X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Bukan Sebab Kurang Susu, Tidur Tidak Lena Juga Punca Berat Bayi Naik Tak Cantik -Doktor

4 min bacaan
Bukan Sebab Kurang Susu, Tidur Tidak Lena Juga Punca Berat Bayi Naik Tak Cantik -DoktorBukan Sebab Kurang Susu, Tidur Tidak Lena Juga Punca Berat Bayi Naik Tak Cantik -Doktor

Berat bayi naik tak cantik memang merisaukan. Ramai yang anggap susu tak cukup, tapi sebenarnya menurut doktor tidak tidur lena pun boleh jadi puncanya.

Antara yang menjadi kerisauan ibu baru bersalin adalah berat bayi tak naik. Tahukah anda, tidak tidur lena menjadi salah satu punca berat anak kecil ini tidak naik cantik seperti sepatutnya. 

Lebih-lebih lagi apabila nak pergi check up doktor setiap bulan. Mulalah risau sentiasa bila berat bayi masih lebih kurang sama saja setiap bulan.

Tension juga kadang kala bila sering kena soal dengan nurse atau doktor di klinik kenapa berat anak tidak naik. Rasanya macam semua dah cukup termasuklah susu.

Tapi, mungkin ibu terlepas pandang mengenai perkara ini. Menurut Dr Salehuddin Sulaiman, berat anak tak naik bukan sebab kurang susu, tapi kadang kala ia sebab bayi tidak tidur lena. 

Tidak tidur lena punca berat bayi tak naik cantik

ciri ciri air ketuban

Biasanya apabila baru lahir, kebanyakan bayi suka tidur. Tapi tidur itu tidak lena. Jadi ia sebenarnya boleh memberi kesan kepada kenaikan berat bayi. Selalu disalah anggap berat tak naik kerana tidak cukup susu, tetapi hakikatnya ia juga ada kaitan dengan tidur.

Menurut Dr Salehuddin, persepsi ramai tidak terkecuali petugas kesihatan menganggap apabila berat bayi tidak cantik ia biasanya berpunca daripada susu ibu kurang kualiti mahupun kuantiti.

Namun, apabila hasil pertanyaan kepada ibu yang mengadu berat anaknya tak naik cantik mendapati sebenarnya berat anaknya bukan tidak naik sebab tak cukup susu, tetapi tidak cukup tidur.

Seorang patient saya bawa baby nya: main concern, berat tak naik.

Berat lahir: 2.8kg
Semasa 40 hari: 3.2kg.
Kenaikan berat ~9g sehari (Normal untuk baby menyusu badan : 15-30g sehari)

Menyusu badan fully. Latching, position, teknik, mengikut pemerhatian lactation nurse, ok.

Najis, kuning, lembut. Tak ada tanda masalah penghadaman.

Bukan sebab susu tak cukup

ciri ciri air ketuban

Kencing? Lampin tukar sekitar 3-5 kali sehari, waktu pagi paling berat, dan kebanyakan waktu, berat (jumlah urine satisfactory).

Tidur?
Selepas subuh, tidur dalam 3 jam, selepas itu sepanjang hari tak banyak tidur. Tidur dalam setengah jam - sejam, terbangun. Waktu malam terutama selepas tengah malam, lagi kurang tidur.

Pemeriksaan fizikal, semua ok. Jantung paru-paru, tak ada masalah.

'Anak saudara saya yang hampir sebaya, beza 3 hari je, berat dah naik dekat 5 kilo. Baby tu guna susu formula. Ramai orang advice saya supaya beri susu formula. Tapi saya nak bagi anak saya ni, susu ibu sepenuhnya.' si ibu buntu.

Saya terangkan, bahawa berat baby yang tak bagus ni, bukan sebab susu ibu kurang kuantiti mahupun kualiti (ini adalah persepsi RAMAI orang, termasuk petugas kesihatan).

' Baby puan ni, tak naik berat badan sebab tak cukup tidur'.

Saya beri beberapa tips supaya baby tidur lebih lena, dan nasihat si ibu supaya teruskan penyusuan susu ibu. Temujanji 2 minggu untuk review balik.
Selepas 2 minggu.

Berat 3.6 kg. 400g dalam masa 14 hari. Iaitu 28 g sehari. Alhamdulillah.

Berat bayi & tidur yang lena sangat berkait rapat

ciri ciri air ketuban

Selepas ibu bapa bayi tersebut pastikan bayi mereka cukup tidur, kurang gangguan terutama di waktu siang, memang ada kenaikan yang cantik pada berat badan anak mereka. 

Menurut Dr Salehuddin, tidur memang penting untuk bayi kerana semasa tidur, hormon tumbesaran dikeluarkan untuk merangsang tumbesaran bayi. Disebabkan itu, dalam tiga bulan pertama, Allah menjadikan bayi banyak tidur. 

Hormon paling banyak dikeluarkan ketika bayi tidur lena

Mereka tidur sekitar 16-17 jam (atau lebih), dan hormon paling banyak dikeluarkan ketika mereka tidur lena (lebih sejam). Disebabkan itu, apabila bayi tidak tidur lena beratnya tidak berapa naik dan kurang hormon dikeluarkan. 

Sebab itu, dalam kes pesakit saya ini, peringkat awalnya, berat tak berapa naik kerana tidur yang tak berkualiti (tak sampai sejam) menyebabkan kurang hormon dikeluarkan.

Stories Rakan Kongsi
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini

Tidur yang cukup semasa bayi menentukan kecerdasan otak

Mengikut kajian, tidur yang cukup semasa bayi juga menentukan kecerdasan mereka kelak. Jadi, pastikan bayi anda tidur secukupnya.

Selepas 4 bulan, keperluan tidur mereka ialah sekitar 14-15 jam, dan pada umur 6 bulan, sekitar 13-14 jam sehari. Waktu tidur mereka juga berubah.

Dalam 2-3 bulan pertama, 'office hour' mereka ialah selepas 12 tengah malam hingga 4-5 pagi. Mereka lebih banyak tidur pada waktu siang. Jadi, kalau bayi anda banyak tidur waktu siang, itu normal. Mereka akan mula start tidur waktu malam (circadian rhytm) selepas umur mereka 10-12 minggu (2-3 bulan).

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Anda susah tidur malam? Cuba 8 bahan ini untuk tidur nyenyak tanpa insomnia

Baca juga: Tidur Lambat Boleh Ganggu Perkembangan Otak Anak! 8 Tips Buat Anak Tidur Awal

Baca juga: Bila Bayi Sukar Tidur Malam, Ibu Amalkan Surah Untuk Tidur Ini Agar Lena Hingga Pagi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Bukan Sebab Kurang Susu, Tidur Tidak Lena Juga Punca Berat Bayi Naik Tak Cantik -Doktor
Kongsikan:
  • Mat Kilau Junior Ni Asyik Tidur Je, Jurugambar Sanggup Kena 'Sidai' Untuk Photoshoot!

    Mat Kilau Junior Ni Asyik Tidur Je, Jurugambar Sanggup Kena 'Sidai' Untuk Photoshoot!

  • Dosa Suami Menyakiti Istri Dengan Sengaja, Rezeki Jadi Sempit & Hati Tidak Akan Tenang

    Dosa Suami Menyakiti Istri Dengan Sengaja, Rezeki Jadi Sempit & Hati Tidak Akan Tenang

  • Ramai Suami Pendam Stres & Kemurungan Bila Tidak Mampu Penuhi Keinginan Keluarga. Waspada Dengan Tanda-tanda Ini!

    Ramai Suami Pendam Stres & Kemurungan Bila Tidak Mampu Penuhi Keinginan Keluarga. Waspada Dengan Tanda-tanda Ini!

app info
get app banner
  • Mat Kilau Junior Ni Asyik Tidur Je, Jurugambar Sanggup Kena 'Sidai' Untuk Photoshoot!

    Mat Kilau Junior Ni Asyik Tidur Je, Jurugambar Sanggup Kena 'Sidai' Untuk Photoshoot!

  • Dosa Suami Menyakiti Istri Dengan Sengaja, Rezeki Jadi Sempit & Hati Tidak Akan Tenang

    Dosa Suami Menyakiti Istri Dengan Sengaja, Rezeki Jadi Sempit & Hati Tidak Akan Tenang

  • Ramai Suami Pendam Stres & Kemurungan Bila Tidak Mampu Penuhi Keinginan Keluarga. Waspada Dengan Tanda-tanda Ini!

    Ramai Suami Pendam Stres & Kemurungan Bila Tidak Mampu Penuhi Keinginan Keluarga. Waspada Dengan Tanda-tanda Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.