Bayi yang mengalami masalah perut masuk angin, sembelit dan colic, biasanya akan menangis berjam-jam kerana rasa sangat tidak selesa.
Sebagai ibu bapa, anda mungkin rasa bimbang dan tidak berdaya untuk melakukan apa-apa. Jangan risau, sebenarnya masalah perut masuk angin, sembelit dan colic, semuanya masalah biasa yang dihadapi bayi.
Diharap ibu banyakkan bersabar ya. Kami huraikan mengapa masalah bayi kembung perut atau perut masuk angin ini terjadi dan bagaimana anda boleh bantu melegakannya untuk si manja anda.
Punca Perut Masuk Angin Dan Kembung Pada Bayi
Apabila bayi anda menyusu, tersedu atau bernafas, kadang kala udara yang ditarik boleh masuk ke dalam perut dan sistem pencernaannya sekaligus menjadi punca bayi kembung perut. Sejumlah besar udara ini keluar apabila bayi buang angin, tapi gas juga boleh terperangkap di dalam perut dan menyebabkan ketidakselesaan.
Bayi dengan masalah kembung perut atau perut masuk angin akan rasa tegang dan keras. Walaupun ibu ayah boleh cuba untuk menyendawakan bayi sehingga si comel anda mengeluarkan angin, namun terdapat juga angin degil yang mungkin masih terperangkap di dalam perut mereka.
Tanda Bayi Kembung Perut
Biarpun tidak boleh bercakap lagi, bayi sebenarnya merupakan perbicara yang efektif. Ibu ayah yang tertanya apa tanda bayi alami kembung perut, kalian boleh kesan tanda sakit perut angin yang menyebabkan stress pada bayi.
Sentiasa peka pada tanda bayi kembung perut ini berserta simptomnya:
- Menangis lebih daripada biasa
- Meludah atau muntah
- Menolak untuk makan
- Mengalami masalah tidur yang baru atau tidak biasa
- Cirit-birit dan sembelit
- Membuat memek muka yang rimas
- Mempamerkan bahasa tubuh yang tegang, seperti mengetatkan otot atau ketidakupayaan untuk diam
Bagaimana Pula Dengan Bayi Sembelit?
Kembung perut mungkin juga merupakan tanda bayi sembelit. Tapi bayi yang diberi susu ibu jarang menghadapi masalah ini.
Cuma kadang kala bayi baru lahir akan mengambil masa yang lama untuk membuang air besar. Seorang bayi yang lebih berusia, misalnya bayi yang sudah mula makan makanan pejal, akan menghadapi risiko sembelit yang lebih besar.
Masalah sembelit yang teruk boleh menyebabkan bayi itu rasa tidak selesa. Bayi baru lahir tidak boleh mengambil ubat pelembut najis atau melakukan enema tanpa pengawasan doktor.
Apa Itu Colic?
Colic biasanya berlaku dengan tangisan yang kerap, berpanjangan dan sangat tegang atau kecerewetan pada bayi yang sihat. Colic boleh jadi agak mengecewakan bagi ibu ayah kerana stress bayi menangis tanpa sebab yang pasti dan tiada amaun memujuk yang biasanya dapat menenangkannya. Episod ini biasa berlaku pada waktu petang ke malam, apabila ibu ayah selalunya sudah penat dengan tugasan harian.
Episod colic selalunya klimaks apabila seorang bayi di sekitar usia 6 minggu dan akan kelihatan berkurangan selepas 3 ke 4 bulan usianya. Sementara tangisan tanpa henti akan reda mengikut peredaran masa, menguruskan kolik boleh menambah satu lagi stress yang signifikan untuk menjaga bayi anda yang baru lahir.
Ibu ayah boleh ambil beberapa langkah yang boleh mengurangkan tahap keterukannya dan durasi episod colic, mengawal stress anda dan tingkatkan keyakinan ibu ayah dalam hubungan ibubapa-anak.
Tanda-tanda Colic Pada Bayi
Menurut Pusat Perubatan Univesiti Maryland, satu-satunya tanda bayi itu sakit colic adalah apabila bayi menangis selama tempoh 3 jam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
Bayi akan menunjukkan tanda-tanda jelas yang dia dalam keadaan yang tidak selesa. Contohnya tubuh badan yang sentiasa tegang dan dia akan mengetatkan kedua-dua tangan seperti tengah menahan sakit.
Masalah bayi perut kembung, keras dan sembelit yang teruk boleh menyumbang kepada sakit colic.
Apabila bayi anda menangis, dia akan menelan udara dengan lebih banyak dan menyebabkan keadaannya menjadi lebih teruk. Jika anda seorang ibu yang menyusu badan, ibu haruslah menjaga pemakanan anda dan elak daripada makan makanan pedas serta makanan yang boleh menyebabkan badan berangin, supaya tidak menjejaskan susu ibu sekaligus membawa kepada masalah colic pada anak.
Berikut adalah tanda-tanda sakit colic pada bayi yang ibu ayah patut tahu:
- Kerap menangis berpanjangan yang boleh jadi lebih ke arah menjerit atau menunjukkan tanda sakit
- Menangis tanpa sebab yang pasti, tidak seperti menangis untuk menunjukkan rasa lapar atau perlu menukar lampin
- Kecerewetan yang melampau walaupun selepas berhenti menangis
- Timing yang boleh dijangka, dengan beberapa episod yang sering berlaku pada waktu petang ke malam
- Perubah warna wajah, seperti kulit kemerahan atau blushing
- Tubuh tegang seperti menarik atau kaki dan lengan mengeras, menggengam tangan, badan melengkok ke belakang atau abdomen tension.
Cara Hilangkan Kembung Perut Bayi
Tapi sekarang anda tak perlu risau lagi. Ada jalan penyelesaian untuk ketiga-tiga masalah kembung perut, sembelit dan colic yang melanda bayi anda itu. Cara mudah tanpa makan ubat ialah dengan melakukan senaman basikal! Ini cara mengatasi kembung perut pada bayi:
- Baringkan bayi dan angkat kakinya ke perut untuk memaksa udara keluar melalui dubur.
- Gerakkan kaki bayi seperti dia sedang mengayuh basikal beberapa kali kemudian angkat kakinya ke perut semula.
- Ulang beberapa kali dan tunggu bunyi kentut ataupun letupan najis (hahaha!)
Ini adalah kaedah tanpa ubat yang ibu boleh cuba gunakan untuk melegakan masalah perut masuk angin pada bayi.
Biarpun masalah perut bergas, bayi yang belum membuang air besar untuk beberapa hari, ataupun sakit colic, ini satu-satu cara yang berkesan dan boleh memberi kelegaan yang cepat.
Lagi satu cara ialah dengan sapukan minyak telon atau balm hangat pada kawasan perut, belakang badan dan keting bayi anda. Teknik ini juga terbukti untuk segelintir parents dalam meredakan simptom colic dan melegakan kembung perut pada bayi.
Antara minyak telon yang diyakini selamat dan berkesan digunakan pada si kecil adalah Mama’s Choice Baby Calming Tummy Oil. Ianya diperbuat daripada bahan semulajadi minyak Nutmeg, minyak Lavender, minyak kelapa, minyak Chamomile dan minyak zaitun yang terbukti mampu melegakan kembung perut, mengurangkan gangguan pencernaan dan mengurangkan simptom colic pada bayi.
Parents juga tidak perlu risau kerana minyak ini dirumus menggunakan formulasi vegan dan tidak melakukan ujian terhadap binatang. Jadi, and boleh yakin bahan-bahannya adalah selamat untuk kulit sensitif si kecil.
Untuk pilihan minyak telon yang lebih lagi, anda boleh rujuk pada artikel minyak telon terbaik untuk bayi kembung atau colic ini, ya!
Tapi sebelum anda mencuba sebarang petua, rujuk kepada doktor dulu untuk pengesahan.
Jika keadaan bayi anda bertambah serius sehingga menunjukkan tanda-tanda seperti demam, ruam atau darah dalam najis, ibu bapa perlu membawa anak untuk berjumpa doktor dengan segera.
Tonton video di bawah untuk mencuba. Semoga anak anda rasa lega selepas ini!
Semoga masalah perut masuk angin bayi anda dapat dikurangkan dengan segera supaya ibu dan ayah dapat tidur nyenyak kembali pada waktu malam. Bayi pun akan jadi lebih selesa dan ceria!
Selamat mencuba.
Sumber: Livestrong
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Gripe Water Untuk Masalah Colic Dan Perut Kembung, Selamat Atau Tidak?
Baca juga: Bayi Selalu Meragam Sebab Kembung? Ini 9 Petua Legakan Bayi Kembung Perut
Baca juga: Kenali 5 Makanan Penyebab Kembung Di Kalangan Bayi, Jangan Salah Beri!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!