X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Ramai Ibu Bapa Menyesal Tak Jaga Rutin Tidur Anak Dengan Betul, Ia Efek perkembangan Otak!

4 min bacaan
Ramai Ibu Bapa Menyesal Tak Jaga Rutin Tidur Anak Dengan Betul, Ia Efek perkembangan Otak!Ramai Ibu Bapa Menyesal Tak Jaga Rutin Tidur Anak Dengan Betul, Ia Efek perkembangan Otak!

Tidur anak boleh ganggu perkembangan otak mereka. Pakar berkongsi cara dan tips untuk memudahkan anda jaga rutin tidur mereka.

Menjaga rutin tidur anak memang bukan benda yang mudah. Disebabkan itu ramai ibu bapa yang membiarkan saja kanak-kanak memilih rutin tidur sendiri. 

Kadang-kadang lagi dijaga dan dipaksa lagi mereka tak mahu tidur, jadi dibiarkan saja anak bermain sehingga letih dan tidur dengan sendiri.

Menurut kata Pakar Pediatrik Dr Redza Zainol, tidur yang cukup dapat mempengaruhi otak untuk berkembang dengan baik. 

Dan ramai ibu bapa mengadu anak  mereka sebelum ini tidak mendapat tidur yang berkualiti dan disebabkan itu perkembangan otak mereka terjejas. 

Tidur anak  yang berkualiti beri efek kepada perkembangan otak

tidur anak ganggu perkembangan otak

Kredit: pa&ma

Rugi sungguh bila mak ayah tak ambil berat mengenai perkara ini.

Otak bayi anda berkembang dengan baik bila tidur mereka cukup dan berkualiti.

Di Klinik Perkembangan Kanak Kanak (Children Developmental Clinic), ramai mak ayah mengeluh dan mengadu pada saya yang mereka menyesal tak jaga masa dan kualiti kanak-kanak sejak kecil.

Ini saya kongsikan tempoh masa tidur anak seperti yang disaran oleh United Kingdom National Health Service (NHS).

Jadual tidur anak dari bayi baru lahir hingga setahun

Umur seminggu

Siang : 8 jam

Malam : 8 jam 30 minit

Umur sebulan

Siang : 6-7 jam

Malam : 8-9 jam

Umur 3 bulan

Siang : 4-5 jam

Malam : 10-11 jam

Umur 6 bulan

Siang : 3 jam

Malam : 11 jam

Umur 12 bulan

Siang : 2 jam 30 minit

Malam : 11 jam

Tips supaya bayi mudah tidur

tidur anak ganggu perkembangan otak

Kredit: greater goodscience

Stories Rakan Kongsi
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
  • Suramkan atau tutup lampu dalam bilik mereka. Ia akan bantu bina hormon tidur iaitu melatonin.
  • Bila anak mula naik atas katil, boleh bacakan buku untuk anak atau anak baca buku sendiri dalam keadaan senyap.
  • Mandi dengan air suam boleh bantu bayi ebih tenang dan bersedia untuk malam yang lena.
  • Elakkan bermain dengan gajet sebelum tidur.
  • Elakkan simpan tablet/laptop/TV dalam bilik mereka.
  • Cas semua bateri gajet di bilik lain (bukan bilikdi bilik mereka)
  • Memasang white noise
  • Memasang zikir 
  • Galakkan kanak-kanak untuk berhenti guna gajet sejam sebelum waktu tidur.
  • Pengaliran udara dalam bilik anak mestilah dalam keadaan baik dan suhu bilik tak terlalu panas.

Ada kajian dibuat, bayi yang tak cukup waktu tidur bukan saja bermasalah dari segi nak beri tumpuan semasa belajar, tapi mereka juga berisiko tinggi untuk dapat penyakit darah tinggi, obesiti dan kemurungan.

Nak jaga masa tidur anak ni percuma saja. Memang tak mudah tapi boleh dilakukan, laungkanlah sedikit tenaga, lepas dia tidur anda pun boleh berehat dengan tenang.

Tak perlu keluar duit banyak-banyak untuk beli produk itu dan ini.

Punca anak susah tidur

Ramai Ibu Bapa Menyesal Tak Jaga Rutin Tidur Anak Dengan Betul, Ia Efek perkembangan Otak!

#1. Baru nak tumbuh gigi

Bila nak tumbuh gigi juga boleh menyebabkan bayi merengek, menangis dan tak mahu tidur malam. Apa yang anda boleh buat adalah memicit gusi bayi supaya dapat melegakan ketidakselesaan itu.

Tapi, jangan lupa cuci tangan sampai bersih dahulu ya.

#2. Sakit perut, kolik atau kembung perut

Punca bayi susah tidur malam juga adalah kerana si kecil itu kembung perut. Ia sama macam kita orang dewasa, kalau sakit perut tentu kita juga susah nak tidur kan? Maka ia sama juga dengan anak kecil.

Apa yang anda boleh buat adalah meniarapkan bayi dan letakkan tangan anda pada perutnya. Cara kedua, pangku bayi, goyangkan kaki perlahan-lahan sehingga dia tertidur sendiri.

#3. Banyak rangsangan ketika bermain

Mendengar muzik, aktif bermain, suara televisyen yang kuat dan lain-lain turut menjadi faktor bayi susah tidur malam.

Ibu boleh dodoikan si kecil, redupkan lampu dan urut sedikit tubuhnya serta perlahankan bunyi tv.

#4. Berubah tempat tidur

Berubahan tempat tidur juga boleh menjadi sebab mengapa bayi sukar tidur kerana dia peka dengan perubahan di sekelilingnya.

Namun, ibu harus sabar melayan keletah si comel itu dan dodoikannya dengan penuh kasih sayang supaya dia tahu anda ada bersamanya.

Kongsikan artikel ini supaya lagi ramai mak ayah yang tahu.

Foto: iStock

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tidur Lambat Boleh Ganggu Perkembangan Otak Anak! 8 Tips Buat Anak Tidur Awal

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Ramai Ibu Bapa Menyesal Tak Jaga Rutin Tidur Anak Dengan Betul, Ia Efek perkembangan Otak!
Kongsikan:
  • 5 Sebab Mengapa Masa Bercinta Dulu Indah, Bila Dah Kahwin Segalanya Jadi Berubah

    5 Sebab Mengapa Masa Bercinta Dulu Indah, Bila Dah Kahwin Segalanya Jadi Berubah

  • Baru Kahwin 4 Bulan, Isteri Cedera Parah & Kedua-Dua Tangan Hampir Putus Ditikam Suami

    Baru Kahwin 4 Bulan, Isteri Cedera Parah & Kedua-Dua Tangan Hampir Putus Ditikam Suami

  • Kipas Tiba-Tiba Patah & Jatuh, Orang Ramai Diminta Waspada Jika Guna Kipas Jenama Ini!

    Kipas Tiba-Tiba Patah & Jatuh, Orang Ramai Diminta Waspada Jika Guna Kipas Jenama Ini!

app info
get app banner
  • 5 Sebab Mengapa Masa Bercinta Dulu Indah, Bila Dah Kahwin Segalanya Jadi Berubah

    5 Sebab Mengapa Masa Bercinta Dulu Indah, Bila Dah Kahwin Segalanya Jadi Berubah

  • Baru Kahwin 4 Bulan, Isteri Cedera Parah & Kedua-Dua Tangan Hampir Putus Ditikam Suami

    Baru Kahwin 4 Bulan, Isteri Cedera Parah & Kedua-Dua Tangan Hampir Putus Ditikam Suami

  • Kipas Tiba-Tiba Patah & Jatuh, Orang Ramai Diminta Waspada Jika Guna Kipas Jenama Ini!

    Kipas Tiba-Tiba Patah & Jatuh, Orang Ramai Diminta Waspada Jika Guna Kipas Jenama Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.