Pemilihan kasut sangat penting kerana ia merupakan pelindung kaki dan memberi keselesaan untuk melakukan sesuatu aktiviti. Pemilihan kasut yang tidak sesuai dengan kaki anda boleh menyebabkan mudah cedera dan tidak selesa, jadi disebabkan itulah ibu hamil perlukan kasut ibu mengandung ini.
Ramai wanita gemar memakai kasut tumit tinggi namun bagaimana pula dengan ibu mengandung, adakah mereka boleh memakai kasut tumit tinggi?
Panduan Memilih Kasut Ibu Mengandung
Sebagai langkah keselamatan, elakkan daripada memakai kasut tumit tinggi bagi mengelakkan risiko terjatuh. Terjatuh semasa hamil bukan sahaja boleh menyakitkan ibu, tetapi juga membahayakan kandungan. Jadi, fikir dua kali sebelum ibu bercadang memakai kasut tumit tinggi ya?
Ini antara panduan memilih kasut yang sesuai untuk para ibu hamil supaya selesa menjadikan postur badan lebih seimbang.
- Tapak anti-licin – Ibu perlu menitik beratkan pemilihan kasut yang mempunyai tapak yang tidak licin. Ini bagi mengelakkan ibu mudah tergelincir semasa berjalan.
- Bertapak rendah dan rata – Sekiranya ibu membuat keputusan untuk membeli kasut sebegini, ia lebih bagus dan selamat terutama apabila usia kandungan mencecah trimester ketiga kerana ketika ini kebanyakan wanita hamil akan berasa sukar untuk menyeimbangkan badan ketika berjalan sekiranya mereka memakai kasut bertumit tinggi.
- Keselesaan – Kasut yang bertapak lembut dan bahagian insole yang lembut lebih selesa dipakai apabila berjalan. Jika perlu, ambil saiz yang lebih besar supaya ibu selesa memakai kasut tersebut. Semasa mencuba kasut, jalan beberapa kali supaya ibu benar-benar puas hati dengan keselesaan kasut tersebut.
- Slip on – Kasut jenis ini lebih mudah disarung berbanding yang bertali atau mempunyai cangkuk terutama apabila perut semakin membesar, ibu mungkin sudah tidak mampu untuk menunduk untuk mengikat tali kasut.
- Bergetah di bahagian belakang – Kalau ibu tak suka jenis kasut bersarung, ibu boleh pilih sandal yang bergetah di bahagian belakang supaya kulit di bahagian tumit tidak melecet malah ada sandal bertali getah boleh meregang mengikut saiz kaki kita. Jadi tidak ada masalah jika kaki ibu mengembang kerana bengkak.
- Jenis terbuka – Ia lebih baik kerana selain kaki semakin mengembang, kaki sebenarnya perlukan ruang udara yang cukup untuk bernafas dengan baik. Ibu apabila memasuki trimester ketika selalunya akan cepat rasa panas dan berpeluh, jadi kaki juga akan berpeluh. Kasut jenis terbuka lebih baik untuk menangani masalah ini.
8 Kasut Untuk Ibu Mengandung Terbaik Yang Cantik Dan Selesa
Kasut Ibu Mengandung
| Birkenstock Gizeh Vegan Birko Terbaik Jenis Flip Flop | | View Details | Beli di Shopee |
| Medifeet MC9042 Health Shoes Terbaik Jenis Bertutup | | View Details | Beli di Shopee |
| Crocs Women Shoes Terbaik Jenis Sandal | | View Details | Beli di Shopee |
| My Ballerine Eleanee Comfy Ballerina Terbaik Jenis Flat | | View Details | Beli di Shopee |
| Skechers Women GOWalk Flex Shoes Terbaik Pilihan Popular | | View Details | Beli di Shopee |
| BATA Zonic Women Black/ Purple Sneakers Terbaik Untuk Sukan | | View Details | Beli di Shopee |
| Dr. Cardin Women Pillow Foam Slip On Terbaik Tapak Lembut | | View Details | Beli di Shopee |
| Hawkwell Women's Slip On Terbaik Selesa Dipakai Lama | | View Details | Beli di Shopee |
Kasut Ibu Mengandung Terbaik Jenis Flip Flop
Birkenstock adalah jenama selipar dan kasut premium yang terkenal dengan tapak kaki gabus dan getah berkontur yang sangat selesa dipakai pengguna.
Jenama ini membuat sandal dan kasut yang dibuat dari kulit dan suede, serta reka bentuk mereka datang dalam gaya klasik, abadi dan dengan warna-warna hangat.
Salah satu sandal flip flop yang sesuai untuk ibu hamil adalah daripada siri Gizeh namun dalam sentuhan yang lebih elegan iaitu Gizeh Birko-Flower Birkibuc Women’s Regular Wide Sandals in Light Pink
Istimewa dengan gaya minimalis yang halus dan menampilkan sokongan alas kaki ikonik, versi ini menampilkan corak plain yang sesuai digayakan untuk apa-apa acara.
Tapak yang rata dengan insole ortopedik buatan tangan, semestinya jenama ini memberi keselesaan kepada si pemakai. Walaupun perlu berjalan atau berdiri dalam tempoh yang lama, ibu usah khuatir sandal ini tidak akan membuatkan kaki ibu sakit.
Meskipun harganya agak mahal, jika kita mempertimbangkan keselamatan ibu ketika memakainya serta keselesaan yang diberikan kepada kaki, harga ini agak wajar.
Apa yang kami suka?
- Bahagian atas diperbuat daripada bahan sintetik Birko-Flor yang mesra kulit dan tahan lasak.
- Alas kaki lateks gabus berbentuk anatomi
- Lapik alas kaki: microfiber
- Sole : EVA
Kasut Ibu Mengandung Terbaik Jenis Bertutup
Medifeet ialah pakar dalam kesihatan dan kesejahteraan kasut yang memerlukan penjagaan khas, termasuk kencing manis, artritis dan lain-lain jenis masalah kesihatan.
Menariknya, kasut Medifeet ini juga sesuai untuk kasut ibu mengandung online yang lembut untuk menampung berat badan yang makin meningkat serta kaki yang makin membengkak.
Kasut Medifeet adalah sangat selesa dan tahan lama. Konsep yang diterapkan oleh Medifeet adalah kasut yang selesa dan sihat, tetapi masih mampu bergaya dengan cantik.
Jika ibu mencari kasut kerja yang bertutup, ibu boleh memilih Medifeet MC9042 Health Shoe ini yang menyediakan sokongan tumit, kusyen tambahan dan kestabilan, serta melegakan sakit kaki dengan sokongan lengkung.
Kekuatan kasut kesihatan ini terletak pada alas di bahagian dalam setiap kasutnya. Ia dilapik menggunakan komposit khas dikenali ‘poron’ yang bebas sepenuhnya daripada getah dan PVC serta menepati ciri persekitaran hijau yang berfungsi untuk menyerap tekanan atau beban, sekali gus memudahkan pergerakan kaki ibu.
Apa yang kami suka?
- Menyerap kelembapan, jadi kaki tak mudah berpeluh
- Bertumit sedikit namun tumitnya lebar dan tidak terlalu tinggi.
- Poron dengan anti kejutan – Menyediakan anti-kejutan maksimum yang melindungi kaki daripada hentaman melampau.
- Mengurangkan sakit sendi, mengurangkan sakit tumit
- Boleh berdiri dan berjalan lama
Kasut Ibu Mengandung Terbaik Jenis Getah
Ramai yang gemar menggunakan kasut jenama Crocs kerana ia selesa dan tahan lasak malah tapaknya yang lembut dan ringan serta sokongan yang baik juga mengelakkan pemakai sakit kaki apabila berjalan jauh atau berdiri lama.
Kasut Crocs juga mempunyai pelbagai bentuk yang boleh disesuaikan dengan apa sahaja jenis pakaian dan fesyen. Untuk ibu hamil juga ia sangat selesa untuk digayakan seperti sandal Crocs Women ini!
Memanfaatkan teknologi keselesaan asal jenama itu, Croslite sepenuhnya pada sandal ini, ia menjadikan sandal ini bukan sahaja cantik digayakan malah ringan dan mudah untuk dipakai.
Apa yang kami suka?
- Rekaan yang ringkas namun masih cantik
- Mudah disarung
- Lembut dan ringan
- Pilihan warna yang menyeronokkan
Kasut Ibu Mengandung Terbaik Jenis Flat
My Ballerine mendapat inspirasi daripada wanita masa kini dan menawarkan gaya yang membantu wanita menjalani hari mereka dengan mudah termasuklah untuk wanita hamil.
Label ini adalah tentang mengubah keselesaan kepada produk harian yang bergaya dan boleh dipakai dengan kualiti yang luar biasa pada harga yang berpatutan.
Salah satu kasutnya ialah Eleanee Comfy Ballerina iaitu kasut jenis flat yang sangat cantik apabila dipakai. Boleh dipakai pada bila-bila masa ketika keluar membeli-belah atau menghadiri majlis keramaian, keselesaan yang dititikberatkan jenama ini juga membantu ibu hamil mendapatkan kasut yang diingini mereka.
Tapak kasutnya juga adalah daripada material getah yang anti-gelincir, jadi ibu dapat mengelakkan berlaku kejadian yang tak diingini. Bila tak licin, berjalan pun akan jadi lebih selesa buat ibu mengandung.
Apa yang kami suka?
- Harga yang berpatutan
- Kasut sarung dan bertapak rata memudahkan anda kerana tidak perlu untuk membongkokkan badan ketika memakainya.
- Rekaan yang comel sesuai untuk ibu-ibu muda
- Keselesaan terjamin
Kasut Ibu Mengandung Terbaik Pilihan Popular
Jenama terkemuka dalam teknologi kasut, Skechers sememangnya terkenal dalam kalangan peminatnya terutamanya di Malaysia dengan keselesaan yang optimum.
Siri GOWalk, dengan inovasi yang akan menjadikan pergerakan anda ketika berjalan kaki lebih mudah sepanjang hari turut dilengkapi bahan terbaik, ULTRA GO cushioning yang sangat ringan.
Pada bahagian luar kasut pula, ia dilengkapi dengan Flex Pillars direka untuk menjadikan setiap langkah pemakainya menjadi lebih cekap, nyaman dan mudah.
Menariknya lagi, pembuatan kasut ini juga turut mengambil kira cuaca di Malaysia jadi ibu tak usah risau kaki berpeluh ya?
Apa yang kami suka?
- Kolar berlapik lembut untuk keselesaan berganda.
- Rekaan slip on mudah untuk berjalan dalam tempoh lama.
- Lapisan panel tumit sintetik untuk kestabilan tambahan.
Kasut Ibu Mengandung Terbaik Untuk Sukan
BATA sememangnya satu jenama kasut yang terkenal di Malaysia sejak dari dulu lagi. Ia sememangnya popular dengan kasut yang selesa dan berkualiti. Dengan stail yang kontemporari dan klasik, koleksi Bata mempunyai variasi sepatu dan aksesori aktif untuk lelaki dan perempuan yang mana mempunyai rekaan yang versatil dan berbaloi selesa.
Kasut BATA Zonic jenis sniker untuk wanita ini dihasilkan dengan keselesaan yang berpanjangan tidak hanya ketika bersenam, tetapi juga sesuai untuk dipakai buat penggunaan harian.
Apa yang kami suka?
- Rekaan slip-on sniker mudah untuk disarung
- Material jenis boleh nafas
- Kasut yang ringan dan sangat selesa
Kasut Ibu Mengandung Terbaik Tapak Lembut
Pilihan yang ideal untuk ibu hamil yang memerlukan kasut yang selesa, menyokong, dan praktikal sepanjang tempoh kehamilan. Teknologi kusyen bantal memberikan keselesaan tambahan dan menyerap hentakan dengan baik. Jadi, ia dapat membantu mengurangkan tekanan pada kaki, lutut, dan pinggul yang semakin membesar.
Bukan sahaja menampilkan reka bentuk yang bergaya supaya ibu hamil tetap kelihatan anggun saat memakainya, malah dilengkapi dengan tapak anti-gelincir yang baik dan mengurangkan risiko tergelincir.
Apa yang kami suka?
- Tapak yang lembut dan selesa dipakai
- Reka bentuk menarik dan nampak anggun
- Menepati ciri-ciri keselamatan iaitu anti-gelincir
- Sesuai untuk dipakai semasa mengandung atau selepas bersalin
Perbandingan Harga Kasut Untuk Ibu Mengandung
|
Jenama |
Harga |
Birkenstock Gizeh Vegan Birko |
RM96.80 |
Medifeet MC9042 Health Shoes |
RM259.00 |
Crocs Women Shoes |
RM34.60 |
My Ballerine Eleanee Comfy Ballerina |
RM89.90 |
Skechers Women GOWalk Flex Shoes |
RM438.90 |
BATA Zonic Women Black/ Purple Sneakers |
RM139.00 |
Dr. Cardin Women Pillow Foam Slip On |
RM69.00 |
Hawkwell Women’s Slip On |
RM80.29 |
Impak Pemakaian Kasut Tumit Tinggi Ketika Hamil
Secara amnya, kasut tumit tinggi tidak digalakkan untuk ibu hamil kerana boleh menyebabkan sakit belakang dan sakit kaki, malah lebih teruk daripada itu. Dalam situasi biasa pun, penggunaan tumit tinggi sudah boleh mengubah postur badan dan tulang belakang anda apatah lagi dalam keadaan berbadan dua.
Walau bagaimanapun, pemakaian kasut tumit tinggi semasa trimester pertama tidak seharusnya menjejaskan kehamilan anda. Akan tetapi, semakin meningkat usia kandungan, dengan pertambahan berat dan kandungan, seharusnya anda perlu lebih menyeimbangkan badan, jadi dengan pemakaian kasut tumit tinggi hanya memburukkan lagi keadaan.
Memasuki trimester kedua, badan ibu hamil akan melepaskan hormon relaksin yang akan melonggarkan ligamen tubuh bagi membolehkan bayi anda melepasi pelvis dengan mudah. Ini juga bermakna pelvis, pinggul, dan sendi belakang anda cenderung untuk lari daripada kedudukannya. Tekanan tambahan pada sendi boleh menyebabkan sakit bahagian bawah di belakang.
Apabila ibu memakai kasut tumit tinggi, postur badan anda akan berubah sedikit, memberikan lebih banyak tekanan pada bahagian belakang badan, dan pada sendi lutut serta buku lali anda.
Ibu mungkin berasa tidak selesa apabila sudah dekat dengan due date. Malah ada juga ibu akan mengalami pening. Ini bermakna anda lebih cenderung untuk terjatuh semasa hamil, jadi memakai kasut tumit tinggi ketika ini sangat berisiko tinggi!
Bengkak pada kaki atau edema juga adalah simptom biasa terutamanya pada trimester ketiga anda. Ini akan menyebabkan kaki berasa tidak selesa jika memakai kasut tumit tinggi, terutamanya jika ibu berada di tempat kerja atau di acara keramaian.
Tip Melegakan Kaki Penat Ketika Hamil
Cramp atau kekejangan sering menyerang ibu hamil di bahagian kaki. Selain kekejangan, wanita hamil juga mudah berasa lenguh pada kaki terutamanya pada jika berjalan dalam tempoh yang lama.
Punca utama masalah ini adalah kerana kekurangan nutrien seperti magnesium, kalsium dan garam mineral serta kekurangan cecair dalam tubuh.
Selain itu, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ibu hamil mudah diserang lenguh kaki atau restless leg syndrome. Antaranya tekanan pada rahim, berdiri atau duduk terlalu lama, pemilihan kasut yang salah dan pengaruh hormon kehamilan.
Ibu boleh mencegahnya dengan melakukan beberapa tip di bawah;
-
Urutan – Apabila diserang kekejangan, luruskan dan gerak-gerakkan kaki serta hujung jari. Seeloknya pastikan hujung jari mengarah ke atas dan bahagian tumit pula mengarah ke bawah supaya otot betis berasa lega. Seterusnya, urut betis perlahan-lahan ke arah bahagian bawah kaki.
-
Rendaman air suam – Ibu juga boleh cuba rendamkan kaki dalam air suam atau gunakan alat tuaman panas. Perubahan suhu ini dapat menjadikan otot lebih relaks dan mengurangkan rasa sakit pada kaki.
-
Senaman regangan – Sejak mengandung, mungkin ibu-ibu berasa lebih sukar untuk bergerak dan cepat letih. Namun, tabiat ini tidak sepatutnya dibiarkan berterusan kerana kurangnya pergerakan boleh menjadikan anda cenderung diserang kekejangan dan lenguh-lenguh.
-
Betulkan postur – Pastikan postur sentiasa dalam keadaan optimum. Semasa duduk, elakkan tabiat melipat kaki supaya darah dapat mengalir ke bahagian kaki secara lebih menyeluruh. Ketika tidur, gunakan bantal tambahan agar tubuh berasa lebih selesa. Contohnya, letakkan sebiji bantal pada kaki untuk menopangnya.
-
Minum air kosong secukupnya – Sekiranya anda jarang mencukupkan keperluan air kosong sebanyak 8-12 gelas sehari, inilah masanya untuk anda berbuat demikian.
-
Utamakan diet seimbang – Kekurangan magnesium, kalsium, dan garam galian boleh menjadi punca utama anda sering merasa lenguh dan cramp kaki ketika hamil. Ubah gaya pemakanan anda kepada makanan yang bernutrisi tinggi, terutamanya kalsium dan magnesium. Lebihkan sayuran hijau, hasil tenusu, buah-buahan, dan gantilah snek yang tidak berkhasiat dengan kekacang seperti almond, badam, dan pistachio.
Semoga artikel ini bermanfaat!
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Boleh Ke Pakai Kasut Tumit Tinggi Masa Hamil? – Ini Panduan ‘Dress Code’ Untuk Bakal Ibu
Baca juga: Seksanya Sakit Belakang & Bengkak Kaki Ketika Hamil, Cuba 13 Tips Mujarab Ini!
Baca juga: Kaki Bengkak Ketika Hamil, Ini Punca & Cara Mengatasinya