Sembelit adalah masalah yang sering dialami ibu ayah bila anak sudah mula makan makanan pejal. Selain perubahan diet, boleh jadi salah satu punca anak sembelit disebabkan pertukaran susu ibu kepada susu formula. Jadi, penting untuk memilih susu untuk bayi sembelit.
Bukan itu sahaja, perubahan tabiat anak tidak lagi memakai pampers membuatkan mereka suka menahan najis juga menyumbang kepada masalah sembelit.
Namun begitu, ibu ayah tidak perlu bimbang kerana masalah sembelit boleh dirawat di rumah jika anak baru sahaja mengalami sembelit. Jadi, bagaimanakah cara untuk mengatasinya?

Pentingnya Pemilihan Susu Untuk Bayi Sembelit
Sembelit terjadi apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan sukar membuang najis sehingga terpaksa meneran. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit.
Setiap orang pernah mengalami sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya ia disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak baik. Bagi bayi pula, sudah pasti ia berkaitan dengan perubahan makanan pejal dan susu.
Jadi, pemilihan susu boleh membantu dalam mengatasi masalah anak sembelit. Ini kerana susu adalah keperluan utama untuk bayi di bawah usia dua tahun. Tidak dinafikan susu ibu adalah yang terbaik tetapi jika anak sudah mula berusia setahun, ibu dah boleh tukar kepada susu formula tau!
Disebabkan itu, pemilihan susu formula amat penting bagi memastikan anak kenyang kerana susu tinggi kalori. Kali ini kami kongsikan pilihan susu untuk bayi sembelit yang mungkin boleh membantu ibu ayah di luar sana untuk pencarian susu si manja. Jadi apakah pilihan susu yang sesuai untuk anak anda?
Kenali Tanda Anak Sembelit

Bagi ibu ayah yang baru menimang cahaya mata, mungkin anda agak keliru untuk tentukan sama ada bayi sembelit atau sebaliknya.
Jadi ini antara tanda anak anda mungkin ada sembelit:
Reaksi muka sedang meneran
Sekiranya bayi seperti meneran ketika ingin membuang air besar, namun hanya sedikit sahaja najis yang keluar, ini berkemungkinan dia sedang menghadapi masalah sembelit.
Perut kembung
Bagi memastikan bayi mengalami masalah sembelit, ibu-ibu dinasihatkan memeriksa keadaan perut bayi. Jika ia kembung dan terasa agak keras, ia petanda anak berdepan dengan masalah sembelit.
Kurang buang air besar
Kekerapan membuang air besar oleh bayi selalunya tidak tetap setiap hari. Sekiranya bayi anda sudah beberapa hari tidak buang air besar dan diiringi dengan najis yang keras, dia mungkin sedang mengalami masalah sembelit.
Darah pada najis
Jika ibu perasan ada darah pada najis bayi, ini menandakan bahawa bai telah meneran dengan kuat untuk mengeluarkan najis tersebut sehingga telah mencederakan bahagian duburnya.
Enggan menyusu atau makan
Bayi anda mungkin berasa cepat kenyang, tidak mahu makan ataupun menyusu disebabkan perut yang sudah penuh.
7 Pilihan Susu Untuk Bayi Sembelit Terbaik
Kami kongsikan 7 pilihan susu untuk bayi sembelit yang boleh membantu ibu ayah mengatasi masalah anak sembelit dengan segera.
[product-comparison-table title="7 Pilihan Susu Untuk Bayi Sembelit"]
Novalac IT
Terbaik untuk masalah sembelit

Susu Novalac IT adalah antara susu yang menjadi pilihan ibu bapa. Ia diformulasikan khas untuk bayi yang mempunyai masalah sembelit dan kembung perut. Ini kerana mengandungi campuran nutrien yang lengkap untuk membantu melancarkan pergerakan makanan melalui usus bayi. Sesuai untuk bayi berusia 0-12 bulan.
Apa yang kami suka?
- Mengurangkan sembelit.
- Mempercepatkan pergerakan najis di dalam usus.
- Unik dan telah disesuaikan untuk menyelesaikan masalah kecil bayi yang minum susu formula.
- Susu formula untuk bayi sembelit ini mempunyai khasiat lengkap dengan nutrien penting diperlukan di manja.
- Dibuat daripada susu segar yang dihasilkan dari ladang-ladang yang terpilih.
Dumex Mamil
Terbaik meningkatkan pergerakan usus

Dumex Mamil diformulasikan untuk membantu mengekalkan persekitaran usus anak dengan sihat. Ini kerana, susu ini mengandungi prebiotik iaitu sejenis serat makanan yang dapat mengelakkan anak mengalami sembelit berulang kali. Bukan itu sahaja, Dumex Mamil tidak mengandungi sukrosa dan mengandungi tahap DHA yang tinggi. Sesuai diminum untuk anak berusia satu hingga tiga tahun.
Apa yang kami suka?
- Mengandungi prebiotik yang membantu meningkatkan pergerakan usus.
- Menyokong lapisan perlindungan usus yang lebih kuat.
- Menggalakkan najis yang lebih lembut untuk anak anda.
- Meningkatkan bilangan bakteria baik.
Frisolac Comfort
Terbaik untuk masalah pencernaan ringan

Susu bayi Frisolac Comfort adalah satu lagi susu rumusan khas untuk bayi yang mempunyai masalah pencernaan ringan seperti muntah, sakit perut dan sembelit. Mengandungi kandungan seperti gam kacang carob, sejenis serat yang memekatkan susu dan melegakan gejala muntah, sembelit dan sakit perut pada bayi. Boleh digunakan seawal bayi baru lahir.
Apa yang kami suka?
- Buatan Belanda.
- Sesuai untuk bayi berusia dari 0 hingga 12 bulan.
- 0% sukrosa dan perisa tambahan.
- Susu khas dengan NOVAS ini mempunyai tekstur yang halus dan ringan.
- Menggunakan teknologi LocNutri™ supaya pemakanan terkawal.
- Kaya dengan DHA, Omega 3, Pro & Pre Biotics, Protein, Vitamin dan banyak lagi.
Similac Total Comfort
Terbaik untuk melembutkan najis bayi

Walaupun jumlah DHA dalam susu formula adalah penting, penyerapan DHA memainkan peranan yang sama pentingnya. Justeru, susu bayi Similac Total Comfort Plus ini diformulasikan dengan rumusan UVOB untuk menyokong pengekalan DHA maksimum. Kajian mendapati bahawa susu formula tanpa UVOB mempunyai kehilangan DHA dalam najis yang lebih tinggi. Kandungan campuran minyak sayuran unik di dalam susu ini membantu melembutkan najis dan membuatkan si manja tidak lagi sembelit.
Apa yang kami suka?
- Susu formula bayi yang mudah dihadam dan lembut.
- Sesuai untuk bayi yang sukar serasi dengan formula berasaskan susu lain.
- Terbaik untuk mengatasi masalah sensitivit bayi terhadap laktosa.
Snow Neobaby
Terbaik untuk sistem pencernaan bayi

Lengkap dengan nutrien yang diperlukan, susu Neo Baby dari Snow buatan Australia ini mengandungi oligosakarida (Galactosyllactose) yang mempunyai dua fungsi iaitu menggalakkan pertumbuhan Bifidobacteria dalam usus untuk sistem pencernaan yang sihat dan membantu mengurangkan sembelit pada bayi.
Apa yang kami suka?
- Sesuai untuk bayi untuk bayi berumur 0-9 bulan.
- Mengandungi Oligosakarida (Galactosyllactose)
- Membantu mengurangkan sembelit pada bayi
Enfalac A+ Gentlease
Terbaik untuk bayi yang mempunyai perut sensitif

Susu Enfalac A+ Gentlease ini membantu melengkapkan nutrien seimbang yang diperlukan untuk kanak-kanak. Ia adalah susu formula bayi dengan protein terhidrolisis separa untuk bayi berusia 0-12 bulan.
Apa yang kami suka?
- Mengandungi 360º DHA PLUS menyediakan nutrisi seimbang.
- Menggunakan teknologi PHP (Protein Hydrolyzation Process).
- Membantu sistem pencernaan dengan baik.
- Mengurangkan masalah sembelit.
Nestle Nan Lactose Free
Terbaik sebagai pelengkap nutrisi bayi

Formula NAN® Lactose Free sesuai untuk bayi dirumus khas untuk membantu keperluan nutrisi bayi yang mengalami intoleransi laktosa dan cirit-birit. Ia boleh digunakan dari lahir hingga 36 bulan. Susu ini diformulasi khas untuk bayi yang mempunyai alahan terhadap laktosa. Ia mengandungi probiotik Lactobacillus untuk membantu memperbaiki fungsi usus dan mengurangkan risiko sembelit.
Apa yang kami suka?
- Susu terbaik untuk bayi
- Sesuai untuk bayi yang mempunyai alahan terhadap laktosa
- Membantu menambah keperluan nutrisi bayi
- Mengurangkan risiko sembelit.
Jenama |
Harga |
Berat |
Novalac |
RM62.00 |
800g |
Mamil |
RM34.90 |
600g |
Frisolac Comfort |
RM51.50 |
400g |
Similac total comfort |
RM68.99 |
820g |
Snow Neobaby |
RM92.99 |
900g |
Enfalac A+ Gentlease |
RM56.60 |
370g |
Nestle Nan Lactose Free |
RM22.00 |
400g |
Diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak membantu ibu ayah dalam memilih susu yang tepat untuk mengatasi masalah anak sembelit pada peringkat awal.
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.theAsianparent Malaysia
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia
Baca juga: Si Manja Kerap Mengalami Sembelit, Doktor Kongsi Petua Mudah Bagi Mengatasinya
Baca juga: Bayi Sembelit, Apa Puncanya & Bagaimana Cara Mengatasi Bayi Sembelit
Baca juga: 5 Cara Ini Berkesan Untuk Legakan Anak Yang Sembelit