Pengajaran Tentang Kewangan Yang Anak-Anak Akan Ingat Sampai Bila-bila

Pengajaran Tentang Kewangan Yang Anak-Anak Akan Ingat Sampai Bila-bila

Pendidikan kewangan untuk kanak-kanak boleh bermula pada usia yang muda. Pengetahuan mereka juga boleh bertambah - sama seperti wang mereka!

Kami pernah bergurau dengan memanggil ayah “pokok duit”. Lupakan tentang simpanan atau bekerja; jika kami ingin mainan baru, apa yang kami perlu lakukan adalah “menggoncang pokok”. Sebenarnya, wang tidak tumbuh di atas pokok.

Kanak-kanak juga perlu belajar tentang menabung, nilai bekerja keras dan kelebihan memberi kembali. Apatah lagi, dalam dunia yang penuh ketidakpastian, amat penting untuk kita mengajar anak-anak tentang kuasa dan nilai sebenar wang.

Namun di mana anda harus bermula? Bolehkah kanak-kanak memahami konsep kewangan? Dan bagaimana anda menanam tabiat baik dalam hidup mereka untuk mampu bertahan selama-lamanya?

Pendidikan Kewangan Untuk Kanak-kanak

Berita baik: Anda mungkin sudahpun berada di permulaan yang baik. Dalam kajian Asia Money Parenting yang ditauliahkan oleh Eastspring Investments, yang meninjau 10,000 ibu bapa dari 9 negara Asia, mereka mendapati 95% ibu bapa percaya akan kepentingan pendidikan kewangan - bagaimana untuk menggunakan dan menguruskan wang.

Setiap ibu bapa mempunyai cara penyampaian ilmu kewangan berbeza, atau kami gelarkannya pendidikan kewangan (Money Parenting), namun ini amat penting kerana ibu bapa adalah model peranan pertama anak-anak.

Bila Anda Boleh Mula Mengajar Anak Tentang Wang?

Kebiasaannya di Asia, ibu bapa (menurut 65% yang mengikuti tinjauan itu) mengajar anak mereka tentang perihal kewangan pada usia 10 tahun ke bawah, semasa anak-anak perlu mula ke sekolah dan mengurus wang menjadi keperluan.

Namun sebenarnya, jawapan mudah untuk bila anak-anak harus diajar ialah “secepat yang mungkin”. Kanak-kanak daripada usia tiga hingga lima tahun boleh diajar tentang asas kewangan. Dan anda mungkin akan terkejut dengan pemahaman mereka.

Malah, menurut kajian daripada Universiti Cambridge yang ditugaskan oleh Money Advice Service di UK, tabiat kewangan dibentuk pada usia seawal tujuh tahun.

pendidikan kewangan untuk kanak-kanak

Mengajar Tentang Nilai Kewangan: Tabung Simpanan 2.0

Sebelum anda berbincang tentang butiran portfolio pelaburan dengan anak anda, lebih baik anda mulakan dengan tabung simpanan - 47% ibu bapa Asia telahpun melakukan perkara ini, menurut tinjauan Asia Money Parenting.

Ketika anak anda masih muda, pengajaran yang anda ingin sampaikan ialah wang itu baik dan berguna, dan lebih baik fikir masak-masak sebelum membeli.

Untuk mendidik pengajaran ini, anda boleh menaik taraf tabung simpanan anak. Sebaliknya, ambik tiga balang dan minta anak anda tulis “Simpan”, “Belanja” dan “Kongsi” pada setiap batang itu.

Balang “Simpan” akan mengajar anak anda bahawa menabung amat menyeronokkan dan bermanfaat berbanding membelanjakan kesemuanya pada mainan atau ais krim - bahkan ia satu pengajaran yang sukar dilakukan oleh orang dewasa.

Balang “Belanja” pula mengajar anak anda kuasa wang. Apabila mereka sedar bahawa wang memberikan mereka kuasa untuk keperluan dan kemahuan mereka, mereka akan belajar tentang betapa bergunanya wang itu

Akhir sekali, balang “Kongsi” pula mengajar pengajaran penting seperti tempat mereka dalam komuniti, atau kadang kala, sebagai seorang pemberi yang lebih banyak menerima.

pendidikan kewangan untuk kanak-kanak

Pendidikan Kewangan Untuk Masa Hadapan

Balang Simpan, Belanja dan Kongsi hanya permulaan. Ada pelbagai cara untuk mengajar anak anda tentang kewangan. Jika pendidikan kewangan menjadi satu kebiasaan dalam hidupnya, ia akan memberi ganjaran kepada anda berdua di masa hadapan - sama seperti pelaburan yang bijak.

Kanak-kanak dan Prasekolah:

  1. Beri elaun. Anda boleh mula memberi elaun kepada mereka apabila mereka ke sekolah atau sebelumnya. Jumlah wang tidak perlu banyak. Peranan elaun pada usia ini adalah untuk membiasakan mereka memegang wang sendiri.
  2. Main peranan. Semasa bermain, berpura-pura anda di sebuah restoran dan pastikan anda membayar bil makanan tersebut. Anda juga boleh main peranan membeli barangan runcit atau ajak mereka membeli belah dalam talian bersama sama.

Sekolah Rendah:

  1. Belanjawan 101. Sebaik sahaja anak anda masuk sekolah rendah, anda mungkin akan memberikan mereka elaun untuk seminggu - ataupun untuk sebulan jika mereka mampu mengendalikannya. Ini akan mengajar anak anda untuk berbelanja dengan baik. Dan jika anak anda menggunakan semua wang itu dalam satu hari, tabahkan hati anda dan elak memberi lagi!
  2. Buka akaun bank. Tinjauan The Asia Money Parenting mendapati 48% ibu bapa telah membuka akaun simpanan untuk anak-anak mereka. Ini cara mudah untuk mengajar anak anda mengembangkan kewangan mereka pada usia muda.
  3. Tetapkan matlamat. Anak-anak akan menjadi lebih bersemangat untuk menabung. Pastikan matlamat itu realistik. Jika matlamat mereka mahal, cuba skim galakan seperti memadankan setiap wang mereka - satu kaedah mudah untuk mengajar mereka bahawa menabung boleh menghasilkan lebih banyak wang.
  4. Upah mereka. Ajar anak anda nilai bekerja keras dengan membayar upah untuk setiap tugasan yang mereka lakukan di rumah. Ini cara berkesan untuk kanak-kanak belajar bahawa pendapatan boleh dijana melalui pengalaman, dan 33% ibu bapa Asia menggunakan kaedah ini.

Tambahan:

  1. Tingkatkan perbualan tentang wang. Sebaik sahaja anak memasuki alam remaja, pastikan perbicaraan tentang kewangan berubah mengikut tahap kematangan mereka. Beri motivasi kepada anak untuk menyimpan wang dengan mengajar mereka tentang faedah kompaun. Anda boleh berlakon sebagai “bank”, anak anda boleh simpan wang dengan anda dan anda pulangkannya kembali bersama faedah setelah beberapa waktu.
  2. Galakkan mereka mendapatkan kerja sambilan. Apa-apa sahaja kerja - mereka boleh bekerja di restoran makanan segera, menjadi pelayan atau perkhidmatan pelanggan di kedai. Ideanya ialah untuk mengajar anak anda memartabatkan sesuatu pekerjaan.
  3. Pelaburan palsu. “Belajar untuk mengembangkan wang” ialah satu pendidikan kewangan untuk kanak-kanak yang ingin diterapkan pada anak-anak oleh sesetengah ibu bapa, dan jika anda salah seorang daripada mereka, anda harus mengajar anak anak cara untuk melabur stok melalui lakonan dahulu. Ajar mereka untuk melabur dengan menggunakan wang rekaan dalam stok sebenar. Jejak prestasi portfolio mereka dan beri penghargaan apabila mereka berjaya. Dan apabila mereka bersedia untuk melabur dalam dunia sebenar, mulakan mereka dengan nilai yang sedikit.

Pendidikan kewangan untuk kanak-kanak boleh bermula pada usia muda dan harus berkembang mengikut tahap kematangan anda. Melalui asuhan anda, anak anda boleh belajar untuk menguruskan wang dengan lebih baik dan lebih bersedia untuk kehidupan orang dewasa

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner