Buat ibu bapa yang pertama kali menghantar anak ke asrama, pasti banyak perkara yang bermain di fikiran. Apa barang yang perlu dibawa? Apa keperluan anak masuk asrama yang perlu disediakan supaya anak lebih selesa?
Jika ini pengalaman pertama anda, jangan risau! Artikel ini akan membantu anda menyediakan keperluan asas yang penting untuk anak di asrama.
Berikut adalah senarai barang yang boleh dijadikan rujukan berdasarkan pengalaman Cik Nat ketika menyediakan keperluan anaknya untuk masuk asrama. Semoga bermanfaat!
Senarai Barang Yang Wajib Ada Untuk Keperluan Masuk Asrama
1. Pakaian & Penyimpanan
- Baju harian & baju sekolah
- Baju prep malam (jika berkenaan)
- Kemeja lengan panjang (untuk sekolah atau prep malam)
- Seluar sukan & baju sukan
- Stokin & seluar dalam secukupnya
- Kasut sekolah & kasut sukan
- Butang baju melayu (standby lebih)
- Cloth storage untuk susun pakaian
- Hanger biasa & hanger untuk stokin/underwear
- Selipar tandas (standby 2-3 pasang)
2. Keperluan Diri & Toiletries
- Deodoran spray (mudah digunakan)
- Fabric perfume (untuk pakaian dalam locker)
- Vaseline
- Balm
- Minyak rambut
- Krim / losyen
- Minyak angin / minyak luka
- Ketip kuku
- Sikat rambut
- Cotton buds
- Tisu kering & tisu basah
- Pengepit baju
- Pengilat kasut
3. Toiletries (Barang Mandi & Kebersihan)
- Sabun mandi
- Syampu & conditioner
- Berus gigi & ubat gigi
- Cawan kecil untuk berkumur
- Tuala mandi & tuala kecil
- Sabun basuh baju
- Berus basuh baju
- Baldi
- Gayung
4. Keperluan Harian & Peralatan Tambahan
- Tumbler air
- Pinggan, cawan & sudu garfu
- Wallpaper untuk tampal locker (jika perlu)
- Sticker nama untuk baju (pre-order awal)
- Pen fabric untuk tulis nama pada baju (jika tak sempat tempah sticker)
5. Ubat-Ubatan & First Aid Kit
- Paracetamol
- Panadol Soluble
- Strepsils
- Plaster luka
- Ubat sapu (ruam/luka kecil)
6. Stok Makanan Ringan
- Biskut / roti untuk alas perut
- Susu kotak / minuman segera
- Mi segera (jika dibenarkan)
- Snek sihat (kacang, kurma, granola bar)
Tips Tambahan Untuk Ibu Bapa

1. Labelkan Setiap Barang
Labelkan setiap barang supaya tidak mudah hilang atau tertukar dengan kawan.Gunakan sticker nama khas atau pen fabrik untuk tanda pada pakaian dan barang peribadi anak.
2. Produk Berkualiti
Contohnya, pilih botol yang tahan lasak dan tak mudah pecah. Ia mampu mengekalkan suhu air supaya anak sentiasa dapat menikmati minuman yang sesuai dengan cuaca.
3. Baju Prep Malam
Pastikan anak ada baju melayu lengkap dan butang baju standby. Simpan butang tambahan dalam beg kecil supaya mudah dicari jika perlu.
4. Pewangi Kasut
Berguna untuk elakkan bau kurang menyenangkan dalam locker. Pilih pewangi kasut jenis spray atau karbon aktif untuk menyerap bau dengan lebih efektif.
5. Selipar Tandas
Beli lebih sebab barang ini memang selalu ‘ghaib’ di asrama. Standby beberapa pasang dengan warna atau corak yang mudah dikenali anak.
6. Sediakan Fail Dokumen
Pastikan anak mempunyai fail kecil untuk menyimpan dokumen penting seperti jadual waktu, senarai barang dan kad pengenalan pelajar.
7. Pilih Beg Yang Sesuai
Pastikan anak membawa beg yang cukup besar dan kukuh untuk memuatkan keperluan mereka tanpa menyusahkan mereka untuk menguruskan barang-barang setiap hari.
8. Latih Anak Berdikari
Sebelum masuk asrama, ajar anak bagaimana untuk menguruskan barang mereka sendiri, termasuk cara melipat baju, menguruskan pakaian kotor dan menjaga kebersihan diri.
Persediaan awal akan membantu anak lebih selesa dan mengurangkan tekanan mereka di hari pertama asrama.
Semoga artikel ini dapat membantu ibu bapa yang masih keliru dengan keperluan anak masuk asrama. Selamat membuat persiapan!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 7 Barang Keperluan Bayi Yang Penting & Wajib Dibawa Bersama Bila Ibu Ayah Keluar Rumah
Baca juga:Doa Untuk Anak Tidak Mahu Ke Sekolah Beserta Tips Kepada Ibu Bapa Untuk Latih Si Kecil Berjauhan Dari Anda
Baca juga: Cara Tampal Lencana Sekolah Anak Paling Mudah, Ibu Tak Perlu Susah-Susah Nak Jahit Lagi
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!