X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

2 Jenis Zikir Tidurkan Anak Yang Boleh Boleh Diamalkan Untuk Bayi Tidur Lena, Kurang Meragam

4 min bacaan
2 Jenis Zikir Tidurkan Anak Yang Boleh Boleh Diamalkan Untuk Bayi Tidur Lena, Kurang Meragam2 Jenis Zikir Tidurkan Anak Yang Boleh Boleh Diamalkan Untuk Bayi Tidur Lena, Kurang Meragam

Kali ini kami kongsikan dua zikir tidurkan anak yang boleh membantu anak anda tidur lena dan buatkan mereka kurang meragam.

Menjadi ibu kepada anak kecil banyak cabarannya. Antaranya termasuklah ketika mahu tidurkan mereka. Kali ini kami kongsikan zikir tidurkan anak yang mungkin boleh bantu ibu ayah yang ada anak susah tidur.

Memang ada bayi jenis susah tidur. Kita rasa macam dah beri segalanya, tetapi masih juga susah untuk tidurkan mereka. Ada saja tak kena.

Di dalam artikel ini akan menceritakan tentang:

  • Apakah itu zikir?
  • Zikir tidurkan yang boleh ibu ayah amalkan
  • Petua lain untuk bayi tidur lena

Apakah itu zikir?

Zikir adalah satu amalan yang disyariatkan dalam Islam. Perintah supaya melaksanakan zikir ditemui dalam banyak ayat-ayat al-Qur’an dan juga hadis Nabi s.a.w.

Ia adalah satu amalan yang disuruh supaya diperbanyakkan tanpa ada halangan dan keterikatan dengan syarat-syarat tertentu untuk diamalkan sebagaimana ibadah-ibadah lain seperti solat, puasa dan sebagainya.

Ia adalah rahsia dan penghubung secara langsung antara hamba dengan Tuhannya. Setiap mukmin yang mengingati Allah pasti akan diingati olehNya.

Ternyata bahawa amalan zikir bukan hanya sekadar ibadah, tetapi juga merupakan amalan yang boleh membersihkan dan menyucikan jiwa manusia, mendekatkan diri kepada penciptanya, membuka hijab rohani dan seterusnya mencapai ma`rifat terhadapNya.

Tulisan ini akan menyentuh tentang beberapa persoalan zikir khususnya mengenai peranannya dalam menyucikan hati dan membina sakhsiah muslim.

Zikir tidurkan anak yang boleh ibu ayah amalkan

zikir tidurkan anak

Kredit: greater goodscience

Tidurkan anak ni, jika salah gayanya memang boleh buat bergaduh. Kadang kala kita yang tidak mengantuk pun terus jadi mengantuk bila tiba masa untuk tidurkan anak.

Selain mengalunkan lagu-lagu untuk anak anda tidur, zikir juga sebenarnya salah satu cara yang boleh anda gunakan supaya anak anda dapat tidur dengan tenang dan nyenyak.

Malah, ia salah satu dari cara yang sangat di galakkan di dalam Islam. Ini kerana, zikir dapat membuatkan anak anda menjadi lebih tenang. Ia sekaligus memudahkan anak anda untuk tidur terutama sekali tidur pada waktu malam.

Ada dua zikir yang sangat bagus untuk anak anda tidur dan sangat bagus diamalkan. Ia termasuklah:

#1. La ilaha illallah

zikir tidurkan anak

Ini antara zikir yang seringkali kita baca dalam kehidupan seharian kita dan juga di dalam solat. Namun begitu, zikir ini juga sangat bagus untuk dijadikan sebagai zikir tidurkan anak.

Ia bukan sahaja ringkas dan mudah untuk kita amalkan tetapi ia juga dapat memberikan ketenangan untuk anak anda dan sekali gus dapat membuatkan anak anda tidur dengan lena.

La Ilaha illallah

La Ilaha illallah

La Ilaha illallah
Muhammadur rasulullah
Ya zaljalali wal ikram
Ya zaljalali wal ikram
Ya zaljalali wal ikram
Amitna ‘ala dinil islam
(ulang semula dari atas sehingga anak anda tertidur)

Maksudnya:

Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad S.A.W pesuruh Allah. Wahai Tuhan yang mempunyai sifat Keagungan dan sifat Pemurah, matikanlah kami dalam agama Islam”

#2. Zikir munajat

Ini juga antara salah satu zikir tidurkan anak yang sangat bagus dan sentiasa di amalkan oleh ibu bapa di luar sana untuk tidurkan anak mereka dengan mudah tanpa sebarang masalah.

Hasbi rabbi Jallallah
Mafi qalbi ghairullah
Nur muhammad sallallah
Lailahaillallah

Maksudnya:

Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku, Tiada di dalam hatiku melainkan Allah dan nur (cahaya) Muhammad SAW. Tiada Tuhan melainkan Allah.

Stories Rakan Kongsi
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari
Dibelenggu Masalah Kulit Kering dan Gatal? Sapukan Losyen Ini Untuk Kelegaan Serta Merta
Dibelenggu Masalah Kulit Kering dan Gatal? Sapukan Losyen Ini Untuk Kelegaan Serta Merta
Bagaimana Nak Merapatkan Hubungan Dengan Bayi Baru Lahir? Ini 5 Cara Yang Anda Boleh Cuba
Bagaimana Nak Merapatkan Hubungan Dengan Bayi Baru Lahir? Ini 5 Cara Yang Anda Boleh Cuba

Petua lain untuk bayi tidur lena

zikir tidurkan anak

Kredit: webmd

Bagi memastikan bayi tidur lena, pastikan tempat, keadaan, suasana, susu bayi, pakaian bayi dan juga keadaan ibu bayi diambil peduli. Sebenarnya, faktor-faktor berikut mempengaruhi cara tidur bayi dan kualiti tidur bayi. Ia termasuklah:

  1. Susukan bayi dengan tenang, kenyang dan selesa. Jika tidak kenyang, bayi takkan mudah tidur dan tidur nyenyak.
  2. Sendawakan bayi dan pastikan angin dari badan bayi keluar untuk elakkan kembung perut, sedu dan sebagainya. Kembung perut akan membuatkan bayi meragam dan tidak dapat tidur pada waktu malam.
  3. Dodoikan bayi anda tidur dengan menepuk perlahan-lahan badan mereka. Tanpa dodoi bayi, lebih sukar untuk bayi tidur kerana mata mereka mungkin belum masanya untuk terlelap.
  4. Bedung bayi untuk bayi lebih tidur lena dan nyenyak. Bagi mengelakkan bayi meragam, bedung bayi dapat menetapkan posisi bayi yang selesa dan sesuai untuk terus tidur dengan baik.
  5. Pastikan pengudaraan dan cahaya yang sesuai dan menenangkan.
  6. Ibu harus elakkan minum kafein jika menyusu bayi kerana bayi juga turut terkesan dengan kesan minuman kafein tersebut.
  7. Tidur dengan bayi dan pastikan ada orang bersamanya untuk memudahkan dia tidur lena.
  8. Pastikan pakaian bayi tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk untuknya. Begitu juga dengan suasana bilik anda dan bayi.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  3 Tip Bagi Anak Senang Tidur Awal Setiap Malam Untuk Elak Penyakit

Baca juga: Cara Mudah Melatih Bayi Tidur Sendiri Bermula Usia 1 Bulan, #3 Ramai Ibu Tidak Tahu!

Baca juga: Tabiat Tidur Buruk Anak Berpunca Dari Ibu Bapa. Ini Apa Yang Anda Boleh Lakukan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • 2 Jenis Zikir Tidurkan Anak Yang Boleh Boleh Diamalkan Untuk Bayi Tidur Lena, Kurang Meragam
Kongsikan:
  • Cekak Rambut Lembut Dan Selesa Untuk Puteri Kesayangan Anda, Paling Sesuai Dipakai Semasa Majlis Hari Jadi

    Cekak Rambut Lembut Dan Selesa Untuk Puteri Kesayangan Anda, Paling Sesuai Dipakai Semasa Majlis Hari Jadi

  • Drive Sendiri Balik Kampung Dengan Anak, Ibu Ini Kongsi 8 Tips Jalan Jauh Dengan Tenang

    Drive Sendiri Balik Kampung Dengan Anak, Ibu Ini Kongsi 8 Tips Jalan Jauh Dengan Tenang

  • Gara-Gara Tidur Siang, Ibu Layankan Saja Anak Bersiap Pergi Sekolah Tengah Malam

    Gara-Gara Tidur Siang, Ibu Layankan Saja Anak Bersiap Pergi Sekolah Tengah Malam

app info
get app banner
  • Cekak Rambut Lembut Dan Selesa Untuk Puteri Kesayangan Anda, Paling Sesuai Dipakai Semasa Majlis Hari Jadi

    Cekak Rambut Lembut Dan Selesa Untuk Puteri Kesayangan Anda, Paling Sesuai Dipakai Semasa Majlis Hari Jadi

  • Drive Sendiri Balik Kampung Dengan Anak, Ibu Ini Kongsi 8 Tips Jalan Jauh Dengan Tenang

    Drive Sendiri Balik Kampung Dengan Anak, Ibu Ini Kongsi 8 Tips Jalan Jauh Dengan Tenang

  • Gara-Gara Tidur Siang, Ibu Layankan Saja Anak Bersiap Pergi Sekolah Tengah Malam

    Gara-Gara Tidur Siang, Ibu Layankan Saja Anak Bersiap Pergi Sekolah Tengah Malam

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.