TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

5 Cara Selesaikan Masalah Kulit Bayi Yang Kering!

4 min bacaan
5 Cara Selesaikan Masalah Kulit Bayi Yang Kering!

Masalah kulit bayi kering antara isu yang menjadi kerisuan ibu bapa terutama yang baru pertama kali menjadi ibu bapa. Ada beberapa boleh dilakukan.

Masalah kulit bayi kering antara isu yang menjadi kerisuan ibu bapa terutama yang baru pertama kali menjadi ibu bapa.

Ada bayi yang memiliki kulit yang sangat sensitif sehingga ada yang memiliki kulit kering dan boleh menjadi sedikit bersisik jika terus dibiarkan tanpa sebarang rawatan atau intervensi.

Bagaimana untuk anda tahu sekiranya kulit bayi anda kering? Apakah tandanya yang menunjukkan kulit bayi anda kering?

Kulit bayi kering perlu dirawat

Kulit bayi kering

Menurut portal johnson n johnson, kulit bayi lebih nipis dibandingkan dengan kulit dewasa dari segi struktur, komposisi dan fungsi.

Oleh sebab reka bentuk biologi ini, kulit bayi kehilangan lembapan pada kadar dua kali ganda lebih cepat berbanding kulit dewasa.

Ini akan mengurangkan faktor kelembapan semula jadi kulit bayi, dan mengakibatkan kulitnya menjadi kering dan sensitif walaupun permukaan kulit mungkin atau tidak mungkin kelihatan baik.

Kenalpasti gejala kulit kering

Oleh sebab kekeringan dan sensitiviti kulit biasanya tidak disedari sehingga masalah kulit bertambah serius atau menjadi ekzema. Ia adalah penting untuk mengenali gejala-gejala dengan awal untuk mengelakkan masalah kulit bertambah teruk.

Gejala-gejala awal kulit kering dan sensitif termasuk kemerahan ringan, kulit yang mudah terengsa atau mengelupas.

Jika tiada gejala-gejala begini dan anda tidak pasti jika bayi anda mempunyai kulit kering atau sensitif , anda boleh mencuba ujian ringkas ini.

Gunakan jari dan dengan secara perlahan, garu kulit bayi anda, adakah garis putih atau garis merah samar kelihatan? Kalau ya, mungkin bayi anda mempunyai simptom awal kekeringan dan sensitiviti.

6 fakta mengenai kulit bayi yang anda perlu tahu

Kulit bayi kering

  1. 60 peratus bayi mempunyai kulit sensitif
  2. Bayi baru lahir biasanya memiliki masalah kulit
  3. Kulit bagi 30 peratus lebih nipis
  4. Kulit bayi lebih terdedah kepada kekeringan
  5. Kulit bayi menyerap dan kehilangan kelembapan dua kali lebih cepat
  6. Lebih mudah terdedah kepada perengsa

Ekzema keradangan kronik yang buat bayi tak selesa

Ekzema atau dermatitis atopik, ialah keradangan kronik yang melibatkan sehingga 20 peratus daripada bayi di dunia. Ekzema sering dilihat pada bayi daripada keluarga yang mempunyai sejarah ekzema, asma atau alahan resdung.

Ekzema biasanya datang dan pergi, ada masanya ia teruk dan ada masanya ia ringan atau lenyap sama-sekali. Pada bayi, ia sering muncul sebagai ruam yang merah, kulit yang terengsa dan gatal pada muka dan kulit kepala.

Dalam sesetengah kes, makanan tertentu (seperti susu lembu, telur, gandum atau oren) boleh menyebabkan masalah kulit ini bertambah serius.

Pada bayi, ekzema sering muncul sebagai ruam yang kelihatan di tangan, muka, leher, bahagian dalam siku dan belakang lutut, tetapi ia mungkin merebak ke bahagian badan yang lain.

Ruam Ekzema dikaitkan dengan kegatalan yang teruk (pruritus).  Jika masalah ini berlarutan atau sangat teruk, anda perlu berbincang dengan penyedia penjagaan kesihatan si manja untuk menentukan sama ada masalah itu ialah ekzema klinikal (dermatitis atopik) atau kulit kering.

Cara terbaik rawat ekzema atau kulit kering

Kulit bayi kering

Selain itu pelajari cara yang terbaik untuk merawat dan mengurusnya. Berikut ialah beberapa petua untuk menangani ekzema dan juga kulit yang sangat kering atau sensitif:

  1. Elakkan perkara yang anda fikir boleh menyebabkan kegatalan – Ia termasuklah habuk, rumput, pakaian yang diperbuat daripada bulu dan sesetengah sabun, serbuk pencuci, pelembut kain dan minyak wangi. Anda digalakkan untuk menulis diari bagi menentukan punca masalah kulit si kecil.
  2. Beri si manja mandian sekejap – tidak lebih daripada 5 hingga 10 minit – dalam air yang hangat tetapi tidak panas
  3. Gunakan pembersih kulit atau syampu yang lembut, yang dirumus khas untuk bayi yang mempunyai kulit sensitif – Berikan lebih perhatian pada bahagian yang sering terdedah kepada persekitaran.
  4. Keringkan kulit si manja selepas mandi dengan mengelap menggunakan tuala yang lembut – Kemudian sapukan pelembap dengan segera. Jangan gosok kulit bayi anda
  5. Lembapkan dengan kerap – sepanjang hari, terutamanya selepas mandi
  6. Gunakan krim emolien – urut perlahan-lahan sehingga ia menyerap ke dalam kulit dalam gerakan ke bawah

Walaupun ekzema merupakan keadaan yang merengsakan, terutamanya sepanjang tempoh aktifnya, dengan mengikuti petua ini, anda boleh membantu membuatkan si manja berasa lebih selesa.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Stories Rakan Kongsi
7 simple facts about poop every parent should know
7 simple facts about poop every parent should know
Why Is Childhood Immunisation Important?
Why Is Childhood Immunisation Important?
WIN Applecrumby And Fish products worth RM$305!
WIN Applecrumby And Fish products worth RM$305!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Alahan & Sindrom
  • /
  • 5 Cara Selesaikan Masalah Kulit Bayi Yang Kering!
Kongsikan:
  • Cyclopia: Sindrom Bayi Tidak Sempurna Dilahirkan Dengan Satu Mata Dan Tiada Hidung

    Cyclopia: Sindrom Bayi Tidak Sempurna Dilahirkan Dengan Satu Mata Dan Tiada Hidung

  • Jenis Alergi kulit Dan Gambarnya Yang Perlu Anda Ketahui

    Jenis Alergi kulit Dan Gambarnya Yang Perlu Anda Ketahui

  • Panduan Mohon Kad OKU Online Untuk Anak Autisme, Panduan Lengkap Buat Parents

    Panduan Mohon Kad OKU Online Untuk Anak Autisme, Panduan Lengkap Buat Parents

  • Cyclopia: Sindrom Bayi Tidak Sempurna Dilahirkan Dengan Satu Mata Dan Tiada Hidung

    Cyclopia: Sindrom Bayi Tidak Sempurna Dilahirkan Dengan Satu Mata Dan Tiada Hidung

  • Jenis Alergi kulit Dan Gambarnya Yang Perlu Anda Ketahui

    Jenis Alergi kulit Dan Gambarnya Yang Perlu Anda Ketahui

  • Panduan Mohon Kad OKU Online Untuk Anak Autisme, Panduan Lengkap Buat Parents

    Panduan Mohon Kad OKU Online Untuk Anak Autisme, Panduan Lengkap Buat Parents

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham