X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

10 Perkara Yang Kita Mungkin Tidak Tahu Tentang Susu Ibu

4 min bacaan
10 Perkara Yang Kita Mungkin Tidak Tahu Tentang Susu Ibu

Seorang saintis, Katie Hinde, berkongsi 10 perkara yang kita mungkin tidak tahu tentang susu ibu dan bagaimana kajian yang ada sekarang masih tidak mencukupi untuk lebih memahami cecair yang berharga ini.

Proses penyusuan badan seorang ibu kepada anak kecilnya merupakan satu proses semulajadi yang indah. Hari ini, kita sering diberikan pelbagai informasi tentang kepentingan dan keajaiban susu ibu.

Namun, adakah anda tahu semuanya tentang susu yang sangat berharga ini? Di sini, kami akan kongsikan beberapa perkara yang kita mungkin tidak tahu tentang susu ibu.

Seorang saintis dari Arizona State University, Katie Hinde, ada berkongsi beberapa fakta menarik tentang susu badan ibu dan betapa pentingnya ia dalam hidup seseorang bayi. Perkara ini telah dikongsi semasa ceramahnya yang disampaikan ketika sesi TEDWomen Talk di Amerika Syarikat.

Tonton video di bawah ini jika anda ingin mendengar ucapannya dan mengetahui lebih lanjut tentang perkara yang kita mungkin tidak tahu tentang susu badan ibu.

Nilai Susu Ibu Yang Semakin Dipandang Remeh oleh Orang Ramai

Katie memulakan ucapannya dengan menyatakan bahawa seseorang ibu itu memerlukan masa dan tenaga yang banyak untuk mengeluarkan susu dari badannya. Bagi dia, ramai orang telah mengambil ringan tentang nilai susu badan ibu pada hari ini.

Malah, ada golongan suami dan orang terdekat yang tidak memberikan sokongan kepada para ibu yang menyusu badan. Apabila ia adalah sesuatu benda yang kita sering lihat, amat mudah untuk perkara tersebut dipandang remeh.

Kepentingan Kajian Tentang Kandungan Khasiat dalam Susu Ibu

Sebagai seorang saintis, Katie Hinde telah menjalankan beberapa kajian tentang penyusuan badan. Kajian ini dibuat untuk lebih memahami betapa kompleksnya susu ibu dan bagaimana ia memberi impak besar dalam perkembangan dan tumbesaran bayi serta kanak-kanak.

10 Perkara yang Kita Mungkin Tidak Tahu Tentang Susu Ibu

pumping breast milk

Source: Whattoexpect.com

Berikut merupakan beberapa perkara yang mungkin kita tidak tahu tentang susu ibu sebelum ini, namun telah dibuktikan oleh hasil kajian yang dijalankan oleh para pengkaji sains tulen dan sains sosial.

  • Bayi hidup dengan selamat dan sihat apabila diberi susu ibu kerana ia adalah diet lengkap yang membina blok-blok sel dalam badan mereka.
  • Susu badan ibu membantu perkembangan otak si kecil.
  • Bayi dapat melakukan pelbagai aktiviti harian dengan baik hasil daripada susu badan ibu.
  • Susu badan ibu bukan sahaja penting untuk bayi, malah untuk mikrob yang hidup dalam perut bayi.
  • Susu badan ibu membekalkan faktor imun yang membantu melawan kuman dan virus dalam badan bayi.
  • Susu badan ibu juga membekalkan hormon yang menghantar isyarat dalam badan bayi.
  • Kajian terbaru ada menunjukkan yang susu ibu bukan sahaja membantu perkembangan fizikal bayi, malah membentuk tingkah laku dan perkembangan neuron bayi.
  • Kajian pada 2015 membuktikan susu badan ibu yang bercampur dengan air liuar bayi boleh menghasilkan tindak balas kimia yang mampu membunuh bakteria Staph dan Salmonella.
  • Tahukah anda yang badan ibu juga mampu menghasilkan kandungan susu yang berbeza untuk jantina anak yang berbeza! Jadi, nutrien susu dari ibu yang sama boleh jadi berbeza apabila dia menyusukan anak yang berbeza.
  • Susu badan ibu boleh menjadi penghalang kepada penyakit dalam persekitaran, ekologi atau komuniti yang diserang wabak.

Masih Kurang Kajian Sains Tentang Susu Ibu Berbanding Topik Lain

Menurut Katie Hinde dalam video TED Talk ini lagi, terlalu banyak kajian tentang pelbagai aspek sains tetapi apabila ia berkenaan dengan susu badan ibu, masih terlalu sedikit jumlahnya apabila dibandingkan dengan aspek atau isu lain.

Malah menurutnya, kajian tentang kopi dan tomato melebihi jumlah kajian tentang susu badan ibu!

Beliau menambah, ia adalah amat malang sekali apabila kita tidak mencari peluang untuk lebih mengkaji dan memahami cecair pertama yang kebanyakkan daripada kita minum sebaik sahaja dilahirkan di dunia ini!

Kajian Susu Ibu Penting Supaya Formula Susu yang Betul Dapat Dihasilkan Bagi Membantu Ibu yang Tidak Mampu Menyusu Badan Anak

importance of breast milk

Source: Motherforlife.com

Stories Rakan Kongsi
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!

Beliau mengakhiri ceramahnya dengan menyatakan:

“Kajian ini bukan semata-mata untuk menghantar mesej kepada para ibu dan pembuat polisi.   Ia juga adalah untuk memahami apakah nutrien yang penting yang terdapat dalam susu ibu supaya kita boleh terus menghasil dan membekalkan formula susu yang lebih baik kepada para ibu yang tidak dapat menyusukan anak di atas apa sahaja sebab. Kita semua boleh melakukan lebih daripada ini, dalam memberikan sokongan kepada pelbagai jenis ibu yang membesar dan menjaga anak mereka dalam pelbagai jenis cara!”

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • 10 Perkara Yang Kita Mungkin Tidak Tahu Tentang Susu Ibu
Kongsikan:
  • Popsicle Susu Ibu - Trend Penyusuan Terbaru Yang Merisaukan Para Doktor

    Popsicle Susu Ibu - Trend Penyusuan Terbaru Yang Merisaukan Para Doktor

  • Botol Susu atau Storage Bag? Yang Mana Lebih Baik?

    Botol Susu atau Storage Bag? Yang Mana Lebih Baik?

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Popsicle Susu Ibu - Trend Penyusuan Terbaru Yang Merisaukan Para Doktor

    Popsicle Susu Ibu - Trend Penyusuan Terbaru Yang Merisaukan Para Doktor

  • Botol Susu atau Storage Bag? Yang Mana Lebih Baik?

    Botol Susu atau Storage Bag? Yang Mana Lebih Baik?

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.