Tidak dinafikan membawa anak kembara pulang ke kampung berhari raya sangat memenatkan dan menguji kesabaran, apatah lagi bila anak mula meragam dan ‘buat perangai’ kerana sudah bosan. Lagi pening kepala dibuatnya kerana mereka tidak mahu duduk diam!
Bagi mereka yang ingin membuat persiapan pulang ke kampung atau sudah mula balik ke rumah masing-masing, sudah tentu trauma apabila terpaksa berdepan dengan perkara yang sama sekali lagi.
Perancangan awal sebelum kembara adalah sangat penting. Lebih baik jika anda menyediakan kelengkapan dan aksesori bayi yang diperlukan supaya mereka lebih bertenang dan seronok berjalan jauh. Selain itu, terdapat beberapa tips melalui hantaran oleh Konsultan Tangisan & Tidur Bayi Malaysia, Uswatun Hasanah di Instagramnya, @babylanguage.
Tips mengatasi masalah anak meragam ketika berjalan jauh
Katanya, pasang ‘sunscreen’ atau letak kain untuk elak silau yang buat anak tak selesa.
Jika anak anda jenis mudah teruja dengan ransangan sekeliling dan sukar tidur akibat ini, menghalang pemandangan dengan cara begini boleh menyelesaikan hal ini.
Lebih lagi, tahukah anda, bila retina mata menangkap jumlah cahaya yang kurang, pengeluaran hormon tidur iaitu melatonin akan jadi lebih efektif?
Ya, lebih gelap = lebih berkesan melatonin dihasilkan = lebih mudah mengantuk.
Selain itu, tips yang dikongsikan adalah ibu ayah perlu kenalpasti perangai anak supaya mudah mengawal emosinya ketika sedang meragam.
Jika anak biasa berbedung, bedunglah anak jika perlu, didalam car seatnya. Jika anak biasa tidur ditemani white noise’, bawalah sumber bunyian tersebut e.g mesin white noise.Sebahagian bayi merasa cukup dengan bunyi enjin kereta sedia ada.
Jika anda menaiki kapal terbang, pilihlah tempat duduk berdekatan enjin untuk sumber bunyi.
Jika anak mengguna buai? Biasanya hayunan dari gerakan kereta sudah memadai terutama bila anak di bedung dan dipasangkan ‘white noise’ secara serentak.
Sebab bayi resah dan menangis jika kereta berhenti di lampu merah atau bergerak perlahan ketika dalam kesesakan
Menurut Uswatun Hasanah, usah kata bayi, ORANG TUA pun terus terjaga bila kereta berhenti bergerak!
Gerakan beritma yang berulang jadi PUNCA sensasi hayunan berterusan buat sistem saraf manusia rilek. la sama seperti berjalan, berenang dan menari.
Lebih lagi kepada bayi, sensasi hayunan tak kira dalam bentuk apa: dodoi, gendong, tepuk-tepuk, buaian dan gerakan kenderaan di gemari SEMUA kategori bayi kerana mereka telah kenal nikmat di hayun sejak di kendong rahim.
Malah, cuaca yang panas juga menyumbang kepada kenaikan suhu kereta. Cermin tertutup memerangkap udara panas dan dalam masa yang sama bertindak sebagai konduktor haba.
Pada suhu 27 darjah, 10 minit sudah cukup untuk menaikkan suhu ke paras bahaya. Oleh kerana suhu badan anak kecil menaik 3 hingga 5 kali ganda lebih cepat dari orang dewasa, badan mereka akan berpeluh lebih banyak bila aliran darah ke kulit bertambah.
Berpeluh berlebihan meningkatkan dehidrasi malah member stress kepada jantung untuk mengepam darah lebih laju. Ini adalah mengapa anak yang mula bahang dan kepanasan mula hilang sabar.
” Tidak selamat untuk membiar anak kecil lena di ‘car seat’ untuk tempoh begitu lama… Beberapa kajian ulangan mendapati, kadar degupan jantung dan pernafasan bayi kecil mula meningkat selepas 30 minit berada didalam ‘car seat’ dan kadar Oksigen dalam darah mula menurun. Ini kerana bayi kecil tiada kawalan otot kepala.
Kedudukan kerusi yang condong 40 darjah dan posisi ‘terhimpit’ dalam car seat menyumbang kepada masalah pernafasan bebas dan lapang. Berat kepala yang menekan dada boleh menyempitkan laluan udara lalu mencetus asphyxiation (lemas).
Car seat untuk tujuan ‘traveling paling selamat, tetapi katil yang rata adalah tempat tidur paling selamat buat bayi, bukan ‘car seat. Ini juga teraplikasi dengan sebarang bentuk sistem ‘traveling anak kecil termasuk kereta sorong. Maka pantau anak selalu”, nasihatnya buat ibu ayah yang kembara dengan bayi.
Berhenti seketika boleh melegakan bayi
Menurutnya lagi, “Jangan kedekut masa untuk berhenti seketika ‚beberapa kali bagi memberi ruang anak kecil melonggarkan’ otot, menyedut udara segar, meredakan pemandangan dengan berlari, bergolek-golek, berbaring rata, meniarap dan sebagainya.
Adalah tidak realistik untuk memiliki misi sampai cepat ke destinasi dengan memerangkap anak kecil berjam-jam malah mungkin berbelas jam dalam ruang tertutup yang bertentangan dengan fitrah mereka”.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Nenek 90 Tahun Larat Kembara Banyak Negara, Apa Rahsianya? 5 Tips Travel Solo Dengan Bayi!
Baca juga: Ini 9 Perkara Anda Patut Buat Jika Mahu Travel Bersama Bayi Lagi-Lagi Ketika Pandemik!
Baca juga: Tips Ibu Menyusu Travel Bersama Bayi Atau Tanpa Bayi Agar Perjalanan Anda Lancar
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!