TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Cara Tampal Lencana Sekolah Anak Paling Mudah Tanpa Perlu Jahit

3 min bacaan
Cara Tampal Lencana Sekolah Anak Paling Mudah Tanpa Perlu Jahit

Kalau ibu masih tak sempat jahit lencana sekolah anak, ikut cara tampal lencana sekolah pada baju seragam anak ini lagi mudah.

Menjahit lencana nampak senang tapi sebenarnya boleh memakan masa yang lama jika tak pandai menggayakannya. Bagi ibu yang masih belum letakkan lencana pada baju seragam sekolah anak, ini cara tampal lencana sekolah yang ramai ibu-ibu sudah cuba dan menjadi.

Isi Kandungan

  • Cara Tampal Lencana Sekolah Paling Mudah
  • Cara Tampal Lencana Sekolah
  • Tips Sebelum Tampal Lencana Pada Baju Seragam Anak
  • Kedudukan Lencana Sekolah 2025

Cara Tampal Lencana Sekolah Paling Mudah

Cara tampal lencana sekolah dan tag nama ini menerusi perkongsian Facebook oleh Puan Akmar Laily Omar ternyata kelihatan lebih kemas dan rapi.

Masa yang diambil untuk menyiapkan satu lencana pun lebih kurang tiga minit berbanding menjahit lencana yang memakan masa 15-20 minit untuk satu lencana. 

Bahan yang diperlukan untuk tampal lencana sekolah:  

  • Gam UHU

  • Kain kecil/ sapu tangan yang dibasahkan

  • Kertas tebal/cardboard/manila kad

  • Seterika

Cara Tampal Lencana Sekolah

  1. Letakkan kertas keras dalam poket baju. Bagi baju kurung dan tudung, letak kertas ini di bahagian dalam bawah lencana . Ia bagi mengelakkan gam melekat pada kain.

  2. Atur lencana pada kedudukan yang dikehendaki.

  3. Sapukan gam pada bahagian belakang lencana atau tag nama.

  4. Lekatkan lencana pada kedudukan yang telah ditetapkan.

  5. Ambik kain basah tadi dan letak di atas lencana.

  6. Seterika kain tadi pastikan ia mengenai lencana.

  7. Gosok beberapa kali. Ketika ini, seterika mungkin berasap tindak balas menggosok kain basah. Jangan bimbang tentang perkara itu.

  8. Angkat kain dan alihkan kertas keras di bahagian dalam.

  9. Siap.

Tips Sebelum Tampal Lencana Pada Baju Seragam Anak

  • Pastikan anda menyemak terlebih dahulu kedudukan lencana sekolah yang terkini bagi mengelakkan kesilapan berlaku. Ia berisiko tinggi untuk merosakkan fabrik baju atau kesan tampalan.
  • Tampal lencana dengan kemas dan kukuh supaya tidak mudah tertanggal.
  • Pastikan baju dan lencana dalam keadaan bersih supaya tiada kesan kotor melekat pada baju. 
  • Pertimbangkan jenis fabrik baju sebelum memutuskan untuk menampal lencana sekolah anak menggunakan teknik gam. 
  • Sebaiknya seterika baju terlebih dahulu supaya bahagian dalam baju tidak ronyok selepas lencana dilekatkan.

Kedudukan Lencana Sekolah 2025

Berikut format kedudukan lencana sekolah dan nametag mengikut standard Kementerian Pendidikan Malaysia:

  • Lencana sekolah hendaklah berada diatas nametag

  • Nametag murid hendalah di atas kedudukan poket

  • Bahagian poket hendaklah dibiarkan kosong, tanpa sebarang tampalan lencana atau nametag

kedudukan lencana sekolah 2025

 

Selamat mencuba!

Facebook Puan Akmar Laily Omar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Persediaan Sebelum Masuk Darjah 1, Ibu Kena Pastikan Anak Ada 5 Skil Penting Ini, Sangat Membantu!

Baca juga: Kalau Anak Tak Nak Pergi Sekolah, Ikuti Tips Berkesan Dari Pakar Terapi Ini

Baca juga: Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 & Tarikh Cuti Sekolah 2024 Yang Dikeluarkan KPM

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Pendidikan
  • /
  • Cara Tampal Lencana Sekolah Anak Paling Mudah Tanpa Perlu Jahit
Kongsikan:
  • Kelebihan Pembelajaran Dalam Talian Di Rumah: Lebih Sekadar Menjimatkan Masa

    Kelebihan Pembelajaran Dalam Talian Di Rumah: Lebih Sekadar Menjimatkan Masa

  • E-Prasekolah: Permohonan Prasekolah KPM Sesi 2026 Dibuka Mulai 1 Mac Hingga 30 April 2025

    E-Prasekolah: Permohonan Prasekolah KPM Sesi 2026 Dibuka Mulai 1 Mac Hingga 30 April 2025

  • Kinestetik Maksud: Fahami Gaya Pembelajaran Anak dan Cara Sokong Mereka Dengan Lebih Baik!

    Kinestetik Maksud: Fahami Gaya Pembelajaran Anak dan Cara Sokong Mereka Dengan Lebih Baik!

  • Kelebihan Pembelajaran Dalam Talian Di Rumah: Lebih Sekadar Menjimatkan Masa

    Kelebihan Pembelajaran Dalam Talian Di Rumah: Lebih Sekadar Menjimatkan Masa

  • E-Prasekolah: Permohonan Prasekolah KPM Sesi 2026 Dibuka Mulai 1 Mac Hingga 30 April 2025

    E-Prasekolah: Permohonan Prasekolah KPM Sesi 2026 Dibuka Mulai 1 Mac Hingga 30 April 2025

  • Kinestetik Maksud: Fahami Gaya Pembelajaran Anak dan Cara Sokong Mereka Dengan Lebih Baik!

    Kinestetik Maksud: Fahami Gaya Pembelajaran Anak dan Cara Sokong Mereka Dengan Lebih Baik!

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham