TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Cikgu Pesan, Penting Ibu Ayah Ajar Anak Nak Masuk Darjah 1 Guna Tandas!

4 min bacaan
Cikgu Pesan, Penting Ibu Ayah Ajar Anak Nak Masuk Darjah 1 Guna Tandas!

Anak anda bakal masuk darjah satu? Jangan lupa ajarkan mereka cara menggunakan tandas sekolah ya ibu ayah!

Anak nak masuk darjah satu, memang ramai ibu ayah yang bersiap segalanya. Tetapi kadang kala ada satu bab paling penting iaitu latihan ke tandas. Tandas sekolah biasanya berbeza dengan tandas di rumah, jadi penting untuk anda ajar anak cara menggunakannya. Apa maklumat lanjut yang anda akan baca dalam artikel ini?

  • Sangat penting ajar anak pandai guna tandas sekolah
  • Jangan pandang rendah cabaran ke tandas
  • Ajar anak guna tandas cangkung
  • Latih anak 3 asas, istinjak, bersihkan lantai, flush
  • Kongsi dengan anak pengalaman kita sekolah dulu

Perkongsian guru ini mungkin buka mata kita semua, latihan ke tandas adalah kemahiran penting yang perlu diajar kepada anak-anak yang nak masuk darjah 1.

Jika tiada perkongsian ini, ibu ayah mungkin terlepas pandang, kita hanya risaukan anak yang mungkin belum fasih membaca, tetapi kemahiran penting ke tandas ini mungkin kita tak perasan.

Sangat penting ajar anak pandai guna tandas sekolah

tandas sekolah

Ikuti perkongsian guru ini, Cikgu Asmadi Samad mengenai kepentingan kemahiran anak guna tandas sekolah:

Jangan pandang rendah cabaran ke tandas

tandas sekolah

Tenang semua. Ini bukan gambar kes jenayah ya.

Ini hanyalah salah satu gelagat anak-anak tahun 1 yang masih dalam fasa menyesuaikan diri dengan persekitaran di sekolah. Selain bilik darjah, tandas juga merupakan tempat yang mencabar untuk anak-anak menyesuaikan diri. Serius ni…Jangan pandang rendah pada cabaran di tandas.

Ajar anak guna tandas cangkung

Jangan terkejut kalau ada anak-anak yang sanggup tahan kencing dan berak di sekolah sebab ada macam-macam halangan untuk mereka menggunakan tandas di sekolah. Kadang-kadang kat rumah semua tandas duduk, tapi kat sekolah semua nak kena cangkung. Bila begitu maka timbullah pelbagai ‘isu teknikal’ seperti nak bukak seluar macam mana, nak kangkang tak lepas lah sebab seluar tersangkut dan macam-macam lagi. Pengalaman saya ada di kalangan anak-anak tahun 1 yang tak boleh mencangkung. Bila mencangkung mesti terduduk ke belakang.

Macam dalam gambar di atas ni memang kat rumah bila ke tandas caranya memang begitu. Tanggal habis seluar kat luar bilik air dan masuk ke tandas, jadi di sekolah pun macam tu lah dia buat. Ini kira bagus sebab sebab dalam tandas dah dia bukak. Awal-awal hari tu luar tandas tu dia berjoget tak pakai seluar.

Isu kebersihan tandas pun satu hal juga. Al maklumlah kalau dah beratus orang kanak-kanak yang kadang-kadang tak berapa pandai menetapkan sasaran semasa membuang air kecil dan air besar berkongsi menggunakan tandas memang makcik cleaner pun ketar lutut nak mencuci dan mengemop setiap masa.

Walaubagaimanapun.. Bak kata Papa Zola, Jangan susah hati wahai ibubapa kebenaran. Anak-anak kita ni memang punya keupayaan semulajadi untuk menyesuaikan diri dengan baik. Dan itu juga satu proses yang membantu mereka membesar. Dengan sedikit bimbingan dari guru, masa akan membantu mereka menyesuaikan diri. Sedikit latihan di rumah mengenai penggunaan tandas juga boleh membantu mereka.

Latih anak 3 asas, istinjak, bersihkan lantai, flush

tandas sekolah

Latih mereka dengan 3 langkah asas iaitu istinjak, bersihkan lantai dan flush untuk memastikan mereka sentiasa dalam keadaan bersih dan tandas juga bersih. Bantu mereka untuk memperbetulkan kedudukan seluar/kain semasa menggunakan tandas cangkung atau duduk. Untuk murid lelaki ajar mereka berhati-hati dengan zip seluar. Untuk yang belum bersunat, lebih baik pakaikan seluar dalam sebagai langkah keselamatan.

Kongsi dengan anak pengalaman kita sekolah dulu

Pernah berlaku beberapa kali cikgu-cikgu lelaki terpaksa buat rescue team untuk bantu murid lelaki yang kemaluannya tersepit pada zip seluar. Musibah ni tuan-tuan. Wahai Ibubapa kiriman tuhan, Teruskan bersembang dengan anak-anak perihal hari persekolahan mereka. Banyakkan berkongsi cerita tentang bagaimana waktu kita melalui zaman persekolahan dahulu. Ceritalah perkara yang baik-baik dan seronok. Yang tak berapa baik dan selebihnya kita simpan dalam poket ingatan kita baik-baik.

Perkara penting ketika ajar anak lebih dewasa ke tandas

Jangan timbulkan rasa anxiety pada anak ketika anda mengajarnya. Ini adalah perkara baharu untuk anak, jadi ada kemungkinan anak akan rasa nervous setiap kali ingin ke tandas sendiri bila ke sekolah.

Jadi terus beri galakan kepada mereka yang mereka boleh lakukan sendiri apabila anda tiada bersama mereka. 

American Academy of Pediatric, FB Cikgu Asmadi Samad 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: Asmadi Samad

Stories Rakan Kongsi
Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important
Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda

Baca juga: 7 kemahiran hidup penting yang ibu bapa wajib ajar pada anak!

Baca juga: Penting Kembangkan Kemahiran Motor Halus Anak – Baru Anak Cepat Menulis

Baca juga: Pentingnya Ajar Anak Melompat, Ada Kaitan Dengan Kemahiran Membaca & Menulis

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kids
  • /
  • Cikgu Pesan, Penting Ibu Ayah Ajar Anak Nak Masuk Darjah 1 Guna Tandas!
Kongsikan:
  • Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important
    Stories Rakan Kongsi

    Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

    Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

  • Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important
    Stories Rakan Kongsi

    Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

    Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham