TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Usia Dan Cara Ibu Ayah Ransang Minda Si Manja Di Rumah

5 min bacaan
Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Usia Dan Cara Ibu Ayah Ransang Minda Si Manja Di Rumah

Tahap perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut umur 1. Tahap Sensorimotor (0 - 2 tahun), 2. Tahap Praoperasi (2 - 7 tahun) 3. Tahap Operasi Konkrit (7 - 11 tahun) 4. Tahap Operasi Formal (12 tahun ke atas)

Sebagai ibu bapa, kita sering tertanya-tanya, “Anak aku ni normal ke perkembangannya?” atau “Kenapa dia belum boleh bercakap lagi?” Hakikatnya, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza mengikut tahap capaian masing-masing.

Nak tahu lebih lanjut tentang perkembangan kognitif anak mengikut usia? Jom baca sampai habis!

Isi Kandungan

  • Apa Itu Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak?
  • Tahap Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Umur
  • Kenapa Penting Ibu Bapa Ambil Tahu Perkembangan Kognitif Anak?
  • Cara Merangsang Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak
  • Bilakah Perlu Dapatkan Pemeriksaan Pakar?

Apa Itu Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak?

Perkembangan kognitif kanak-kanak merujuk kepada cara kanak-kanak memahami, meneroka dan belajar tentang dunia di sekeliling mereka. Ia melibatkan keupayaan untuk:

  • Mengingat sesuatu
  • Menyelesaikan masalah
  • Membuat keputusan
  • Menggunakan imaginasi
  • Memahami konsep seperti saiz, warna, nombor dan masa

Menurut Jean Piaget, seorang ahli psikologi perkembangan terkenal, perkembangan kognitif berlaku dalam beberapa tahap mengikut umur.

Setiap fasa ini membantu membentuk personaliti dan cara anak berfikir apabila mereka membesar nanti.

Tahap Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Umur

Berikut antara tahap perkembangan kognitif si manja berdasarkan teori Piaget yang boleh dijadikan panduan:

1. Tahap Sensorimotor (0 – 2 tahun)

Pada peringkat ini, bayi belajar melalui deria dan pergerakan. Mereka mula faham konsep objek kekal (benda tetap wujud walaupun tidak nampak).

Sebagai contoh, bila kita sembunyikan mainan di belakang kain, dia akan cari balik sebab tahu mainan itu masih ada.

2. Tahap Praoperasi (2 – 7 tahun)

Kanak-kanak mula menggunakan bahasa, simbol dan imaginasi. Tapi, mereka masih sukar memahami pandangan orang lain.

Namun begitu, kalau anak berfikir semua orang tahu apa yang dia tahu. Kalau dia nampak kucing comel, dia anggap orang lain pun nampak kucing itu.

3. Tahap Operasi Konkrit (7 – 11 tahun)

Pada tahap ini, anak mula berfikir lebih logik dan teratur tentang perkara konkrit. Mereka boleh faham konsep masa, ruang dan nombor.

Mereka sudah boleh kira duit, tahu beza besar kecil dan boleh faham peraturan permainan.

4. Tahap Operasi Formal (12 tahun ke atas)

Mereka mampu berfikir secara abstrak dan hipotesis. Anak remaja sudah boleh berbincang tentang isu-isu yang tidak nampak depan mata, seperti soal masa depan, keadilan dan nilai hidup.

Kenapa Penting Ibu Bapa Ambil Tahu Perkembangan Kognitif Anak?

Bila ibu bapa faham tentang perkembangan kognitif anak, lebih mudah untuk:

  • Kenal pasti masalah perkembangan awal
  • Rangsang minda anak ikut tahap usianya
  • Sediakan aktiviti yang sesuai untuk perkembangan otak
  • Tahu bila perlu dapatkan bantuan pakar

Contohnya, kalau anak umur 3 tahun masih belum boleh sebut perkataan mudah, anda boleh rujuk pakar untuk penilaian awal.

Cara Merangsang Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak

Tak susah pun sebenarnya nak bantu anak cerdik dari kecil. Antara aktiviti yang boleh dibuat di rumah:

1. Bercerita Sebelum Tidur

Bantu anak kenal kosa kata baru, faham jalan cerita dan belajar tentang pelbagai situasi. Tanya soalan ringkas supaya anak lebih terlibat.

2. Main Susun Blok atau Puzzle

Bagus untuk latih anak berfikir logik, fokus dan belajar selesaikan masalah. Pilih puzzle ikut tahap umur supaya anak seronok dan tak stres. 

3. Bermain Peranan (role play)

Contohnya main masak-masak atau doktor-doktor. Ia bantu anak guna imaginasi, cipta cerita dan faham konsep berkongsi serta giliran.

4. Beri Soalan Terbuka

Beri soalan macam “Kenapa awan tu bergerak?” galakkan anak berfikir sendiri, beri pendapat dan belajar sebab-akibat.

5. Aktiviti Seni & Kreatif

Lukis, mewarna atau tampal gambar bantu anak ekspres diri, kenal warna dan asah tumpuan serta kemahiran motor halus.

Bilakah Perlu Dapatkan Pemeriksaan Pakar?

Jika anak anda menunjukkan tanda-tanda berikut, sebaiknya bawa berjumpa pakar perkembangan kanak-kanak:

  • Tidak bertindak balas terhadap bunyi atau orang sekeliling
  • Sukar menyebut perkataan mudah selepas usia 2 tahun
  • Tidak boleh menumpukan perhatian langsung
  • Sukar memahami arahan ringkas

Lebih awal masalah dikesan, lebih mudah untuk dirawat atau dibantu.

Anak belajar paling banyak bila mereka bermain dan berinteraksi secara santai. Tak perlu alat mainan mahal atau kelas khas. Cukup dengan masa berkualiti, aktiviti mudah dan sentuhan kasih sayang ibu ayah setiap hari.

Bila ibu ayah rajin luangkan masa buat aktiviti macam ini, perkembangan kognitif anak akan jadi lebih baik, mereka lebih yakin, berani mencuba benda baru dan cepat belajar tentang dunia di sekeliling.

Healthline, WebMD

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Mengajar Anak Kecil Berkongsi Dan Berinteraksi Dengan Kanak-Kanak Lain

Baca juga: 8 Waktu Yang Salah Untuk Hukum Anak, Ibu Ayah Perlu Fikir Dua Kali Sebelum Bertindak!

Baca juga: 7 Tips Parenting Yang Berguna Buat Ibu Ayah Melalui Kartun Bluey, Cara Mudah Mendidik Anak Dengan Berkesan

Stories Rakan Kongsi
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Perlindungan Usus dan Perkembangan Holistik Kanak-kanak: Apa Kaitannya?
Perlindungan Usus dan Perkembangan Holistik Kanak-kanak: Apa Kaitannya?
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Perkembangan kanak-kanak
  • /
  • Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Usia Dan Cara Ibu Ayah Ransang Minda Si Manja Di Rumah
Kongsikan:
  • Tanda-Tanda Sistem Imun Anak Lemah Dan Cara Mengatasinya

    Tanda-Tanda Sistem Imun Anak Lemah Dan Cara Mengatasinya

  • Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
    Stories Rakan Kongsi

    Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif

  • Anak Sudah Pandai Menipu? Jangan Risau, Ia Adalah Tanda Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak

    Anak Sudah Pandai Menipu? Jangan Risau, Ia Adalah Tanda Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak

  • Tanda-Tanda Sistem Imun Anak Lemah Dan Cara Mengatasinya

    Tanda-Tanda Sistem Imun Anak Lemah Dan Cara Mengatasinya

  • Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
    Stories Rakan Kongsi

    Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif

  • Anak Sudah Pandai Menipu? Jangan Risau, Ia Adalah Tanda Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak

    Anak Sudah Pandai Menipu? Jangan Risau, Ia Adalah Tanda Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham