X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

5 Tips Untuk Galakkan Anak Aktif Dalam Kelas, Elak Jadi Murid Yang Introvert & Pemalu

4 min bacaan
5 Tips Untuk Galakkan Anak Aktif Dalam Kelas, Elak Jadi Murid Yang Introvert & Pemalu

Aktif dalam kelas dan tidak terlalu malu ketika belajar boleh membuatkan seseorang anak berjaya dalam pelajaran. Ibu ayah kena beri sokongan

Kebanyakan kanak-kanak akan berasa malu dan gementar untuk aktif di dalam kelas sehingga mereka tidak bertanya soalan dan menerima input semasa proses pembelajaran.

Hal ini berlaku disebabkan oleh mereka mungkin takut untuk memberikan jawapan yang salah atau rasa begitu tidak selesa apabila menjadi perhatian rakan-rakan lain.

Cara buat anak aktif di dalam kelas

tips anak aktif di sekolah

Sebagai ibu ayah, anda memainkan peranan yang penting dalam perkembangan intelek anak-anak. Ia bukan sahaja tanggungjawab guru untuk memastikan pelajar bermotivasi dan aktif dalam kelas; ibu ayah harus terlibat sama.

Berikut beberapa cara yang berkesan di mana ibu ayah boleh memastikan anak mereka mengambil bahagian secara aktif dalam bilik darjah:

#1. Ambil tahu masalah anak di sekolah

Bagi menggalakkan kemajuan anak dalam akademik, ibu ayah perlulah mengekalkan komunikasi yang bebas dan terbuka.

Beritahu anak-anak bahawa mereka sentiasa boleh datang kepada anda untuk mendapatkan bantuan dan nasihat.

Tidak kira sesibuk mana pun anda, luangkan masa untuk duduk bersama anak dan tanya mereka tentang sekolah.

Galakkan mereka untuk menceritakan perkara yang berlaku terjadi di sekolah, apakah subjek yang dipelajari dan pendapat mereka tentang guru dan rakan sekelas.

Bercakap dengan anak dan ambil perhatian pada keluhan atau halangan yang menganggu mereka di sekolah boleh menghasilkan penyelesaian untuk mengatasi isu tersebut.

#2. Pastikan anak bersedia setiap hari

Bagi anak yang tidak biasa dengan alam persekolahan, adalah normal jika mereka tidak mengangkat tangan atau bercakap di dalam kelas.

Justeru cuba biasakan diri anak melakukan kerja rumah yang mudah. Libatkan mereka dalam setiap perkara dan beri peluang untuk anak berkongsi pendapat mereka.

Jika perlu, anjurkan tuisyen di rumah atau sesi belajar di rumah di mana anda boleh melihat cara belajar anak. Sebaik sahaja memahami konsep, mereka akan menjadi lebih selesa menyertai kelas.

Jika anda rasa anak belajar dengan lebih baik dalam persekitaran berasaskan bilik darjah, daftarkan mereka di agensi tuisyen yang baik di mana mereka boleh mendapat perhatian tambahan dan tumpuan yang diperlukan.

#3. Galakkan anak untuk duduk di kerusi hadapan

cara buat anak aktif ketika belajar

Duduk di belakang tidak semestinya kondusif untuk kemajuan akademik yang baik, terutamanya jika anak anda seorang yang pemalu dan introvert.

Galakkan mereka duduk di hadapan supaya boleh memberikan perhatian penuh ketika belajar atau bertanya soalan kepada guru. Ini sekaligus dapat meningkatkan keyakinan diri si manja serta anak  mengambil bahagian secara lebih aktif dalam kelas.

#4. Kekal berhubung dengan guru

Sebagai ibu ayah, berkomunikasi dengan guru sekolah anak adalah cara terbaik untuk membangunkan strategi bagi menyelesaikan masalah mereka ketika belajar.

Kaedah ini turut membolehkan anda mengetahui tentang kemajuan anak dari segi akademik dan isu yang mereka hadapi.

Cuba berjumpa dengan guru secara bulanan untuk menyemak prestasi akademik dan membincangkan cara untuk meningkatkan penyertaan mereka dalam kelas.

Sebagai contoh, pelajar mungkin bimbang guru akan memarahi atau mengkritik mereka di hadapan rakan sekelas jika mereka mendapat jawapan yang salah.

Ketakutan seperti ini adalah perkara biasa. Mungkin guru boleh memanggil anak apabila bertanya soalan tertentu yang tidak mempunyai jawapan yang betul atau salah.

Dengan cara ini, kanak-kanak tidak akan tertekan untuk aktif di dalam kelas yang membolehkan mereka bercakap dengan selesa. 

#5. Cari peluang lain untuk penglibatan anak

tips anak aktif ketika sekolah

Galakkan kanak-kanak menyertai aktiviti di luar bilik darjah. Contohnya, mereka boleh mendaftar kelas seni, perdebatan, tae kwan do ataupun berenang.

Aktiviti sebegini amat berfaedah kerana ia membantu mempelbagaikan minat kanak-kanak dan meningkatkan keyakinan diri mereka.

Kajian membuktikan bahawa pelajar yang berdiam diri dan kurang aktif dalam kelas kelihatan terbuka dan teruja semasa menyertai aktiviti kokurikulum.

Ini kerana mereka tidak merasakan tekanan untuk cemerlang seperti berada di dalam bilik darjah. Disebabkan itu, anak dapat berinteraksi dengan lebih selesa dan akhirnya akan keluar dari ketakutan mereka.

Kesimpulannya, anak aktif di dalam kelas adalah sangat penting untuk perkembangan dan personaliti mereka.

Semoga semua cadangan yang diberikan di atas dapat membantu anda menggalakkan anak-anak mengambil bahagian secara aktif semasa proses pembelajaran di sekolah.

Smile Tutor

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Perlukah Masukkan Anak Ke Sekolah KAFA? Ibu Ini Cerita Anak Pandai Urus Baligh Ustaz KAFA Ajar

Baca juga: Anak Enggan Ke Sekolah Kerana Gangguan Rakan Sekelas, Tindakan Ibu Ini Wajar Dipuji

Baca juga: Ibu Ayah Jika Mampu, Hantarlah Anak Sekolah Swasta, Biar Seimbang Akademik & Agama

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Pendidikan
  • /
  • 5 Tips Untuk Galakkan Anak Aktif Dalam Kelas, Elak Jadi Murid Yang Introvert & Pemalu
Kongsikan:
  • Ciri Ciri Autism Boleh Dilihat Seawal Usia 6 Bulan, Ini Tanda Ibu Sering Terlepas Pandang!

    Ciri Ciri Autism Boleh Dilihat Seawal Usia 6 Bulan, Ini Tanda Ibu Sering Terlepas Pandang!

  • Jangan Biar Anak Pilih Sendiri Beg Sekolah, Ini Senarai Bag Galas Sekolah Terbaik Untuk Kesihatan Tulang Belakang

    Jangan Biar Anak Pilih Sendiri Beg Sekolah, Ini Senarai Bag Galas Sekolah Terbaik Untuk Kesihatan Tulang Belakang

  • Ini Sebab Kemahiran Berfikir Penting Untuk Anak-Anak Capai Kehidupan Yang Lebih Berjaya

    Ini Sebab Kemahiran Berfikir Penting Untuk Anak-Anak Capai Kehidupan Yang Lebih Berjaya

  • Ciri Ciri Autism Boleh Dilihat Seawal Usia 6 Bulan, Ini Tanda Ibu Sering Terlepas Pandang!

    Ciri Ciri Autism Boleh Dilihat Seawal Usia 6 Bulan, Ini Tanda Ibu Sering Terlepas Pandang!

  • Jangan Biar Anak Pilih Sendiri Beg Sekolah, Ini Senarai Bag Galas Sekolah Terbaik Untuk Kesihatan Tulang Belakang

    Jangan Biar Anak Pilih Sendiri Beg Sekolah, Ini Senarai Bag Galas Sekolah Terbaik Untuk Kesihatan Tulang Belakang

  • Ini Sebab Kemahiran Berfikir Penting Untuk Anak-Anak Capai Kehidupan Yang Lebih Berjaya

    Ini Sebab Kemahiran Berfikir Penting Untuk Anak-Anak Capai Kehidupan Yang Lebih Berjaya

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.