cetakan MyKid yang tertunggak akibat masalah perolehan bekalan mikrocip semasa pandemik Covid-19 lalu dijangka dapat diselesaikan pada Julai secara berperingkat di seluruh negara.

Ia sekali gus menyelesaikan 136,238 permohonan MyKid yang tertunggak dengan 135,459 permohonan bagi tahun 2023 dan 779 permohonan bagi 2024 setakat Mac lalu.

Pada Disember lepas, media melaporkan JPN sedang mencetak 160,000 MyKid yang tertunggak sejak Oktober 2023 dan akan diserahkan secara berperingkat sebaik sahaja proses cetakan selesai dan memberi jaminan isu MyKid tidak akan berulang pada tahun ini memandangkan JPN sedang melaksanakan proses perolehan bekalan sebanyak tiga juta MyKid bagi menampung keperluan.

“Buat masa ini kita masih lagi menunggu bekalan kad MyKid, yang mana kita memberi surat setuju terima dari pembekal pada April lalu dan sesi pengujian sudah dilakukan.

Ibu Ayah Perlu Bersabar

“Untuk itu, kita harap ibu bapa dapat bersabar dan apabila sampai masanya permohonan yang dibuat akan dicetak dan ibu bapa boleh mengambilnya selepas diberitahu kelak,” katanya.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat JPN di talian 03-88807077 atau emel ke [email protected].

permohonan mykid, mykid dibuka semula, cara mohon mykid 2024, dokumen mykid

Apa Itu Mykid?

MyKid adalah kad pengenalan atau pengenalan diri bercip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun. MyKid memiliki ciri-ciri yang sama dengan My Kad, namun ia tidak mempunyai gambar dan cap jari.

Maksud “My” dalam MyKid adalah “Malaysia,” sementara “Kid” merupakan singkatan bagi “Kad Identiti Diri”. Nombor pengenalan diri yang terdapat dalam MyKid ini akan digunakan dalam semua urusan dari lahir hingga akhir hayat.

Terdapat tiga aplikasi utama yang terkandung dalam cip MyKid, iaitu:

  • Aplikasi JPN (data kelahiran)
  • Maklumat kesihatan
  • Maklumat pendidikan

Cara Permohonan Mykid Di JPN

MyKid boleh dipohon oleh semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur di bawah 12 tahun.

Berikut adalah cara-caranya :

  • Boleh membuat permohonan dengan datang ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan pastikan ibu bapa membawa dokumen yang diperlukan seperti berikut:
    • Sijil Kelahiran Malaysia / Borang W (asal)
    • Dokumen Pengenalan diri pemohon (Ibu atau bapa)
      • Salinan IC bapa
      • Salinan IC ibu
    • Salinan asal Sijil Nikah / Sijil Lahir
  • Sila ke kaunter untuk mendapatkan nombor giliran dan sijil lahir asal bayi akan diminta oleh pihak JPN.
  • Pihak JPN akan memberi kertas untuk diserahkan di kaunter yang ditetapkan.
  • Tunggu nama anda dipanggil

Untuk permohonan Mykid tiada bayaran yang dikenakan

Cara Semak Status Online

Ibu bapa boleh membuat semakan status Mykid secara online melalui pautan https://semakan.jpn.gov.my/

Kelebihan Kad MyKid

Terdapat beberapa kelebihan Mykid iaitu:

  1. Penggunaan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta dapat dikurangkan
  2. Ia digunakan semasa berurusan dengan jabatan atau agensi-agensi seperti hospital atau klinik untuk pemeriksaan kesihatan, proses pendaftaran di sekolah, dan lain-lain.
  3. Mudah untuk dibawa
  4. Ia mempunyai ciri keselamatan yang bertujuan untuk mengelakkan daripada disalahgunakan.
  5. Ia dilengkapi dengan teknologi cip di mana maklumat boleh dibaca pada kad atau di dalam cip tersebut. Selain itu, maklumat dalam cip tersebut juga mudah untuk dikemaskini.

Malaysia Gazette, Buletin TV3, Rakyat News

 

Stories Rakan Kongsi
The Day My Child Cried Because Of Hard Bowel Movements And How It Changed Me
The Day My Child Cried Because Of Hard Bowel Movements And How It Changed Me
Moms, Get Rewarded RM15 Shopee Voucher For “Mom’s Day Off” Super Brand Day! 19-21 April 2021
Moms, Get Rewarded RM15 Shopee Voucher For “Mom’s Day Off” Super Brand Day! 19-21 April 2021
Is Your Child Growing Optimally? Here’s What You Need to Know
Is Your Child Growing Optimally? Here’s What You Need to Know
The clueless mum’s guide to back-to-school shopping
The clueless mum’s guide to back-to-school shopping

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Permohonan MyKid Dibuka Semula Bermula 29 Julai 2024, Ini Perkara Ibu Ayah Kena Tahu
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham