Kehamilan membawa pelbagai perubahan pada diri wanita. Seiring pertambahan usia kandungan, ramai ibu mengakui rasa sakit belakang atau sakit urat belikat sehingga sukar tidur. Justeru ada beberapa cara hilangkan sakit belakang bagi membantu anda mengatasinya.
Tidak dinafikan bahawa sakit urat belikat, sakit telapak kaki atau lain-lain anggota adalah perkara normal terjadi pada ibu mengandung. Ia dianggap sebuah pengorbanan terbesar bagi mana-mana wanita sehinggalah tibanya detik kelahiran kelak.
Cara hilangkan sakit belakang ketika hamil
Walaupun sakit belakang ketika hamil ini adalah sesuatu yang biasa berlaku dalam kalangan wanita hamil tetapi ia tidak boleh dipandang remeh.
Jika dibiarkan sakit belakang atau sakit pinggang ini, ia boleh menganggu aktiviti dan mood para ibu. Malah menjejaskan kualiti tidur kerana anda terpaksa menahan sakit belakang ketika hamil di sepanjang malam.
Justeru ada beberapa cara sakit belakang yang boleh anda lakukan di rumah iaitu:
#1. Melakukan senaman ibu mengandung
Cara hilangkan sakit belakang terbukti berkesan adalah melalui senaman ibu mengandung yang ringan.
Senaman ibu mengandung amat digalakkan bagi membolehkan peredaran darah dalam tubuh berjalan lancar. Tetapi, syarat senaman untuk ibu mengandung adalah ringan dan sesuai dengan trimester kehamilan anda.
Sebagai contoh, anda boleh melakukan senaman ibu untuk ibu mengandung seperti kegel, senaman perut ataupun senaman yoga.
Senaman ibu mengandung ini dapat membantu meregangkan belakang badan anda. Yang penting, kena senaman yang ringan sahaja. Rujuk doktor anda sebelum melakukan sebarang aktiviti di rumah.
#2. Letakkan pad panas atau mandi dengan air panas
Gunakan pad panas dan letakkannya pada bahagian belakang badan untuk mengurangkan sakit belakang yang anda alami.
Ibu juga boleh mandi dengan air panas untuk melegakan sakit belakang badan tetapi jangan pula anda berendam dalam air panas ya.
Kami ada senaraikan heating pad terbaik di sini untuk membantu melegakan ketidakselesaan ibu.
#3. Amalkan postur yang baik
Ketika mengandung, pusat graviti sudah berubah ke depan, jadi anda akan mudah untuk jatuh ataupun kurang daya imbangan sekiranya tidak berhati-hati. Apa yang anda perlu buat untuk mengelakkan masalah sakit belakang ialah:
- Berdiri dengan tegak
- Pastikan bahu anda dalam keadaan rileks dan tenang
- Buka kaki sebesar bahu dengan ibu jari kaki lurus
#4. Guna bantal untuk sokong belakang badan
Cara menghilangkan sakit belakang ketika hamil yang seterusnya adalah menggunakan bantal kecil untuk menyokong bahagian belakang tubuh.
Selain itu, jika perlu anda juga boleh menukar tilam atau bantal khusus yang dapat melegakan sakit belakang ketika hamil. Penggunaan tali pinggang sokongan (maternity support belt) turut membantu menyokong bahagian perut serta belakang badan.
#5. Tidur mengiring atau duduk
Posisi tidur terlentang bukan sahaja boleh menjadi punca sakit belakang bagi wanita, tetapi turut membahayakan bayi dalam kandungan jika sudah cecah usia 20 minggu ke atas.
Tidurlah secara mengiring untuk mengurangkan tekanan pada bahagian belakang. Posisi tidur yang betul membolehkan ibu menikmati waktu malam dengan baik.
Untuk lebih keselesaan, jururawat cadangkan ibu mengandung meletakkan sebiji bantal kecil di bawah kaki bagi mengelakkan masalah bengkak kaki atau kekejangan.
#6. Urutan pranatal ibu hamil
Menurut pakar terapi urutan pranatal boleh memberi kelegaan segera apabila anda mengalami sakit belakang terutama apabila ia disebabkan oleh kekejangan otot yang merengsakan saraf (terutamanya saraf sciatic di bahagian punggung dan kaki) dan menghantar isyarat sakit ke otak.
Selain menjadi cara menghilangkan sakit belakang, berurut juga dapat membantu mengurangkan kemurungan dan kebimbangan semasa kehamilan.
Walau bagaimanapun, ibu mengandung dinasihatkan merujuk doktor terlebih dahulu bagi memastikan urutan pranatal selamat adalah selamat dan sesuai dengan usia kandungan.
#7. Rawat sakit belakang dengan akupunktur
Cara hilangkan sakit urat belikat ketika hamil yang lain adalah dengan akupuntur.
Ia adalah teknik perubatan Asia Timur di mana jarum yang sangat halus dimasukkan ke dalam titik tekanan tertentu pada badan yang sesuai dengan pelbagai sistem kesihatan fizikal dan emosi.
Cara hilangkan sakit urat belikat melalui akupunktur dapat menghilangkan sebarang sekatan yang mengganggu kelancaran tenaga badan, dipanggil qi (disebut “chee”).
Merangsang titik akupunktur, sama ada melalui memasukkan jarum atau akutekanan (teknik di mana pengamal menggunakan jari dan bukannya jarum) boleh membantu:
- meningkatkan penghadaman
- meningkatkan tahap tenaga
- melegakan mual pagi
- sakit kepala migrain
- sakit urat belakang
Kajian menunjukkan akupunktur menjadi salah satu cara menghilangkan sakit belakang ketika kehamilan.
Walau bagaimanapun, akupunktur harus dilakukan dengan betul untuk mengelakkan kesan sampingan tidak diingini seperti loya, sakit kepala, dan rangsangan berlebihan yang boleh menyebabkan kelahiran.
Jumpa dan dapatkan nasihat doktor anda terlebih dahulu untuk memastikan akupunktur sesuai untuk anda, dan kemudian dapatkan ahli terapi bertauliah yang mempunyai pengalaman bekerja dengan wanita hamil.
#8. Dapatkan penjagaan kiropraktik
Cara hilangkan sakit tulang belakang yang seterusnya adalah dengan rawatan kiropraktik.
Ia merupakan satu kaedah membetulkan tulang pinggul yang menjadi paksi kepada semua masalah anggota seterusnya membetulkan tulang belakang dan sendi- sendi yang lain.
Senaman untuk sakit belakang
Selain senaman untuk ibu mengandung yang dinyatakan di atas, anda juga boleh melakukan beberapa jenis senaman ibu mengandung yang lain sebagai cara hilangkan sakit urat belikat iaitu:
Yoga adalah amalan kekuatan dan fleksibiliti berasaskan pergerakan dengan akar di India purba, ia adalah salah satu teknik paling popular untuk melegakan kesakitan dan menjadi cara hilangkan sakit tulang belakang yang mudah.
Senaman sakit belakang ini menjadi pilihan utama bagi ibu hamil yang sakit belakang, otot, sendi dan saraf. Ia dikatakan mampu membantu perbaiki postur dan membuatkan fizikal bersedia untuk proses bersalin.
Manfaat yoga pada ibu mengandung yang lain adalah menangani tekanan emosi melalui teknik pernafasan yang mendalam.
Selain itu, ia turut membantu menjadikan waktu tidur yang lebih lena dan merehatkan minda dan otot.
Cara hilangkan sakit urat belikat yang boleh anda cuba adalah berenang selama 20 hingga 30 minit sehari.
Ia adalah senaman untuk ibu mengandung yang digalakkan kerana dapat menguatkan otot abdomen untuk menampung beban perut selain melindungi tulang belakang sepanjang tempoh kehamilan
Cara hilangkan sakit pinggang atau belakang yang paling mudah untuk ibu lakukan adalah dengan kekal aktif dan berjalan kaki.
Aktif berjalan kaki ketika hamil bukan hanya membantu mengekalkan kecergasan tetapi juga bagus untuk bayi dalam kandungan.
Bila sakit belakang ketika hamil terjadi?
Sakit belakang ketika hamil akan mula dirasai pada bahagian atas pinggang pada bahagian belakang. Malah, kesakitannya turut dirasai dan menjalar pada bahagian kaki wanita hamil. Sakit ini dinamakan sciatica.
Kebanyakan wanita akan mengalami masalah sakit belakang ketika hamil sebaik sahaja memasuki trimester kedua. Kajian turut mendapati bahawa masalah sakit urat belakang sewaktu hamil ini akan bermula pada bulan kelima dan ketujuh kehamilan.
Namun, waktu untuk wanita hamil mendapat sakit belakang adalah berbeza-beza. Ada yang mendapat sakit lebih awal dan ada juga pada penghujung kehamilan.
Wanita yang mempunyai sejarah sakit belakang ketika hamil mempunyai risiko tinggi untuk mendapat sakit belakang dengan lebih awal.
Punca sakit belakang atau sakit pinggang
Terdapat banyak punca sakit belakang atau sakit pinggang bagi wanita hamil. Antaranya ialah:
#1. Berat badan bertambah
Disebabkan oleh saiz dan berat bayi yang bertambah, ia menyebabkan badan ibu terpaksa menanggung tekanan berlebihan lalu menjadi punca sakit belakang semasa mengandung.
Kesannya, berlaku tambahan bebanan pada bahagian bawah belakang badan si ibu.
#2. Peningkatan hormon
Punca sakit belakang atau sakit pinggang ketika hamil yang seterusnya adalah peningkatan hormon. Ia menyebabkan ligamen dan sendi dalam ruang pelvis menjadi longgar untuk membantu melancarkan proses kelahiran.
- Perubahan pusat graviti: Semakin besar kandungan anda, semakin berubahlah pusat graviti anda. Ia akan berubah menjadi semakin ke hadapan.
- Otot mula menjadi lemah: Otot abdomen pada wanita hamil yang menyokong bahagian belakang akan menjadi lemah dan meregang.
Selamatkah penggunaan koyok badan?
Apabila tubuh lenguh, kita akan menggunakan koyok badan untuk mendapatkan kelegaan. Tetapi bagaimana pula ibu hamil pakai koyok badan plaster, adakah ia dibolehkan?
Sehingga kini masih belum ada kajian medikal dan kenyataan dari mana-mana sumber yang menyatakan ibu hamil pakai koyok badan plaster itu adalah tidak berbahaya.
Malah ada yang menyatakan adalah lebih baik bagi ibu hamil mengelakkan penggunaan koyok plaster ketika hamil.
Hal ini adalah kerana koyok badan mengandungi menthol dan analgesik (methyl salisailat). Begitu juga krim analgesik yang biasanya mengandungi salisilat, diklofenak atau jenis ubat antiinflamasi nonsteroid (OAINS) lainnya.
Buat pengetahuan ibu, penggunaan OAINS baik dengan cara diminum atau melalui suntikan pada ibu hamil adalah tidak disarankan sama sekali kerana ia memicu gangguan kehamilan dan kecacatan janin.
Walaupun demikian, produk dengan kandungan OIANS jika dipakai pada bahagian kulit adalah dibenarkan, kerana ubat sapu hanya akan memberi kesan pada bahagian atas kulit.
Namun sebaiknya guna koyok badan ketika hamil secara berhati-hati dan tidak berlebihan.
Sakit belakang badan sebab angin
Masalah angin ketika hamil adalah suatu perkara normal bagi sesetengah ibu. Pedih ulu hati dan sakit belakang adalah salah satu simptom badan berangin. Namun begitu ia tidaklah bahaya kepada bayi dalam kandungan.
Bagi mengelakkan masalah sakit belakang badan sebab angin, anda perlu mengurangkan pengambilan berikut:
-
Makanan tinggi kandungan lemak seperti stik, ayam goreng tepung dengan kulit, dan murtabak daging.
-
Sayuran kubis, bunga kubis atau brokoli
- Buah: cempedak, nangka, duku
-
Minuman bergas dan teh
-
Produk tenusu dalam kuantiti yang banyak sekaligus
Bila anda patut jumpa doktor
Jika anda mengalami mana-mana tanda sakit belakang ketika hamil ini, sila berjumpa doktor dengan kadar segera.
- Sakit belakang yang disertai dengan pendarahan pada alat kemaluan
- Sakit sewaktu hendak kencing
- Demam atau suhu badan yang tinggi
Amalan ibu hamil trimester pertama
#1. Kawal emosi dan elak stres
Secara umumnya, wanita yang hamil cenderung memiliki emosi yang sensitif dan mudah tersinggung.
Oleh sebab itu, ibu perlu mempersiapkan diri supaya banyakkan bersabar dengan hal tertentu dan tangani secara berhemah. Secara tak langsung, mood bayi dan ibu sentiasa dalam keadaan baik.
#2. Tidak terlalu banyak buat aktiviti lasak
Bagi wanita yang bunting pelamin, mungkin mereka tidak mempunyai ilmu kehamilan yang mencukupi hingga tak sedar diri sedang berbadan dua.
Akibat itu, mereka melakukan kerja-kerja berat lalu menjadi punca keguguran terutama yang mempunyai masalah rahim rendah.
- Jika merasakan diri sedang bunting pelamin, banyakkan berehat dan kurangkan kerja-kerja berat.
- Penjagaan kehamilan trimester pertama adalah sangat penting sehingga bersalin. Namun, risiko untuk keguguran adalah sangat tinggi di trimester pertama berbanding kedua dan ketiga.
#3. Jangan ambil ubat tanpa kebenaran doktor
- Semasa di awal kehamilan, ibu akan mengalami perubahan pada tubuh badan. Itu adalah normal dan jangan ambil sebarang ubat yang boleh memudaratkan.
- Batuk dan badan rasa tak ‘sedap’ adalah perkara biasa di awal kehamilan.
#4. Amalkan makanan tambahan
Kalau nak tahu, secara lazimnya, kecacatan yang membabitkan organ tubuh bayi terjadi saat di trimester pertama kehamilan. Itu sebabnya penjagaan kehamilan trimester pertama sangat penting pada masa ini.
- Ambil makanan yang kaya dengan karbohidrat, protein dan vitamin.
- Karbohidrat dapat beri tenaga kepada bayi dan ibu hamil.
- Protein pula bagi pertumbuhan dan pembinaan tisu tubuh bayi dan ibu.
- Bagi mencegah jangkitan penyakit pada janin dalam kandungan, ibu perlu ambil vitamin dan zat galian yang mencukupi.
#5. Rehat jika sudah penat
- Sekiranya penat setelah melakukan sebarang aktiviti, rehatlah sebentar. Jangan terlalu memaksa diri yang sedang berbadan dua itu. Kasihan pada bayi dalam kandungan dan tubuh anda.
- Bagi wanita bekerja, jangan terlalu memikirkan hal kerja hingga terbawa-bawa ke rumah. Jika boleh, sampai saja di rumah berehatlah dan freshkan minda anda.
- Perhatikan juga posisi tidur yang selesa ketika hamil supaya tidur malam tidak terganggu.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Cara Mudah Menghilangkan Sakit Belakang Selepas Bersalin
Baca juga: Seksanya Sakit Belakang & Bengkak Kaki Ketika Hamil, Cuba 13 Tips Mujarab Ini!
Baca juga: Nodus Limfa Membengkak Punca Benjolan Di Ketiak Muncul Ketika Hamil, Cuba 4 Petua Ini Atasinya
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!