Biarpun sekolah sudah pun bermula, minda anak mungkin masih dalam mod bercuti lagi dan mereka akan kurang fokus. Jadi, berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu ibu bapa meningkatkan fokus anak semula supaya boleh memahami apa yang diajar di sekolah selepas ini.
#1 Wujudkan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah
Ibu bapa boleh meningkatkan fokus anak dengan menyediakan tempat pembelajaran yang sesuai untuk mereka
Teruk juga kalau anak tiada tempat yang sesuai untuk belajar apabila mereka mula dapat banyak kerja rumah dari sekolah.
Tempat dan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran boleh membantu meningkatkan fokus anak.
Ibu bapa perlu tegas apabila menetapkan masa untuk mengulangkaji dan menghabiskan kerja rumah.
Anda tidak perlu mengasingkan kawasan yang terlalu besar untuk anak belajar pun. Tapi dia pasti rasa bangga untuk menggunakan kawasan itu jika dia tahu ia telah disediakan khas untuknya.
Ibu bapa juga boleh menghias bilik/kawasan itu dengan poster, buku-buku dan alat-alat tulis supaya anak akan lebih suka belajar di rumah.
#2 Kenalpasti cara pembelajaran anak
Ibu bapa boleh meningkatkan fokus anak dengan mengikut cara pembelajaran anak
Cuba perhatikan cara anak belajar. Apakah cara pembelajaran yang paling berkesan untuknya?
Adakah anak lebih Visual (lebih menggunakan mata), Aural (lebih menggunakan telinga), Kinestesis (lebih menggunakan pergerakan) ataupun Verbal (secara lisan)?
Apabila ibu bapa mengajar dan memberi pertolongan mengikut cara mereka belajar, ini akan meningkatkan fokus anak dan anak akan lebih cepat faham.
Apa ibu bapa boleh buat untuk meningkatkan fokus anak mengikut kategori:
Anak visual – buat poster dan peta minda maklumat, kemudian lekatkannya di sekitar rumah.
Anak aural – apabila mengulangkaji, suruh anak baca dengan kuat apa yang dia perlu ingat.
Anak kinestesis – main permainan interaktif seperti melontar bola bersama anak sambil melakukan kuiz apa yang telah diulangkaji.
Anak verbal – guna pelbagai kertas berwarna supaya anak boleh menulis apa mereka perlu ingat.
#3 Sediakan objek mainan ketika belajar
Objek mainan mungkin boleh meningkatkan fokus anak ketika membuat kerja rumah
Untuk sesetengah kanak-kanak, mereka mungkin sukar untuk duduk diam dalam masa yang panjang.
Oleh itu, kadang-kadang cikgu boleh mencadangkan pelajar menyimpan sekeping blu-tack kecil, gelang getah atau kertas dan pensil bersama mereka. Apabila resah kerana duduk terlalu lama, mereka boleh menggunakan objek lain untuk dimain buat seketika.
Bunyi macam cara yang pelik, tetapi kajian menunjukkan
“Salah satu cara untuk mengelak tumpuan mereka terjejas ialah dengan memberi anak tugas yang tidak memerlukan banyak fikiran seperti bermain dengan blu-tack kecil atau objek bermain-main lain yang membolehkan meningkatkan fokus anak untuk menghabiskan kerja mereka.” (Smith, 2010).
#4 Carta ganjaran
Ibu bapa boleh meningkatkan fokus anak dengan kata-kata pujian dan ganjaran
Memberi kata-kata pujian dan menggunakan carta ganjaran sebenarnya sangat berkesan. Ia satu cara untuk memberi dorongan positif kepada anak supaya mereka rasa bangga dengan pencapaian mereka.
Walaupun cara ini paling berkesan untuk kanak-kanak antara 6-10 tahun, ia masih bergantung kepada kanak-kanak tersebut.
Ibu bapa boleh cetak carta ganjaran dari internet atau lukiskan carta sendiri bersama dengan anak.
Tetapkan matlamat yang ingin dicapai serta ganjaran jika anak berjaya. Beri ganjaran mengikut kemampuan masing-masing, ia tak semestinya mahal. S
esetengah kanak-kanak lebih suka menghabiskan masa bersama ibu bapa mereka dari hadiah-hadiah yang mahal. Apa pun, ibu bapalah yang menentukannya.
Artikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore.
Baca juga:
Jangan paksa anak buat 6 perkara ini jika tak mahu mereka memberontak
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!