X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

7 kemahiran hidup penting yang ibu bapa wajib ajar pada anak!

5 min bacaan
7 kemahiran hidup penting yang ibu bapa wajib ajar pada anak!

Dalam usaha untuk memberi anak kehidupan yang baik, kadang-kadang sebagai ibu bapa, kita lupa untuk ajar anak kemahiran hidup yang bermanfaat buat mereka.

Dalam usaha untuk memberi anak kehidupan yang baik, kadang-kadang sebagai ibu bapa, kita lupa untuk ajar anak kemahiran hidup yang bermanfaat seperti membersihkan rumah, memasak atau mencuci baju. 

Kajian terbaru oleh AVG Technologies mendedahkan 58% daripada kanak-kanak berumur  3-5 tahun di Amerika Syarikat sudah pandai bermain telefon pintar.
 
Tapi kurang daripada 15% kanak-kanak ini, pandai menyediakan sarapan! Pendek kata hanya 1 daripada setiap 6 orang kanak-kanak mempunyai kemahiran hidup untuk menyenangkan mereka kelak.

Ibu bapa hari ini lebih suka melakukan segala-galanya untuk anak, apabila mereka sepatutnya membiarkan anak belajar apa ertinya untuk berdikari.

Jadi jom semak, apa kemahiran hidup yang patut ibu bapa ajar anak?

Ajar anak 7 kemahiran hidup ini untuk senangkan mereka kelak:

1. Cuci baju sendiri

ajar anak kemahiran hidup

Apabila anak masuk universiti atau kolej nanti, pasti mereka kena cuci pakaian sendiri bukan? Takkan tak cuci langsung! Sebab itu bu bapa boleh mengajar anak untuk mencuci baju seawal 6 tahun.

Jika mesin anda jenis top-loading, sediakan bangku untuk anak. Ajar anak langkah demi langkah, dari cara menyukat sabun pencuci, hingga ke bagaimana nak set mesin dan memulakan mesin basuh.

Ada kalanya anak tidak akan melakukannya dengan baik tapi kita tidak sepatutnya mengejar kesempurnaan. Tujuan latihan ini ialah untuk ajar anak kemahiran hidup yang baru.

2. Menulis surat

Dalam zaman teknologi kita ini, kemahiran menulis surat ini sudah sangat jarang dipraktikkan, tetapi tidak salah juga untuk ajar anak kemahiran hidup ini.

Anda boleh mengajar anak format penulisan yang betul, misalnya tempat yang betul untuk meletakkan alamat, panggilan hormat, nama pengirim dan sebagainya.

Bawa mereka ke pejabat pos dan ajar mereka untuk meletakkan setem dengan betul dan untuk meletakkan dalam kotak surat yang betul. Anak pasti rasa seronok.

3. Membalut hadiah

ajar anak kemahiran hidup

Sudah tentu satu hari nanti anak akan ingin memberi hadiah di majlis hari jadi kawan. Gunakan peluang ini untuk mengajar anak untuk membalut hadiah itu.

Ajar anak untuk menanggalkan tanda harga dulu, kemudian carikan kotak yang sesuai. 

Bergantung kepada umur anak, anda boleh mengajar cara yang berbeza untuk melipat dan membungkus hadiah. Kemudian tolong mereka untuk memotong kertas pembalut dan pita pelekat.

Pada mulanya, anak mungkin akan melekatkan pita pelekat pada bahagian yang salah. Tak apa, beri dorongan positif dan suruh mereka cuba lagi.

Apabila mereka mahir dengan kemahiran hidup ini, mudahlah kerja anda kelak. Tak payah asyik kena balut hadiah untuk anak setiap kali dia nak pergi majlis hari jadi kawannya!

4. Cuci bilik mandi

Selalu sediakan kain buruk atau span dalam bilik mandi dan suruh anak membersihkan kesan ubat gigi atau sabun mandi selepas mereka menggunakan bilik air.

Ini boleh jadi tugas permulaan ketika mengajar mereka untuk mencuci tandas.

Tugas lain yang lebih susah seperti menggosok lantai, mangkuk tandas dan lain-lain lagi, boleh diajar kemudian. Best bukan, kalau ajar anak kemahiran hidup ini? Kurang satu kerja rumah!

Cuba elak dari menggunakan sabun pencuci yang terlalu kuat. Pakaikan topeng dan sarung tangan untuk melindungi anak dari ubat pembasmi kuman.

Tugas mencuci bilik mandi boleh dilakukan bersama dengan anak sehingga mereka boleh melakukannya bersendirian.

Jangan lupa untuk suruh anak mandi dan cuci tangan selepas mencuci bilik mandi.

5. Memasak

ajar anak kemahiran hidup

Tak kiralah jantina anak, galakkan mereka untuk memasak bersama anda. Banyak manfaat ajar anak kemahiran hidup ini! Lain kali kalau pergi Uni nanti mereka takkan lapar.

Pada mulanya anda boleh ajar mereka untuk menyediakan meja makan dulu contohnya sediakan pinggan serta sudu garpu.

Kemudian ajar mereka untuk menyediakan sayur-sayur yang senang seperti kacang buncis, ataupun pucuk manis.

Apabila anak sekitar usia 8 tahun, merka sudah mula belajar untuk menggunakan pisau.

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

Pastikan pisau itu muat dalam tangan mereka dan beri tunjuk ajar cara menggunakannya untuk mengelakkan kemalangan.

6. Teknik pertolongan cemas

Anak mungkin tidak akan ingat semua langkah yang diajar, tapi ibu bapa masih boleh ajar anak kemahiran hidup yang penting ini.

Biarpun mereka hanya akan mempunyai pengetahuan asas, kemahiran ini masih boleh menyelamatkan nyawa,

Selain membiasakan anak dengan rupa dan bau darah, ini turut mengajar mereka supaya tidak cemas atau bertindak meleluru.

Guna senario untuk mengajar anak apa mereka patut lakukan dan ajar anak nombor-nombor kecemasan yang sesuai dipanggil jika berlakunya kemalangan.

Apabila diulang banyak kali, mereka akan pandai melakukannya secara automatik. Selalu ingatkan anak untuk bertenang jika berlakunya kecemasan supaya tidak lupa langkah-langkah yang perlu di lakukan.

7. Jadi pengguna yang bijak!

ajar anak kemahiran hidup

Penting sangat ke ajar anak kemahiran hidup ini? Sudah tentu, kerana ia melibatkan keupayaan anak untuk membuat keputusan dan mengendali wang.

Ajar anak untuk bandingkan produk berjenama lain dan bagaimana harga mereka berbeza-beza.

Beri mereka tugas untuk membeli beberapa barangan rumah dan ajar anak cara untuk menganggarkan harga barangan supaya sesuai dengan bajet yang diberi. 

Jangan lupa ajar anak kemahiran hidup

Walaupun ajar anak kemahiran hidup adalah tugas yang bakal mencabar kesabaran ibu bapa, tetapi ia baik kerana ia akan mengajar anak untuk berdikari.

Mereka juga akan menjadi individu yang lebih yakin apabila tiba masa untuk melanjutkan pelajaran di Uni.

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Elak dari melakukan 7 kerja rumah yang berbahaya ini semasa hamil!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • 7 kemahiran hidup penting yang ibu bapa wajib ajar pada anak!
Kongsikan:
  • Nak Anak Berjaya Dalam Hidup? Kita Mungkin Beri 6 Nasihat Yang Salah

    Nak Anak Berjaya Dalam Hidup? Kita Mungkin Beri 6 Nasihat Yang Salah

  • Ini pentingnya 1000 hari pertama kehidupan bayi - Parents wajib tahu ini!

    Ini pentingnya 1000 hari pertama kehidupan bayi - Parents wajib tahu ini!

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Nak Anak Berjaya Dalam Hidup? Kita Mungkin Beri 6 Nasihat Yang Salah

    Nak Anak Berjaya Dalam Hidup? Kita Mungkin Beri 6 Nasihat Yang Salah

  • Ini pentingnya 1000 hari pertama kehidupan bayi - Parents wajib tahu ini!

    Ini pentingnya 1000 hari pertama kehidupan bayi - Parents wajib tahu ini!

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.