X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Ayah Jika Mampu, Hantarlah Anak Sekolah Swasta, Biar Seimbang Akademik & Agama

4 min bacaan
Ibu Ayah Jika Mampu, Hantarlah Anak Sekolah Swasta, Biar Seimbang Akademik & Agama

Sekolah anak yang terbaik mampu memberikan ilmu dan didikan bagus. Bagi ibu ayah berkemampuan, adalah disarankan hantar anak sekolah swasta

Pemilihan sekolah anak yang terbaik memainkan peranan penting bagi membolehkan mereka mengenal huruf, membaca dan mempelajari pelbagai nilai murni.

Berbanding dahulu, pada hari ini ibu ayah memiliki banyak pilihan dalam memilih sekolah mana yang dirasakan terbaik buat anak-anak mereka.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Jika berkemampuan, ibu ayah disaran pilih sekolah anak jenis swasta agar dapat seimbangkan akademik dan agama
  • Reaksi orang ramai mengenai pilihan sekolah untuk anak

Dalam keadaan dunia yang semakin mencabar ini, malah banyak berlaku keruntuhan akhlak dalam kalangan anak-anak amat merunsingkan ramai pihak.

Jika berkemampuan, ibu ayah disaran pilih sekolah anak jenis swasta agar dapat seimbangkan akademik dan agama

Terdapat segelintir ibu ayah ya mencari jalan alternatif dengan menjadikan sekolah swasta terutamanya sekolah agama sebagai pilihan mereka.

Dengan harapan sahsiah diri anak-anak dapat dibentuk dengan lebih baik lagi. Tetapi benarkah pilihan sekolah sebenarnya memainkan peranan penting dalam pendidikan awal anak-anak?

pilihan sekolah

Dalam tulisannya di laman Facebook, Fahmy Adam berkongsi pendapat mengenai pendidikan awal bagi anak-anak. Menurutnya, sebaik-baik pendidikan biarlah anak-anak dihantar ke sekolah swasta berbanding sekolah kerajaan.

“Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya”

“Ibu bapa jika ada kemampuan elakkanlah sekolah kerajaan. Invest sedikit untuk pendidikan anak-anak ke sekolah rendah swasta integrasi antara akademik + agama.

So tak payah risau dah nak ulang alik tukar sekolah agama petang sebab once dah integrate duduk je belajar dari pagi sampai petang terus.

Invest kritikal untuk sekolah rendah darjah 1 hingga 6. Masa ini adalah fasa programming subsconscious mind terbaik untuk anak-anak dengan pasakkan ilmu akademik dan juga agama macam Bahasa Arab, Fiqh, Al-Quran/Hadis.

Lepas tu tak kisah dah nak masuk sekolah menengah biasa pun sebab asas sudah memadai. Namun jika teruskan sekolah agama menengah pun lagi bagus ikut kemampuan.

Ada sesetengah ibu bapa masukkan anak-anak ke Maahad Tahfiz. Itu pun terpulang, yang penting umur 12 tahun ke bawah memang fasa kritikal untuk didik asuh anak dengan subjek keagamaan.

Manakala 13 tahun ke atas dah boleh pilih nak ke mana-mana sekolah yang sesuai jika nak jadi doktor boleh pilih aliran sains jika nak jadi penyanyi social influencer boleh pilih aliran art.

Yang penting pasakkan dulu awal-awal minda anak-anak dengan silibus agama.

The rest akan lebih mudah control once dorang akil baligh.” ujarnya.

Reaksi orang ramai mengenai pilihan sekolah untuk anak

sekolah agama

Perkongsiannya itu juga mendapat reaksi daripada ibu ayah yang lain. Pelbagai pendapat telah dilontarkan oleh mereka, ada yang bersetuju dan ada juga yang sebaliknya.

“Sahsiah didikan anak-anak lebih baik mulakan di rumah. Sekolah kebangsaan atau swasta masing-masing inisiatif parent sendiri. Ada keadaan parent yang bekerja memerlukan anak ke sekolah swasta kerana kekangan menjemput dan menghantar ke sekolah berbeza dalam satu hari.

Semoga segala perjuangan kita as parent akan membuahkan hasil. Yang lain-lain kita doa sajalah pada Allah semoga sikap anak-anak kita tak terbawa-bawa dek pergerakan sosial yang membimbangkan sekarang.”

“Elok juga pemikiran begini. Sekurang-kurang dapat kurangkan bilangan pelajar di sekolah kebangsaan dan semakin kurang pelajar dalam kelas makin fokus cikgu dan pelajar dalam mengajar dan belajar.”

“Tak juga, sebenarnya sekolah kerajaan bagus dah, kena faham eh, ada je sekolah private yang main hire je cikgu, bukan ada tapisan sangat pun, tambah-tambah private school yang bukan international, nak untung banyak. Sekolah kebangsaan dah confirm majority adalah degree holder.”

“Alhamdulillah, anak-anak saya semua tahfiz dari tadika sampai la 14 tahun. InsyaAllah semua kekal kan dalam kelompok Islam.”

sekolah swasta

Sebenarnya, ibu dan ayah ada hak untuk memilih pendidikan yang terbaik buat anak-anak mereka mengikut kemampuan masing-masing. Sama ada sekolah swasta atau pun kerajaan kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Apa yang paling penting, pembentukan sahsiah diri anak-anak perlulah bermula dari rumah ibu dan ayah sendiri.

Walau apa pun, sentiasa raikan pendapat masing-masing, yang positif kita ambil manakala yang negatif kita jauhi. Semoga bermanfaat!

Fahmy Adam

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak tidak berwarganegara: “Saya pun nak pakai seragam sekolah”

Baca juga: 17 Uniform Sekolah Lengkap Di Serata Dunia, Mana Satu Paling Sempoi?

Baca juga: Senarai Sekolah Yang Memiliki Masalah Disiplin Pelajar, Sekolah Anak Anda Ada Dalam Senarai Tak?

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nur Syazwani

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Ibu Ayah Jika Mampu, Hantarlah Anak Sekolah Swasta, Biar Seimbang Akademik & Agama
Kongsikan:
  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham