X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

E-Prasekolah: Permohonan Prasekolah KPM Sesi 2026 Dibuka Mulai 1 Mac Hingga 30 April 2025

3 min bacaan
E-Prasekolah: Permohonan Prasekolah KPM Sesi 2026 Dibuka Mulai 1 Mac Hingga 30 April 2025

Permohonan Prasekolah KPM sesi 2026, ibu bapa boleh mula memohon secara online bermula 1 Mac 2025 (Sabtu) sehingga 30 April 2025

Pendidikan Prasekolah bertujuan menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara empat hingga enam tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

Jika ibu ayah mempunyai anak yang lahir pada 2 Januari 2020 hingga 15 Januari 2022 dan berminat untuk masukkan mereka ke prasekolah, bolehlah daftar prasekolah 2026 bermula 1 Mac ini.

▲▼Isi Kandungan

  • Kaedah Permohonan Prasekolah Sesi 2026
  • Cara Daftar Prasekolah 2026 Secara Online
  • Semakan Status Permohonan
  • Rayuan Permohonan Prasekolah

Kaedah Permohonan Prasekolah Sesi 2026

Kaedah Permohonan Kemasukan Ke Kelas Prasekolah KPM Melalui Dua Cara Iaitu:

1. Dalam Talian (online)

  • Tempoh permohonan secara dalam talian bermula 1 Mac hingga 30 April tahun sebelumnya.
  • Permohonan ini boleh dibuat melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my/
  • Ibu bapa/penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara dalam talian hendaklah mencetak borang permohonan tersebut.
  • Borang ini perlu dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-dokumen berkaitan. Borang dan dokumen tersebut perlu dikemukakan kepada pihak sekolah/institusi selewat-lewatnya pada 31 Mei.
  • Manual pengguna boleh dimuat turun daripada laman sesawang eprasekolah sebagai panduan.

2. Permohonan Prasekolah Secara Manual

  • Tempoh permohonan secara manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei tahun sebelumnya.
  • Ibu bapa/penjaga boleh mengambil borang permohonan di sekolah yang ingin dimohon. 
  • Pihak sekolah/institusi mesti mencetak borang permohonan kemasukan dari laman sesawang Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK). 
  • Borang permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon.  

permohonan prasekolah kpm 2026, daftar prasekolah online, eprasekolah, permohonan prasekolah 2025, prasekolah 2026

Cara Daftar Prasekolah 2026 Secara Online

Mudah sahaja untuk daftar prasekolah 2026 secara online. Ikuti langkah ini:

1. Layari Laman Web KPM

Pautan eprasekolah.moe.gov.my sama ada melalui komputer atau telefon pintar. (Link ke portal permohonan dibuka mulai 1 Mac 2024)

2. Daftar Dan Login

Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu.Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar. Pastikan emel yang didaftarkan adalah emel yang aktif.

3. Lengkapkan Maklumat

  • Muat turun manual dan proses permohonan prasekolah untuk ibu bapa.
  • Pastikan maklumat yang didaftarkan adalah maklumat ibu bapa/penjaga
  • Pastikan nama yang didaftarkan adalah nama penuh dan no Mykad yang betul bagi mengelakkan sebarang masalah ketika pendaftaran.
  • Pastikan pengguna mengingati kata laluan dan tidak mendedahkan kata laluan kepada orang lain.
  • Pastikan alamat email dan nombor telefon yang didaftarkan adalah aktif.

4. Kemaskini, Cetak Dan Hantar Ke Sekolah 

Permohonan yang telah lengkap perlu dicetak dan dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen yang berkaitan.

Semakan Status Permohonan

Semak Keputusan Permohonan Melalui Dua Cara Iaitu:

  1. Secara dalam talian (online)
    • Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 5 Ogos (tertakluk kepada pindaan)
  2. Secara manual melalui sekolah dimohon
    • Semakan boleh dibuat melalui sekolah yang dimohon mulai 5 Ogos (tertakluk kepada pindaan).

Rayuan Permohonan Prasekolah

Bagi permohonan yang tidak berjaya, ibu bapa/penjaga boleh mengemukakan rayuan melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my dalam tempoh dua minggu selepas keputusan diumumkan.

Bagi ibu bapa/penjaga yang mengemukakan permohonan secara manual, rayuan boleh dikemukakan sama ada di sekolah yang dimohon atau Pejabat Pendidikan Daerah(PPD)/ atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD.

Keputusan rayuan boleh disemak melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 10 September (tertakluk kepada pindaan).

Bagi rayuan secara manual, semakan keputusan boleh dibuat di tempat rayuan dihantar. Ibu bapa/penjaga juga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah yang berkenaan bagi rayuan yang berjaya.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Prasekolah
  • /
  • E-Prasekolah: Permohonan Prasekolah KPM Sesi 2026 Dibuka Mulai 1 Mac Hingga 30 April 2025
Kongsikan:
  • Kinestetik Maksud: Fahami Gaya Pembelajaran Anak dan Cara Sokong Mereka Dengan Lebih Baik!

    Kinestetik Maksud: Fahami Gaya Pembelajaran Anak dan Cara Sokong Mereka Dengan Lebih Baik!

  • Keperluan Anak Masuk Asrama,  Senarai Barang Wajib Untuk Anak Yang Bakal Tinggal Di Asrama

    Keperluan Anak Masuk Asrama, Senarai Barang Wajib Untuk Anak Yang Bakal Tinggal Di Asrama

  • Jenama Baju Sekolah Yang Bagus, Mudah Gosok & Mesra Poket Pilihan theAsianparent Malaysia

    Jenama Baju Sekolah Yang Bagus, Mudah Gosok & Mesra Poket Pilihan theAsianparent Malaysia

  • Kinestetik Maksud: Fahami Gaya Pembelajaran Anak dan Cara Sokong Mereka Dengan Lebih Baik!

    Kinestetik Maksud: Fahami Gaya Pembelajaran Anak dan Cara Sokong Mereka Dengan Lebih Baik!

  • Keperluan Anak Masuk Asrama,  Senarai Barang Wajib Untuk Anak Yang Bakal Tinggal Di Asrama

    Keperluan Anak Masuk Asrama, Senarai Barang Wajib Untuk Anak Yang Bakal Tinggal Di Asrama

  • Jenama Baju Sekolah Yang Bagus, Mudah Gosok & Mesra Poket Pilihan theAsianparent Malaysia

    Jenama Baju Sekolah Yang Bagus, Mudah Gosok & Mesra Poket Pilihan theAsianparent Malaysia

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham