Sebagai ibu bapa, kita semua mahu memberikan yang terbaik untuk si manja termasuklah penjagaan kulit bayi. Ramai tidak sedar bahawa 12 bulan pertama kehidupan adalah tempoh yang sangat penting untuk perkembangan lapisan perlindungan kulit bayi, atau dikenali sebagai skin barrier.
Terutamanya pada bahagian wajah bayi yang sangat halus, penjagaan yang rapi dari awal dapat mencegah pelbagai masalah kulit yang mungkin berlaku kemudian hari.
Apa Itu Skin Barrier
Lapisan perlindungan kulit atau skin barrier adalah lapisan paling luar kulit yang bertindak sebagai ‘pengawal keselamatan’. Ia menghalang bahan asing, kuman dan alergen daripada masuk ke dalam kulit, sambil mengekalkan kelembapan agar kulit kekal sihat dan lembut.
Pada orang dewasa, skin barrier sudah matang dan kuat. Namun bagi bayi baru lahir, terutama dalam 12 bulan pertama, lapisan ini masih dalam fasa perkembangan.
Sebenarnya kulit bayi adalah lima kali lebih nipis berbanding kulit orang dewasa, menjadikannya lebih mudah terdedah kepada iritasi, kekeringan dan jangkitan.
Kenapa Penjagaan Awal Sangat Penting?
Menurut Persatuan Dermatologi Malaysia, lebih daripada 20 peratus kanak-kanak di Malaysia berumur 1 hingga 6 tahun mengalami Atopic Dermatitis (AD) atau ekzema. Yang lebih membimbangkan, sebanyak 70% kes AD dikesan sebelum bayi mencapai umur 2 tahun.
Bayi yang didiagnos dengan AD juga menunjukkan perbezaan dalam perkembangan skin barrier berbanding bayi tanpa AD, sekali gus membuktikan bahawa kelewatan atau gangguan dalam kematangan kulit boleh menyumbang kepada kemunculan awal masalah ini.

Apa Berlaku Jika Skin Barrier Bayi Terjejas?
Skin barrier atau lapisan perlindungan kulit bayi ibarat “perisai semula jadi” yang menjaga kulit daripada kekeringan, kuman, alergen, dan pencemaran. Bila perisai ini terganggu, kulit bayi lebih mudah terdedah kepada pelbagai masalah.
Antara kesan yang boleh berlaku termasuk:
1. Kulit Kering, Bersisik dan Mengelupas
Tanpa perlindungan yang cukup, kulit bayi hilang kelembapan dengan cepat. Ia menjadi kering, kasar, malah boleh mula mengelupas di beberapa bahagian, terutamanya di pipi dan dahi.
2. Kemerahan dan Iritasi
Produk penjagaan kulit yang tidak sesuai atau pendedahan kepada persekitaran yang tercemar boleh menyebabkan kulit bayi mudah menjadi merah dan merengsa. Ini boleh menyebabkan ketidakselesaan dan bayi menjadi lebih mudah merengek.

3. Ruam dan Ekzema
Masalah seperti diaper rash dan ekzema sering kali berlaku apabila kulit terlalu kering atau apabila skin barrier sudah rosak. Ruam ini boleh menyebabkan kegatalan yang serius hingga bayi sukar tidur dan tidak selesa sepanjang hari.
4. Risiko Jangkitan Kulit Meningkat
Apabila lapisan perlindungan kulit tidak kuat, bakteria dan kulat mudah masuk ke dalam kulit dan menyebabkan jangkitan. Bayi mungkin mengalami bintik bernanah, luka kecil atau kawasan kulit yang membengkak.
5 Cara Kuatkan Skin Barrier Bayi
Untuk memastikan skin barrier bayi kekal sihat dan kuat, ibu bapa perlu lebih peka dalam memilih produk serta cara penjagaan kulit harian si manja. Berikut adalah 5 cara berkesan untuk membantu menguatkan lapisan perlindungan kulit bayi:
1. Pilih Pencuci yang Lembut & Bebas Sabun
Kulit bayi sangat sensitif dan mudah terjejas jika terdedah kepada bahan pencuci yang mengandungi sabun atau detergen. Pilih pencuci yang diformulasikan khas untuk bayi, dengan pH seimbang dan bebas sabun (soap-free) supaya ia tidak menghilangkan minyak semula jadi kulit yang penting untuk kekalkan kelembapan.
2. Elakkan Air Panas Semasa Mandi
Air yang terlalu panas boleh menyebabkan kulit bayi menjadi kering dan merosakkan skin barrier. Mandikan bayi menggunakan air suam (bukan panas), dan pastikan mandian tidak terlalu lama. 5 hingga 10 minit sudah mencukupi untuk menjaga kelembapan kulit semula jadi mereka.
3. Elakkan Bahan Kimia Keras
Jauhi produk yang mengandungi alkohol, pewangi tiruan, paraben, atau sulfat. Bahan kimia ini boleh menyebabkan iritasi, ruam, dan mengganggu proses pematangan skin barrier bayi. Pilih produk yang lembut, hypoallergenic, dan diuji secara dermatologi.
4. Gunakan Moisturizer Sejurus Selepas Mandi
Selepas mandi, kulit bayi masih lembap dan ini adalah masa terbaik untuk mengunci kelembapan dengan pelembap yang sesuai. Penggunaan moisturizer selepas mandi membantu menguatkan skin barrier dengan mengekalkan lapisan perlindungan semula jadi kulit.

5. Guna Krim Muka Kaya Dengan Bahan Pemulih Skin Barrier (Paling Penting!)
Ramai ibu bapa hanya fokus pada badan, tapi wajah bayi juga sangat terdedah kepada cuaca, debu dan iritasi. Menggunakan krim muka khas bayi yang kaya dengan bahan-bahan pemulih skin barrier adalah kunci untuk perlindungan maksimum.
Bahan penting yang perlu ada dalam krim muka bayi:
-
Ceramide: Membantu membina dan membaiki lapisan pelindung kulit agar lebih kuat dan tahan terhadap iritasi.
-
Shea Butter: Kaya dengan asid lemak semula jadi yang membantu melembapkan dan menenangkan kulit sensitif bayi.
Krim muka yang mengandungi bahan ini bukan sahaja membantu memulihkan skin barrier yang terganggu, malah dapat mencegah masalah kulit seperti kekeringan dan kemerahan dari awal.
Mama’s Choice Baby Daily Face Cream Pilihan Terbaik

Bila bercakap tentang penjagaan kulit bayi, ramai ibu bapa hanya fokus pada bahagian badan, tetapi wajah si manja juga memerlukan perhatian khusus terutamanya dalam 12 bulan pertama yang penting untuk perkembangan skin barrier.
Di sinilah peranan Mama’s Choice Baby Daily Nourishing Face Cream, krim muka bayi yang bukan sahaja lembut dan selamat, malah berkesan untuk memperbaiki kulit sensitif bayi.
Ia adalah pilihan terbaik yang memenuhi semua kriteria ini kerana lembut, selamat digunakan seawal usia bayi, serta diperkaya dengan Ceramide dan Shea Butter untuk membantu membaiki dan menguatkan lapisan perlindungan kulit bayi setiap hari.
Mama’s Choice Baby Daily Nourishing Face Cream tidak mengandungi paraben, alkohol dan toksin. Hipoalergenik menjadikannya selamat untuk bayi yang mempunyai kulit sensitif. Ia kaya dengan bahan semulajadi yang aktif seperti bunga matahari yang dapat memberi perlindungan kepada kulit, aloe vera organik yang dapat memberi ketenangan dan melembutkan kulit, ceramide untuk menghalang kehilangan kelembapan dan sweet almond untuk merawat kulit kering.

Ia diyakini halal dan diuji secara dermatologi. Cara penggunaan:
- Cuci muka baby dengan air suam
- Sapu krim secukupnya pada muka
- Kemudian urut perlahan-lahan ikut gerakan bulat
- Gunakan dua kali sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit dan hasil yang optimum.
- Anda dinasihat guna Mama’s Choice Baby Daily Nourishing Face Cream secara konsisten untuk hasil terbaik.

Untuk maklumat lanjut atau membuat pembelian produk ini, anda boleh layari Shopee dan Lazada.
Kesimpulannya, kesihatan kulit bayi bermula sejak hari pertama. Dengan mengambil langkah pencegahan awal dalam 12 bulan pertama, ibu ayah bukan sahaja melindungi bayi daripada ketidakselesaan dan risiko penyakit kulit, malah membantu membina asas kulit yang sihat untuk jangka masa panjang.
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!