X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Kalau Nak Anak Suka Pergi Sekolah, Ikuti Tips Berkesan Dari Pakar Terapi Ini

3 min bacaan
Kalau Nak Anak Suka Pergi Sekolah, Ikuti Tips Berkesan Dari Pakar Terapi Ini

Pakar terapi ini berkongsi tentang beberapa tips supaya anak berusia 6-7 tahun suka pergi sekolah tanpa dipaksa setiap hari.

Ada kanak-kanak memang suka pergi sekolah, tetapi ada juga segelintir daripadanya enggan pergi ke sekolah. Situasi ini sebenarnya perkara biasa berlaku kepada anak berusia 5 hingga 7 tahun yang baru hendak mula bersekolah. 

Sebagai ibu ayah, menjadi tanggungjawab yang besar untuk memupuk minat cintakan ilmu dalam diri anak-anak. Apabila melihat anak-anak liat untuk bersiap dan adakalanya mereka memberikan seribu satu alasan untuk mengelak dipaksa, bagaimanakah cara yang betul supaya anak tidak rasa stress?

Seorang pakar terapi, Siti’ Aisyah Rozalli ada memberikan pandangan dan tips tentang mewujudkan suasana yang baik supaya anak suka pergi ke sekolah. 

Tips supaya anak suka pergi ke sekolah

Menurut Siti’ Aisyah, mewujudkan rutin harian yang konsisten pada setiap hari melatih anak terbiasa tidur dan bangun tidur dalam waktu yang sama. Selain itu, sebagai ibu ayah jangan terlalu berlembut dengan anak sehingga segala kelengkapan disediakan. 

“Biar anak yang siapkan barangan sekolah hari sebelumnya. Kalau kita jenis gosok baju seminggu sekali, minta anak ambil baju dia malam tu dari tempat kita sangkut tu, dan sangkutkan di tempat yang lebih mudah anak ambil.

Buku sekolah, beg sekolah, biar anak yang kemas sendiri. Prep time ni, penting. Sebab ianya akan ready kan mindset anak”.

Dia juga menasihatkan supaya ibu ayah tidak mudah putus asa dengan “keengganan” anak. 

“Konsistenkan rutin no. 1 & 2 di atas. Sebulan, 2 bulan pertama kadang anak belum dapat momentum lagi. Lepas cuti pun kadang momentum off tetapi teruskan dengan rutin.

Ibu ayah kena berubah, baru anak pun berubah

pergi sekolah

Jelasnya, “mak ayah kena hormat disiplin sekolah. Hantar sekolah pada waktunya dan ambil anak pada waktunya.

Dulu, kami kadang hantar anak lambat. Jadi, mereka selalu complain kalau nak ke sekolah.

Bila mak ayahnya ni berubah, anak pun berubah”.

Luangkan masa bersama, sebelum anak ke sekolah

pergi sekolah

Tips yang terakhir sekali, biasakan waktu pagi lebih panjang dengan anak-anak supaya mewujudkan suasana yang positif.

“Maksudnya, kalau nak pergi sekolah jam 7 pagi, bagi masa dalam sejam untuk anak bersiap. So, bangunkan at least awal sejam. Supaya mereka ada masa nak terpisat-pisat, termenung-menung, main Lego kejap sementara tunggu toilet.

Rumah biar meriah awal. Supaya anak terus rasa cukup “siang”, ”ujarnya.

Sebelum mengakhiri perkongsian, Siti’ Aisyah sempat meninggalkan pesanan, “Bila kita jaga rutin anak ke sekolah. Mereka akan lebih mudah untuk ke sekolah dengan relax.

Dia punya enjoy pergi sekolah tu sampai berterbangan kaki tak jejak tanah”.

Facebook: Siti’ Aisyah Rozalli

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
 

Baca juga: Anak Mogok Taknak Ke Sekolah? Ini 5 Tips Dorong Anak Ke Sekolah Tanpa Dipaksa

Baca juga: Kalau Anak Demam, Tolong Jangan Biar Dia Pergi Sekolah!

Baca juga: Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Tip untuk Ibu Bapa
  • /
  • Kalau Nak Anak Suka Pergi Sekolah, Ikuti Tips Berkesan Dari Pakar Terapi Ini
Kongsikan:
  • Senang Rupanya Kembara Ke Kampung Dengan Anak Kecil, Ikuti Tips Mudah Ini

    Senang Rupanya Kembara Ke Kampung Dengan Anak Kecil, Ikuti Tips Mudah Ini

  • Pada Usia 6 Hingga 13 Tahun, Anak Lelaki Mula Alami Perubahan Ketara, Pastikan Ayah Jadi Idola Anak No. 1!

    Pada Usia 6 Hingga 13 Tahun, Anak Lelaki Mula Alami Perubahan Ketara, Pastikan Ayah Jadi Idola Anak No. 1!

  • 10 Tips Dari Ibu Yang Hebat, Bagaimana Menjaga Anak Yang Ramai. Selamat Hari Wanita!

    10 Tips Dari Ibu Yang Hebat, Bagaimana Menjaga Anak Yang Ramai. Selamat Hari Wanita!

  • Senang Rupanya Kembara Ke Kampung Dengan Anak Kecil, Ikuti Tips Mudah Ini

    Senang Rupanya Kembara Ke Kampung Dengan Anak Kecil, Ikuti Tips Mudah Ini

  • Pada Usia 6 Hingga 13 Tahun, Anak Lelaki Mula Alami Perubahan Ketara, Pastikan Ayah Jadi Idola Anak No. 1!

    Pada Usia 6 Hingga 13 Tahun, Anak Lelaki Mula Alami Perubahan Ketara, Pastikan Ayah Jadi Idola Anak No. 1!

  • 10 Tips Dari Ibu Yang Hebat, Bagaimana Menjaga Anak Yang Ramai. Selamat Hari Wanita!

    10 Tips Dari Ibu Yang Hebat, Bagaimana Menjaga Anak Yang Ramai. Selamat Hari Wanita!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.