TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Pentingnya Ajar Anak Melompat, Ada Kaitan Dengan Kemahiran Membaca & Menulis

4 min bacaan
Pentingnya Ajar Anak Melompat, Ada Kaitan Dengan Kemahiran Membaca & Menulis

Anak melompat penting. Lambat kuasai kemahiran melompat,berisiko mempunyai kelewatan dalam perkembangan kemahiran motor halus dan kemahiran berkomunikasi.

“Apa lompat-lompat ni, tak boleh duduk diam-diam ke?” Anda biasa dengar ayat ini? Atau anda sendiri yang menuturkannya? Anda patut bersyukur jika anak melompat kerana ia membuktikan perkembangan mereka.

Menurut ahli terapi pekerjaan, Siti ‘Aisyah Rozalli kemahiran melompat adalah kemahiran yang penting untuk dikuasai oleh kanak-kanak.

Pada usia 2 tahun, kanak-kanak akan boleh mula melompat iaitu kaki terangkat dari lantai, bukan hanya bounce tanpa mengangkat kaki.

Kanak-kanak yang lambat menguasai kemahiran melompat, biasanya akan turut berisiko mempunyai kelewatan dalam perkembangan lain termasuk kemahiran motor halus dan kemahiran berkomunikasi.

Anak melompat ada kaitan kemahiran menulis, membaca 

anak melompat

Menurut Pengurus Latihan & Perundingan Liyanaraya, Norliyana Raya yang dipetik Harian Metro berkata kemahiran motor kasar dikaitkan sebagai kemahiran pergerakan yang membabitkan sendi-sendi besar iaitu sendi di bahagian atas badan dan sendi di bahagian bawah badan. 

Menurutnya, antara pergerakan motor kasar yang dapat dilihat sejak bayi dilahirkan adalah memusingkan badan iaitu ketika berusia tiga bulan diikuti dengan meniarap, meniarap ke depan, merangkak, duduk, berjalan, berlari dan menaiki tangga.

Katanya, kemahiran motor kasar yang lain ialah bermain bola iaitu menangkap, membaling dan menendang, menyeimbangkan badan serta melompat.

Namun ramai yang tidak sedar hubung kait di antara pergerakan motor kasar sebenarnya memainkan peranan yang besar untuk kemahiran lain dalam diri kanak-kanak terutama kemahiran kognitif iaitu pemikiran dan pembelajaran. 

Kebaikan melompat

#1. Train anak jaga keseimbangan badan

Apabila melompat, kita perlu menjaga keseimbangan badan untuk mengelakkan kita daripada terjatuh. Apabila anak melompat, ia akan mengajar mereka bagaimana untuk menjaga kesimbangan badan daripada terjatuh. 

Keseimbangan badan ada kaitan dengan telinga dan vestibular, jadi kejayaan mengawal keseimbangn tubuh daripada terjatuh daripada melompat adalah indikator awal pendengaran mereka baik. 

#2. Stimulasi sensori vestibular, proprioception

anak melompat

Bila anak-anak melompat seperti contoh di atas trampoline atau sofa atau katil di rumah sekalipun, daya lonjakan dari tempat yang anjal akan menyebabkan berlaku tekanan (pressure) pada bahagian sendi-sendi utama kaki dan tulang belakang semasa anak-anak ‘mendarat’ di atas kawasan itu. 

Itulah yang dinamakan proprioception. 

Selain itu, ketika anak-anak melonjak, daya tujahan yang diberikan oleh keanjalan trampoline atau kawasan lain yang anjal akan menyebabkan anak-anak melompat lebih tinggi dan perlu mengawal keseimbangan tubuh dari terjatuh. 

Mengawal keseimbangan tubur dari terjatuh inilah yang dipanggil sensori vestibular. 

#3. Mengurangkan hiperaktif

Stimulasi proprioception yang berlaku semasa anak-anak melonjak di atas tempat anjal akan membantu mereka untuk mengenalpasti bahagian tubuh dengan lebih baik. 

Input sensori yang lebih baik dapat disampaikan kepada tubuh badan dan ini akan membantu anak-anak untuk lebih sedar akan pergerakan tulang belakang dan sendi utama kaki.

Kesedaran ini akan membantu anak-anak untuk kurang hiperaktif, selain menguatkan core muscles serta membantu meningkatkan alertness atau kesedaran kepada persekitarannya.

Memberikan waktu untuk anak-anak melompat sepuasnya, akan mengurangkan keinginan dan tenaga bagi anak-anak yang sentiasa ingin berlari, dan memanjat ke sana ke mari.

#4. Mempunyai kekuatan core muscles yang baik

Ini akan membantu anak-anak untuk mempunyai ketahanan yang lebih panjang kepada aktiviti statik.

Aktiviti statik seperti belajar sambil duduk di atas kerusi akan lebih mudah dilakukan bila core muscles anak-anak lebih kuat.

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak

Nampak simple kan, tapi jika anak tiada core muscles yang baik, bagaimana untuk mereka duduk lebih lama dalam kelas? 

#5. Fokus dan koordinasi visual

Bila melompat, seseorang itu perlu fokus untuk menjaga keseimbangan badan dari terjatuh. 

Ketika melompat mereka boleh membaling bola pada target sambil melompat di atas trampoline, atau memandang pada satu poin di dinding, ini akan membantu fokus dan koordinasi visual anak-anak.

Perasan tak bila orang melompat mereka akan memandang kepada satu arah saja. 

Perkara ini adalah amat penting bagi membantu anak-anak mempunyai fungsi tubuh yang lebih bersedia untuk belajar perkara yang berkaitan dengan visual motor perseptual seperti membaca dan menulis.

Cara ajar anak melompat

anak melompat

  1. Gunakan bubble – Cuba tiup bubble dan minta anak melompat untuk memecahkannya.
  2. Buat seperti gaya katak – Beri cue untuk anak anda mencangkung, dan lompat seperti katak. 
  3. Letakkan sesuatu di atas lantai dalam susunan – Suruh anak melompat dari satu benda ke satu benda. Atau boleh tampal pelekat corak menarik. Sudah pasti masa melompat itu anda perlu encourage mereka seperti cakap jump!jump!jump!
  4. Anda yang perlu melompat – Ajar mereka berdiri sebelah mereka dan suruh mereka tiru anda. Lihat dan tiru.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theinspiredtreehouse, bidadari, Harian Metro

Baca juga:

https://my.theasianparent.comsikap-anak-kecil-2

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Pentingnya Ajar Anak Melompat, Ada Kaitan Dengan Kemahiran Membaca & Menulis
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham