Dari segi biologi, pencahayaan terbaik untuk digunakan sebagai lampu tidur sebenarnya tidak ada sama sekali. Bilik gelap pada waktu malam membantu menetapkan circadian rhythm bayi anda untuk tidur lebih lama pada waktu malam dan kurang pada waktu siang.
Bayi dilahirkan tidak takut gelap jadi lampu bilik sebenarnya tidak perlu namun semakin meningkat usia bayi, anak mungkin akan mula membangunkan perasaan takut kepada suasana gelap dan ini boleh dibantu dengan penggunaan lampu bilik.
Kesalahan Memilih Lampu Tidur
Ada ibu bapa sudah menyiapkan bilik anak dengan lampu-lampu comel seperti lampu bentuk haiwan, bulan dan bintang, pelangi, bunga-bungaan dan sebagainya tanpa mengambil kira tentang pencahayaan yang sepatutnya.
Namun tahukah anda bahawa gelombang warna cahaya yang berbeza boleh memberi kesan terhadap tidur anak anda?
Lampu berasaskan putih dan biru atau hijau walaupun dalam keadaan malap akan menghalang hormon tidur, melatonin anak pada waktu malam.
Hormon tidur ini dirembeskan oleh otak sebagai tindak balas kepada sensitiviti cahaya pada mata. Hormon ini diperlukan anak bukan sahaja untuk tidur awal, bahkan tidur yang lebih lena.
Pasti ramai dalam kalangan ibu ayah memilih lampu bilik tidur berwarna biru, hijau, putih, merah jambu atau ungu kerana warna-warna ini dikatakan sebagai warna yang ‘menenangkan’.
Lampu berasaskan putih dan biru termasuk cahaya yang dipancarkan daripada TV, telefon pintar, komputer riba dan hampir semua bentuk pencahayaan yang digunakan di rumah, sebenarnya akan menyekat rembesan melatonin dengan menipu otak untuk mempercayainya keadaan masih lagi pada waktu siang.
Jadi tidak hairanlah mengapa anak sukar tidur walaupun ibu ayah sudah menghias bilik dengan pencahayaan ini.
Hanya satu warna lampu sahaja yang boleh membantu anak tidur iaitu merah! Cahaya berasaskan merah mempunyai panjang gelombang yang lebih tinggi daripada cahaya putih, biru, dan hijau, yang mana kajian menunjukkan ia tidak menghalang rembesan melatonin.
Ia sedikit sebanyak membantu memudahkan tidur meskipun tidak sepenuhnya kerana sudah tentu apa yang terbaik di kamar tidur adalah tanpa pencahayaan langsung, iaitu gelap tetapi agak sukar untuk melakukannya jika anak sudah takut gelap untuk dibiarkan tidur keseorangan jadi lampu cahaya merah adalah pilihan terbaik!.
Kebaikan Menggunakan Lampu Tidur Cahaya Merah Di Kamar Anak
Menukar kepada lampu merah di dalam bilik anak bukanlah penyelesaian kepada masalah anak sukar tidur kerana terdapat banyak lagi faktor-faktor lain untuk membantu tidur anak lebih lena, namun penggunaan lampu cahaya merah sebagai terapi tidur adalah permulaan yang cepat dan mudah.
Jadi kenapa bagusnya lampu cahaya merah ini dan mengapa ibu ayah perlu menggunakannya untuk membantu anak tidur? Kami senaraikan lima kebaikannya di bawah:
1. Pengeluaran melatonin
Lampu merah adalah cara paling selamat, 100 peratus semula jadi untuk membuatkan badan anak menghasilkan melatonin. Adakah anda tahu orang dewasa juga kadang-kadang mengambil suplemen melatonin untuk memerangi masalah sukar tidur?
Sebenarnya untuk orang dewasa juga, cahaya merah lebih berkesan dalam membantu badan anda menghasilkan melatonin secara semulajadi.
Menghidupkan lampu dengan cahaya merah pada waktu tidur anak akan membantu mereka menghasilkan melatonin yang mereka perlukan untuk tidur malam yang berkualiti sambil merasai keselesaan cahaya malam.
2. Mengawal circadian rhythm
Circadian rhythm adalah jam badan atau apa yang mengawal badan kita dan cara kita secara semula jadi untuk tidur dan bangun. Ritma ini akan membimbing kita untuk berasa letih secara natural dan kadangkala ia boleh dipengaruhi oleh perubahan masa bermusim atau jet lag.
Circadian rhythm wujud sejak lahir dalam badan seseorang tetapi tidak berkembang sepenuhnya sehingga berumur 12 bulan.
3. Melawan ketakutan pada gelap
Kanak-kanak mungkin mula berasa takut kepada kegelapan seawal usia 18 bulan kerana itulah ramai ibu ayah menyediakan lampu malam ke dalam bilik tidur anak-anak mereka. Masalah terjadi apabila sesetengah lampu malam sebenarnya membuatkan anak anda terjaga dan mengganggu pengeluaran melatonin semula jadinya.
Menggunakan lampu malam berwarna merah bukan sahaja membantu anak anda terus tidur tetapi juga menghalang anak anda terjaga dan menjadi takut kepada kegelapan.
4. Melawan cahaya biru
Kita semua tahu bahawa cahaya biru tidak baik untuk kita. Sesetengah orang juga beralih kepada cermin mata penyekat cahaya biru untuk memastikan kesan cahaya biru pada tahap minimum. Tidak kira apa jua kecerahan, cahaya biru, putih atau hijau boleh menjejaskan kitaran tidur kita kerana perangsang memberi isyarat kepada badan untuk terjaga.
Anak-anak kita terdedah kepada banyak cahaya biru sepanjang hari dan petang, jadi mempunyai sesuatu untuk memerangi pendedahan cahaya biru ini adalah kunci untuk membantu mereka tidur. Cahaya merah berada pada panjang gelombang yang lebih tinggi, dan kerana ia membantu badan kita menghasilkan melatonin, ia boleh membalikkan kesan negatif cahaya biru.
5. Meniru matahari terbenam
Lampu dengan cahaya merah dikatakan dapat meniru frekuensi cahaya merah matahari terbenam yang mana ketika matahari terbenam ia memberi isyarat kepada badan bahawa sudah tiba masanya untuk tidur kerana ia menghilangkan cahaya dari dunia di sekeliling kita dan badan kita akan mula menghasilkan melatonin.
Mungkin ada ibu bapa ragu-ragu untuk memperkenalkan lampu merah buat kali pertama ke bilik anak bimbang menyebabkan gangguan tidur.
Dalam beberapa hari pertama rutin tidur anak mungkin berbeza, walau bagaimanapun dalam tempoh beberapa hari, ibu ayah akan melihat manfaat pengeluaran melatonin dan cahaya merah yang menenangkan mood anak dan keupayaan mereka untuk tidur dengan tenang tanpa sebarang masalah.
8 Lampu Tidur Terbaik Untuk Kamar Anak
Jadi ibu ayah dah boleh bertukar kepada lampu cahaya merah dalam bilik anak-anak ya! Kami senaraikan beberapa jenis lampu kamar tidur yang bersesuai untuk anak kecil untuk memberi idea kepada ibu ayah.
Lampu Tidur Terbaik
| Bbluv Hibu Silicone Portable Night Light Terbaik Mudah Alih | | View Details | Beli di Shopee |
| Skip Hop Moonlight & Melodies 4 in 1 Nightlight Cloud Sleep Trainer Terbaik Dengan Fungsi 4 Dalam 1 | | View Details | Beli di Shopee |
| Yeelight LED RGB Bedside Lamp D2 Terbaik Dengan Kawalan Aplikasi Telefon Bimbit | | View Details | Beli di Shopee |
| Xiaomi Philips Zhirui Bedside Lights Smart LED Terbaik Dengan Tetapan Tidur Dan Bangun | | View Details | Beli di Shopee |
| LED Strawberry Night Light Silicone Touch Dimmable Night Lamp Terbaik Dengan Rekaan Comel | | View Details | Beli di Shopee |
| 2W Red Night Light Plug LED Wall Lamp Terbaik Jimat Tenaga | | View Details | Beli di Shopee |
| Young Living Feather The Owl Diffuser Terbaik Dengan Diffuser | | View Details | Beli di Shopee |
| Ikea Spiken Terbaik Bentuk Haiwan | | View Details | Beli di Ikea |
Lampu Tidur Terbaik Mudah Alih
Diperbuat daripada silikon tahan kejutan, Hibu adalah peneman waktu malam yang sempurna untuk anak anda. Dengan sentuhan atau alat kawalan jauh yang mudah digunakan, anak anda boleh memilih kecerahannya sendiri dan paling penting lampu tidur ini mempunyai cahaya merah.
Sangat ringan, padat, tahan lama dan mudah alih, kanak-kanak boleh membawanya ke mana sahaja mereka pergi.
Apa yang kami suka :
- Mempunyai 9 pilihan warna cahaya dengan hanya perlu sentuh lampu, seeloknya ibu memilih warna merah sebagai lampu tidur anak
- Mempunyai 10 tahap kecerahan
- Penggunaan berterusan selama 15 jam
- Bateri boleh dicas dengan kabel USB
Lampu Tidur Terbaik Dengan Fungsi 4 Dalam 1
Lampu sisi katil comel daripada Skip Hop ini sesuai untuk waktu tidur siang dan waktu malam. Dicipta untuk tabiat tidur bayi yang lebih baik tanpa kerumitan, lampu ini mempunyai empat fungsi dalam satu, membolehkan anda menggunakannya sebagai sleep trainer, penenang, lampu malam atau penggera jam.
Fungsi sleep trainer menukar awan kepada cahaya merah menandakan sudah sampai waktu perlu tidur dengan 3 tahap kecerahan berbeza, kemudian apabila tiba waktu untuk bangun, awan akan menukar warna kepada jingga bersama bunyi penggera yang menyeronokkan dan lampu kemudian bertukar menjadi warna kuning menandakan sudah tiba masanya untuk bangun.
Fungsi penenang juga membantu anak tidur dengan 2 bunyi yang menenangkan bersama lagu lullaby. Night light lamp ini mudah dikendalikan, disesuaikan dan disediakan serta mempunyai ciri penjimatan kuasa automatik untuk kemampanan.
Apa yang kami suka :
- Boleh memilih memakai bateri 2AA atau dicas dengan kabel USB
- Alat latihan yang hebat untuk menggalakkan tabiat tidur yang lebih baik terutamanya untuk anak yang sudah bersekolah atau dihantar ke pengasuh
- Petunjuk warna yang mudah diikuti dan isyarat muzik untuk tidur, hampir masa untuk bangun dan sudah masanya untuk bangun.
Lampu Bilik Terbaik Dengan Kawalan Aplikasi Telefon Bimbit
Jika ibu ayah seorang yang gemarkan gajet pintar, lampu tidur anak ini pastinya pilihan terbaik anda! Menawarkan kawalan menerusi aplikasi, ibu ayah boleh menyesuaikan apa yang diingini pada lampu itu menerusi telefon bimbit.
Lampu boleh laras sepenuhnya ini menawarkan kecerahan dan suhu warna yang betul untuk mencipta suasana yang diingini tanpa mengeluarkan silau yang menjengkelkan. Yang penting, night light lamp pintar ini mempunyai pelbagai pilihan cahaya merah, ibu ayah hanya tinggal memilih kontras yang diingini.
Kerana saiznya yang mudah alih, ibu ayah juga boleh menggunakannya juga untuk bacaan siang dengan pelbagai pilihan warna yang sesuai digunakan untuk membaca.
Ciri utama model ini ialah keupayaan untuk mengawalnya dari jauh melalui Apple HomeKit, Google Assistant, Amazon Alexa, dan Samsung SmartThings. Lebih mudah kan bila ibu hanya perlu berkata “Hey Siri tolong hidupkan lampu sekarang" walaupun ibu berada di bilik sebelah.
Apa yang kami suka :
- Knock-knock atau ketik dua kali pada lampu untuk menghidupkan atau mematikannya. Kawalan penuh juga berada di hujung jari anda.
- Walaupun saiznya kecil namun cukup untuk memberi pencahayaan malap kepada bilik
- Dicas dengan kabel USB
Lampu Bilik Terbaik Dengan Tetapan Tidur Dan Bangun
Mempunyai fungsi yang hampir sama dengan lampu pintar Yeelight yang boleh dikawal sepenuhnya menerusi aplikasi namun ciri tambahannya terletak pada tetapan tidur dan bangun yang boleh ditetapkan pada lampu untuk memudahkan anak tidur dan bangun.
Dengan tetapan tidur (sleep setting), anda boleh mengkonfigurasi tempoh seperti 15 minit atau lebih di mana Xiaomi akan mensimulasikan cahaya terbenam matahari dan secara beransur-ansur malap dan terus mematikan lampu.
Dengan tetapan bangun (wake up setting) pula, ibu boleh pratentukan masa jam yang anak akan bangun. Apabila sudah menghampiri masa jam penggera itu, Xiaomi akan mensimulasikan matahari terbit, sekali gus membuatkan otak anak berfikir sudah tiba masanya untuk bangun.
Apa yang kami suka :
- Turut mempunyai cahaya yang ditetapkan dalam tetapan seperti bacaan skrin, tengah malam, forest bathing, merah jambu romantik, matahari terbenam (ibu ayah boleh pilih cahaya ini), serta langit dan lautan.
- Mempunyai diameter 4.25 inci dan ketinggian ialah 8.86 inci, membolehkannya duduk dengan baik di atas meja atau meja malam. Ia juga direka untuk berada di sebelah atau berhampiran katil anak.
- Dicas dengan kabel USB
- Untuk berfungsi secara manual (tanpa aplikasi), anda hanya perlu memutar silinder untuk melaraskan kecerahan
- Keupayaan untuk mengawalnya dari jauh melalui Apple HomeKit, Google Assistant, Amazon Alexa, dan Samsung SmartThings.
Lampu Bilik Terbaik Dengan Rekaan Comel
Jika ibu juga mementingkan soal dekorasi untuk bilik anak, night light lamp ini boleh dijadikan pilihan. Harganya tidak begitu mahal namun masih mempunyai kelebihannya yang tersendiri.
Didatangkan dengan LED berwarna merah, lampu ini mempunyai 3 pilihan kecerahan dengan hanya perlu menyentuh lampu sahaja, jadi memudahkan penggunaannya.
Apa yang kami suka :
- Rekaan yang comel, pasti disukai anak
- Ringan
- Diperbuat daripada ABS dan silikon, selamat jika terpegang dan tidak panas serta lembut
- Dicas menggunakan kabel USB
Lampu Bilik Terbaik Jimat Tenaga
Dalam senarai yang dicadangkan, lampu ini adalah yang paling murah. Jika ibu tidak kisah pada soal rupa bentuk lampu, ibu boleh memilih lampu jenis ini.
Perlu dipasang pada plug, walaupun saiznya kecil namun cukup untuk memberi pencahayaan yang sepatutnya ke seluruh bilik.
Menggunakan cahaya merah yang menenangkan, lampu malam ini mengeluarkan jumlah cahaya merah yang selesa, tidak merosakkan penglihatan malam, dan sangat sesuai untuk bilik tidur dan bilik bayi.
Walaupun menggunakan elektrik secara langsung (tanpa cas), ia tidak akan membebankan kos elektrik anda kerana penggunaan kuasa yang rendah iaitu 2W sahaja.
Apa yang kami suka :
- Menggunakan plug, jadi ibu ayah tak perlu risau kalau tak sempat nak cas lampu
- Menjimatkan wang
- Harga yang murah
Lampu Bilik Terbaik Dengan Diffuser
Walaupun ia adalah sejenis diffuser, namun ciri lampu yang ada dalam Feather The Owl ini menarik perhatian kami untuk mencadangkan kepada ibu ayah.
Mempunyai 10 tetapan lampu, lampu dengan cahaya merah juga disediakan. Selain itu, ia juga mempunyai 5 bunyi-bunyian white noise untuk bayi tidur seperti lullaby, bunyi ombak, bunyi kipas, bunyi hujan dan bunyi burung yang akan membantu bayi tidur dengan lebih lena.
Mungkin lampu itu hanyalah ciri tambahannya, paling penting ia adalah sejenis diffuser minyak pati yang boleh menjadi cara terbaik untuk mengurangkan tekanan dan kegelisahan kerana minyak pati mempunyai kesan langsung pada bahagian otak yang mengawal kegelisahan dan tekanan.
Walaupun harganya sedikit mahal, namun ciri-ciri terbaik yang ditawarkan sangat berbaloi untuk dibelanjakan untuk anak tersayang.
Apa yang kami suka :
- Rekaan yang comel
- Didatangkan bersama minyak pati Lavender yang dapat memberi ketenangan
- Kids friendly dengan ciri sesentuh pada lampu
- Saiznya yang kompak boleh dibawa ke mana-mana
Lampu Bilik Terbaik Bentuk Haiwan
Lampu ini juga pilihan untuk ibu ayah yang mementingkan dekorasi bilik. Harganya juga tidak mahal dengan rekaan bentuk haiwan yang pastinya disukai anak-anak.
Mempunyai 7 pilihan cahaya, warna merah juga termasuk dalam pilihan ini. Walaupun saiznya kecil namun cukup untuk memberikan pencahayaan kepada bilik anak anda.
Apa yang kami suka :
- Harga yang murah
- Rekaan bentuk haiwan yang comel
- Menggunakan bateri 2AA
- Kids friendly, mudah digunakan anak
Perbandingan Harga Lampu Tidur Terbaik Untuk Kamar Anak
|
Jenama |
Harga |
Bbluv Hibu Silicone Portable Night Light |
RM139.00 |
Skip Hop Moonlight & Melodies 4 in 1 Nightlight Cloud Sleep Trainer |
RM209.00 |
Yeelight LED RGB Bedside Lamp D2 |
RM119.90 |
Xiaomi Philips Zhirui Bedside Lights Smart LED |
RM168.00 |
LED Strawberry Night Light Silicone Touch Dimmable Night Lamp |
RM32.00 |
2W Red Night Light Plug LED Wall Lamp |
RM6.96 |
Young Living Feather The Owl Diffuser |
RM265 |
Ikea Spiken |
RM39.90 |
Tip Bayi Tidur Lena Sepanjang Malam
Kredit gambar: Parenting Science
Menidurkan bayi boleh menjadi saat yang sukar untuk ibu yang perlukan waktu tidur, apatah lagi apabila anak tidur hanya sekejap sahaja dan tidak lena. Berlaku juga pada waktu siang apabila ibu sudah melelapkan bayi dan ibu mahu bangun untuk melakukan tugas rumah, bayi pantas sahaja bangun semula seakan mengetahui ibu tidak ada di sisi. Mesti ibu stress kan?
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pada keseluruhannya, bayi akan lebih tidur pada waktu siang dan malam, namun bayi selalunya kerap akan terjaga pada waktu makan. Bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan siang atau malam dan boleh lena dalam purata 16 jam sehari, 2 hingga 4 jam terus-menerus di antara waktu makan.
Dibawah adalah panduan yang dikongsikan KKM untuk membantu bayi tidur lebih lena selain penggunaan lampu cahaya merah.
Cadangan tempat tidur bayi:
- Tidurkan bayi secara terlentang di atas tilam yang padat dan kemas di katil bayi mengikut tahap keselamatan terkini.
- Jangan menggunakan bantal, pelapik tilam, selimut, permainan yang ada bahagian-bahagian kecil dan penghadang katil yang tidak selamat.
- Jika menggunakan selimut, posisikan kaki bayi di penghujung palang katil.
- Selimutkan bayi dengan selimut yang nipis ke paras dadanya.
- Pastikan kepala bayi tidak tertutup dengan selimut apabila tidur.
- Jangan tidurkan bayi atas tilam air, sofa, tilam yang lembut, bantal atau di permukaan yang lembut.
- Pastikan bayi memakai pakaian yang nipis semasa tidur dengan suhu bilik yang sesuai.
- Elakkan menyelimut bayi secara berlebihan dan pastikan suhu badan bayi tidak panas.
- Bayi sepatutnya tidur terlentang. Bayi boleh di tiarapkan ketika jaga untuk perkembangan otot, mata dan bagi mengelakkan belakang kepala bayi menjadi leper.
Membantu bayi tidur :
Anda boleh menidurkan bayi anda dengan mengenalpasti masa yang sesuai untuk tidur dan menyediakan tempat tidur yang selesa dan selamat.
- Hindarkan rangsangan yang berlebihan ketika menyusukan bayi pada waktu malam dan ketika menukar lampin.
- Gelapkan bilik dan pastikan bilik dalam keadaan yang selesa dan senyap.
- Pakar menasihatkan agar bayi dipangku sebelum tidur dan dialihkan ke katil sebelum bayi tidur. Dengan cara ini bayi akan belajar tidur dengan sendiri.
- Memainkan muzik yang berirama perlahan bila tiba waktu tidur, bantuan muzik boleh membentuk jadual tidur berkala.
Semoga bermanfaat!
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 7 Manfaat Bawa Anak Mandi Pantai, Bantu Si Manja Mudah Tidur & Kurang Meragam
Baca juga: 6 Tips Agar Bayi Baru Lahir Tidur Sendiri Tanpa Ibu Di Sebelah, Mudahkan Kerja Anda!
Baca juga: Begini Cara Pisahkan Tempat Tidur Anak, Barulah Si Manja Seronok Tidur Di Biliknya Sendiri