TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Tidur Lambat Boleh Ganggu Perkembangan Otak Anak! 8 Tips Buat Anak Tidur Awal

4 min bacaan
Tidur Lambat Boleh Ganggu Perkembangan Otak Anak! 8 Tips Buat Anak Tidur Awal

Seringkali kita dengar ibu bapa merungut anak tidur lambat. Mereka kata anak tidur awal adalah perkara paling mustahil yang boleh dibuat.

Seringkali kita dengar ibu bapa merungut anak tidur lambat. Mereka kata anak tidur awal adalah perkara paling mustahil yang boleh dibuat jika berkaitan anak mereka.

Tapi kadang kala, ibu bapa juga perlu cermin gaya tidur mereka, adalah mereka sendiri cuba untuk bawa anak itu tidur awal? Atau mereka sendiri sebenarnya tidak pernah tidur awal?

Tidur dan perkembangan otak anak amat berkait rapat, sedangkan kita sendiri yang dewasa ini pun jika tidak cukup tidur, berantakan jadinya hari berikutnya, apatah lagi jika anak yang memang dibiasakan dengan tidur lambat.

Tidur awal penting untuk perkembangan otak anak

tidur awal

Pengaruh TV, permainan komputer, Internet dan gajet bukan sahaja memberi kesan pada kurangnya pergaulan dengan rakan sebaya dan kurang beriadah di waktu siang malah turut mengganggu waktu tidur anak-anak kerana asyik menghadapnya sehingga lewat malam.

Pendedahan yang lama kepada skrin kadangkala menganggu otak anak untuk tidur pada sebelah malamnya.

Ramai ibu bapa membiarkan sahaja keadaan ini berlarutan dan akibatnya rutin tidur mereka tidak teratur, susah untuk tidur awal dan berdepan masalah bangun pagi sehingga ada yang tidak sempat ke sekolah.

Terpaksa ponteng! Ibu bapa yang pula risau bila fikirkan anak ditinggalkan di rumah keseorangan.

Tidur awal penting untuk tumbesaran baik

Kanak-kanak perlu tidur yang cukup dan teratur untuk proses tumbesaran, kecergasan badan dan perkembangan minda.

Bila tidak cukup tidur, ia akan memberi kesan psikologi seperti mudah berasa letih, cepat naik angin, kurang aktif dan kurang fokus.

8 tips buat anak tidur awal

#1. Selaraskan waktu

Latih anak tidur ikut waktu. Sebagai contoh, jika anda mahu dia tidur pukul 9 malam, jadikannya sebagai rutin. Jangan pula pukul 9 malam anda bawa dia keluar makan dan sebagainya.

Badan kita ini ibarat jam juga, biasanya dia akan ikut waktu biasa apa yang kita buat. Jadi set badan anak anda supaya boleh tidur pada waktu yang ditetapkan.

Pastikan mereka konsisten dengan waktu tersebut. Apabila mereka terlajak waktu, automatik mereka akan terasa mengantuk dan masuk ke bilik tanpa paksaan.

#2. Elak minum kafein

Kanak-kanak memang tak sepatutnya minum kafein pun. Jadi elakkan mereka minum kafein  yang boleh menyebabkan anak aktif. Sebaiknya, galak mereka minum air suam pada waktu malam atau susu suam.

#3. Banyakkan aktiviti pada waktu siang

tidur awal

Penuhi waktu siang anak dengan pelbagai aktiviti. Jadi apabila malam, mereka cepat berasa letih dan tidur awal.

#4. Elak tidur petang

Tidur sekejap pada waktu tengah hari boleh kerana kanak-kanak yang bersekolah pagi biasanya akan penat dan tertidur. Tapi elakkan hingga petang supaya mereka mudah tidur malam.

#5. Tutup perkara yang melekakan

Apa juga yang boleh menyebabkan anak anda terleka sehingga terabai waktu tidur, perlu ditutup.

Stories Rakan Kongsi
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?

#6. Gelapkan bilik awal

tidur awal

Cipta suasana suram dalam bilik. Biar mereka terbiasa dengan suasana itu untuk tidur, jadi otak mereka akan automatik set supaya perlu tidur jika keadaan begitu.

Cipta suasana bilik yang merangsang tidur mereka seperti bau wangi dan menenangkan. Bilik yang kemas dan teratur selain suasana selesa.

#7. Buat jadual, beri reward jika patuhi waktu tidur

Siapa saja yang tidak suka dapat reward kan? Tidak salah jika anda reward anak jika mereka patuhi waktu tidur dan tidur awal.

Buat jadual dan ajar mereka lihat jam, waktu mana yang mereka perlu tidur. Jika mereka patuhi jadual itu, bolehlah reward mereka.

#8. Tegas

Kadang-kadang, ibu bapa perlu mengguna kuasa veto untuk memerintah anak supaya tidur awal. Tapi, perlu diingat, ia untuk kebaikan anak kita sendiri. Mahukah anda melihat anak lesu dan murung sepanjang perjalanan ke sekolah? Atau anda ingin melihat anak yang cergas setiap pagi?

Jadi tegaslah ketika suruh anak tidur! Anda boleh lakukannya kerana ia untuk kebaikan mereka juga!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: siraplimau

Baca juga:

https://my.theasianparent.comtempat-tidur-anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Tidur Lambat Boleh Ganggu Perkembangan Otak Anak! 8 Tips Buat Anak Tidur Awal
Kongsikan:
  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham