X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

12 Langkah Urut Bayi Yang Sembelit & Muak Susu, Barulah Si Kecil Selesa!

7 min bacaan
12 Langkah Urut Bayi Yang Sembelit & Muak Susu, Barulah Si Kecil Selesa!

Anda pernah tak buat urutan pada tubuh bayi ketika mereka sembelit atau kolik? Cara urut bayi yang betul dapat membantu si kecil rasa lebih selesa, tidur nyaman dan cerdas setiap hari!

Bayi sering alami muak susu (kolik) dan sembelit  masalah aliran susu atau saluran usus sekaligus menyebabkan bayi rasa kurang selesa. Untuk membantu kalian, hari ini kami di theAsianparent Malaysia akan mengajar anda cara urut bayi yang betul supaya dapat mengurangkan ketidakselesaan ini. 

Pada peringkat terakhir kolik, bayi akan menangis lebih dari tiga jam sehari atau setiap minggu. Sekaligus, ia menimbulkan tekanan dari pelbagai sudut sama ada kepada bayi atau ibu bapa.

Sebelum urut bayi, perhatikan tanda-tanda sembelit seperti perut keras, menangis sebelum berak, kekeringan (najis keras) dan kurang membuang najis dalam seminggu. 

Isi Kandungan

  • 12 cara urut bayi
  • Apa itu sembelit bayi?
  • Mengapa bayi sembelit
  • Tanda-tanda anak sembelit
  • Tip kurangkan sembelit
  • Manfaat mengurut
  • Penggunaan gripe water
  • Jangan ambil mudah!

12 cara urut bayi kolik dan sembelit, jom kita cuba!

cara urut bayi, cara mengurut anak, cara mengurut bayi, cara urutan badan bayi, cara urut tubuh si manja, mengurut anak, urut bayi, tips urut bayi, kaedah urutan pada bayi, cara-cara mengurut tubuh bayi

Kredit : In life health care

Walaupun sembelit dan kolik sering mencetuskan rasa panik anda, namun ia adalah normal. Akan tetapi, apa yang boleh anda lakukan adalah dengan cuba cara urut bayi yang berkesan ini supaya bantu ketidakselesaan si kecil. 

Cara urut bayi ini merupakan sesuatu yang baik kerana ia dapat melegakan gas perut dan membantu pergerakan najis bayi. 

  1. Letakkan bayi dalam posisi berbaring dengan tubuhnya menghadap anda.
  2. Semasa mengurut, fikirkan perut bayi seperti jam dengan kedudukan jam 12 di atas bahagian perut dan jam 6 di pangkal paha serta jam 3 dan 9 di kiri kanan. 
  3. Gunakan hujung jari anda, dan perlahan-lahan lingkari kepala bayi. Kekalkan hubungan mata dan cari tanda atau isyarat bayi gembira untuk anda teruskan urutan. 
  4. Ambil sedikit minyak bayi dan letakkan sejumlah kecil di telapak tangan. Gosok tangan bersama minyak tersebut bagi menghasilkan haba terutama sekitar hujung jari. 
  5. Letak tangan kanan ke perut bayi dan perlahan-lahan licinkan tangan ke arah pangkal paha. Ulangi gerakan dengan tangan kiri sehingga anda mendapat gerakan ‘roda air’. 
  6. Seterusnya, letak ibu jari di tengah perut bayi dan luncurkan tangan ke arah pinggang. Pastikan tindakan anda tegas tapi penuh kelembutan. 
  7. Mulakan dengan ‘gerakan matahari’ iaitu tangan kiri berada di kedudukan jam 7. Kemudian ratakan telapak tangan dan gosok bulatan di sekitar perut yang berakhir pada jam 7.
  8. Bergerak ke ‘gerakan bulan sabit’ Dengan tangan kanan bermula pada jam 12 dan gerak di sekitar perut dan berakhir pada jam 6.
  9. Langkah seterusnya, gabungkan kedua-dua gerakan bulan dan sabit bulan dengan tangan kiri melakukan gerakan matahari, sementara tangan kanan lakukan bulan secara serentak.
  10. Untuk legakan perut pada kes kolik, tahan pergelangan kaki bayi dan urut perlahan. 
  11. Seterusnya perlahan-lahan tekan lutut ke arah perut dan tahan kira-kira lima saat. Ulang beberapa kali.
  12. Akhir sekali, letakkan kedua telapak tangan pada perut bayi selama beberapa saat. Selesai. 

Cara urut bayi ini berkesan untuk memulihkan kolik dan sembelit si kecil. Tapi ia juga mewujudkan masa yang istimewa untuk ibu dan bayi dengan penjagaan yang penuh kasih sayang. 

cara urut bayi, cara mengurut anak, cara mengurut bayi, cara urutan badan bayi, cara urut tubuh si manja, mengurut anak, urut bayi, tips urut bayi, kaedah urutan pada bayi, cara-cara mengurut tubuh bayi

Apa itu sembelit bayi?

Sembelit biasanya berlaku kepada bayi yang baru mula makan makanan pepejal. Sembelit ialah masalah untuk membuang najis yang biasanya terjadi tidak kira usia. Najis biasanya akan menjadi keras, kering dan lebih berbau busuk.

Jika bayi kelihatan seperti tidak selesa atau sentiasa menangis periksa lah perut mereka. Sebagai ibu ayah perlu mengambil perhatian sekiranya bayi anda kurang membuang dan najisnya menjadi keras. Bukan itu juga, cuba perhatikan jika terdapat darah ketika membuang najis. Pasti bayi anda sedang mengalami masalah sembelit.

Ibu, anda perlu segera bertindak sekiranya bayi anda berkelakuan seperti itu kerana mereka tidak tahu untuk meluahkan kesakitan yang dirasainya. Masalah sembelit di kalangan bayi adalah bersifat sementara dan bukan masalah yang serius.

Namun, ia juga tetap mencetus kebimbangan di kalangan Ibu jika masalah ini terjadi kepada bayi anda.

Mengapa bayi boleh sembelit?

Masalah sembelit di kalangan bayi biasanya terjadi. Antara sebab masalah sembelit di kalangan bayi ialah:

fiber-food

1# Kurang pengambilan makanan serat

Kurang mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran akan menyebabkan masalah sembelit. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah makanan yang mempunyai serat yang tinggi.

Contoh makanan yang berserat tinggi yang sesuai untuk bayi anda ialah buah naga, avocado, betik, brocoli dan sayuran lain. Jangan lupa berikan bayi anda minum air kosong selepas makan.

2# Tukar susu

Tukar susu formular bayi juga merupakan antara sebab terjadinya sembelit. Jika masalah ini terjadi kepada bayi anda selepas tukar susu mereka cuba cairkan sedikit susu tersebut dan lihat perubahan pada bayi anda.

Jika masih sama dan tiada perubahan, ini bermaksud susu formula tersebut tidak sesuai dengan bayi anda. Cara terbaik tukar semula susu yang sesuai dengannya.

3# Banyakkan minum air kosong

Beri bayi anda minum air kosong selain susu air kosong juga merupakan bahan terpenting yang diperlukan dalam badan. Air kosong mempunyai banyak fungsi dalam badan selain memberikan oksigen dalam tubuh kita.

Cuba gunakan gelas atau botol yang menarik supaya anak lebih suka untuk minum air kosong. Lama kelamaan pasti mereka akan terbiasa untuk minum air kosong tanpa disuruh dan terpaksa.

Namun begitu, mesti ingat ya, hanya bayi 6 bulan ke atas sahaja boleh minum air kosong. 

Tanda-tanda anak sembelit

Sembelit bukan sahaja sukar untuk membuang air besar tetapi buang air besar dengan najis keras, najis berdarah ketika pada najis juga antara masalah sembelit. Tanda-tanda anak sembelit yang perlu ibu dan ayah tahu ialah:

  • Perubahan tingkah laku – contohnya bayi terlalu meneran ketika membuang air besar, menangis tidak tahu punca dan mengambil masa lama
  • Perut mengeras – sekiranya bayi anda sembelit perutnya akan mengeras untuk memastikannya ibu sila periksa perut bayi anda
  • Kurang selera makan dan tidak mahu menyusu – Bayi anda mungkin akan menjadi kurang selera makan jika mereka mengalami sembelit

Tips lain untuk kurangkan bayi sembelit

  • Lakukan senaman dan urutan
  • Elak dari menahan untuk membuang air besar
  • Perbanyakkan minum air
  • Ubah tabiat pemakanan ibu
  • Untuk ibu, kurangkan minuman berkafein
  • Elak makan makanan yang menyebabkan kembung atau gas

Manfaat mengurut bayi ibu perlu tahu

12 Langkah Urut Bayi Yang Sembelit & Muak Susu, Barulah Si Kecil Selesa!

Antara beberapa manfaat mengurut bayi ialah:

  • Membantu meningkatkan tumbesaran bayi
  • Membuat bayi berasa tenang, keadaan otot menjadi lebih relak
  • Membantu mengurangkan masalah sembelit
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Meningkatkan berat badan
  • Tingkat rangsangan sentuhan antara bayi dan ibu

Adakah penggunaan gripe water selamat untuk bayi perut kembung?

Gripe water ialah ubat yang digunakan untuk bayi ketika mengalami masalah perut kembung, menghilangkan sedu dan ubat untuk sakit gusi semasa bayi tumbuh gigi.

Antara bahan yang terdapat di dalam gripe water ialah, natrium bikarbonar, halia, adas, likuoris, kayu manis, air jintan, bunga chamomile, kapulaga, peppermint dan lemon. 

Gripe water selamat digunakan untuk bayi, keberkesanannya juga diperkatakan dari mulut ke mulut. Buat ibu baru yang mengalami masalah ini boleh cuba gripe water untuk bayi anda.

Perlu diingatkan, beri water gripe mengikut sukatan yang diberikan. Dapatkan nasihat doktor anda jika tidak pasti.

Jangan ambil mudah!

Sembelit di kalangan bayi boleh menjadi lebih teruk dan menyakitkan jika tidak dirawat. Sebagai ibu ayah, anda perlu memastikan keadaan dan pemakanan bayi teratur.

Segera dapatkan rawatan dan pemeriksaan doktor jika anda berasa bimbang dapatkan kepastian daripada doktor adalah lebih baik.

Jika melihat simptom atau tanda lain seperti demam segera berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan selanjutnya.

Semoga perkongsian ini membantu anda!

1.BMJ Journal (n.d.). Intussusception in a 7-week-old baby https://Intussusception in a 7-week-old baby | BMJ Case Reports

2.Gripe Water for Newborns and Babies Donaldson-Evans https://www.whattoexpect.com/first-year/gripe-water

3.Warini, E. (2014). Hubungan Antara Pemberian Makanan Pendamping Asi (Mp-Asi) Dini Dengan Kejadian Konstipasi Pada Bayi Umur 4-6 Bulan.

Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ini Kelebihannya Jika Anda Urut Bayi Sebelum Kena Cucuk Atau Ujian Darah – Kajian

Baca juga: Minyak Bayi Terbaik Untuk Masalah Perut Kembung, Buat Anak Rasa Lebih Lega & Selesa!

Baca juga: Buah Untuk Bayi 6 Bulan, Tinggi Kandungan Serat & Vitamin Elak Si Manja Sembelit

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • 12 Langkah Urut Bayi Yang Sembelit & Muak Susu, Barulah Si Kecil Selesa!
Kongsikan:
  • Mengucap Panjang Lihat Pengurut Ini Urut Bayi Sebegitu! Selamat Ke?!

    Mengucap Panjang Lihat Pengurut Ini Urut Bayi Sebegitu! Selamat Ke?!

  • Jika Betul Teknik Urutan Bayi Boleh Beri Banyak Manfaat Pada Badannya!

    Jika Betul Teknik Urutan Bayi Boleh Beri Banyak Manfaat Pada Badannya!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Mengucap Panjang Lihat Pengurut Ini Urut Bayi Sebegitu! Selamat Ke?!

    Mengucap Panjang Lihat Pengurut Ini Urut Bayi Sebegitu! Selamat Ke?!

  • Jika Betul Teknik Urutan Bayi Boleh Beri Banyak Manfaat Pada Badannya!

    Jika Betul Teknik Urutan Bayi Boleh Beri Banyak Manfaat Pada Badannya!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.