TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Cara Paling Mudah Untuk Elak Ekzema Pada Bayi Anda

3 min bacaan
Cara Paling Mudah Untuk Elak Ekzema Pada Bayi Anda

Ekzema bayi adalah masalah kulit yang menyebabkan si kecil anda berada dalam kesakitan dan tidak selesa. Mari ketahui kajian terbaru yang mencadangkan cara untuk mengelakkan ia dari bayi anda.

Salah satu kebimbangan yang sering dibincangkan dalam group ibu-ibu adalah: masalah ekzema pada bayi.

Ramai yang akan berkongsi kisah tentang bayi mereka yang mempunyai ruam kering dan berkerak, selalunya pada pipi dan juga lengan, kaki, dada dan beberapa bahagian badan lain.

Kadangkala, ia akan berair dan meradang, diterukkan lagi dengan anak kecil yang asyik menggaru.

Ruam boleh menjadi teruk sehinggakan bayi akan mudah meragam dan susah untuk tidur lena.

Ada yang tertanya-tanya sama ada ia adalah alahan disebabkan susu dan ada juga yang percaya ia disebabkan cuaca panas.

Selalunya, ia adalah akibat daripada masalah ekzema!

Tahukah anda yang lebih daripada 20% kanak-kanak akan cenderung terkena keadaan kulit yang sangat tidak selesa ini, juga dikenali sebagai dermatitis aktopik.

Selepas si kecil anda berusia setahun, ruam selalunya akan muncul di bahagian siku, belakang lutut, pergelangan tangan dan buku lali, dan ia juga boleh muncul di beberapa bahagian lain.

Walaupun bayi saya bebas daripada ruam (bersyukurnya saya!), saya sendiri mengalami masalah ekzema semasa kecil, dan ia agak serius.

baby ekzema

Kredit: Babycenter.com

Kedua-dua tangan saya diselaputi dengan ruam berkerak yang sangat menggatalkan. Ada yang kering dan ada juga yang berair!

Setiap hari, saya terpaksa berhadapan dengan kegatalan. Sehinggakan, saya benci untuk bersalaman dengan orang lain.

Apa yang lebih menyedihkan adalah doktor sendiri tidak tahu apa yang menyebabkan ekzema saya ini.

Ia mungkin ada berhubung kait dengan ekzema dan alahan, dan ia juga mungkin turut disumbangkan oleh faktor latar belakang keluarga saya yang mempunyai ekzema, asma, alahan dan kulit kering.

Ia turut disebabkan oleh kepanasan, pengambilan beberapa jenis makanan, dan juga stress. Sakit ekzema saya akan muncul beberapa kali sehinggalah saya dewasa.

Kajian terbaru untuk menyelesaikan masalah ekzema

alahan kulit ekzema bayi

Kredit: Stayhealthyblog.com

Paling terbaru, ada kajian yang telah mencadangkan satu langkah penyelesaian untuk masalah ekzema.

Bahan yang dapat membantu mengurang dan menyembuhkan ekzema bayi anda boleh diperolehi dengan mudah di rumah anda atau dibeli di kedai runcit: jeli petroleum juga dikenali sebagai Vaseline.

Kajian oleh Dr. Steve Xu daripada Northwestern Feinberg School of Medicine menunjukkan yang dengan meletakkan jeli petroleum pada bayi semasa 6 bulan pertama, ia akan mengurangkan risiko bayi anda untuk mengalami ekzema semasa 6 bulan kedua dalam hidupnya!

Dalam penjelasan kepada Huffington Post, Dr. Xu berkata:

“Kita dapat menyelamatkan lebih ramai bayi yang baru lahir – dan juga keluarga – yang terpaksa merana akibat ekzema. Harganya juga tidaklah terlalu mahal!”

Sememangnya, kita semua tahu bahawa kos rawatan untuk penyakit kulit tidaklah murah harganya!

Kajian membawa kepada kos rawatan ekzema yang murah

krim vaseline alahan ekzema

Kredit: Itsberyllicious.com

Apabila bayi anda mengalami ekzema dan memerlukan rawatan krim kulit yang berterusan, kos mahal ini boleh membebankan.

Kini, Vaseline amat mudah untuk dibeli di kedai farmasi dan pasaraya. Harganya pula di bawah RM10 untuk setiap bekas 50g.

Ya, anda boleh memilih sebarang pelembap kulit lain yang anda sukai, atau minyak seperti minyak biji matahari, tetapi jeli petroleum adalah pilihan yang terbaik kerana ia lebih selamat.

Ia juga bebas daripada sebarang parfum atau wangian dan tidak mengandungi pengawet atau aditif yang berpotensi membuatkan ekzema dan alahan lain menjadi lebih teruk!

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak

Jadi, cuba tip ini selepas anda mendapatkan nasihat doktor dan lihat perubahannya pada kulit bayi anda ya!

Sumber: Ditulis oleh penulis asal, Hanna Lee, di The Asian Parent Malaysia.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Anak Saya Alami Reaksi Alahan Yang Teruk – Saya Sangat Takut

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Cara Paling Mudah Untuk Elak Ekzema Pada Bayi Anda
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham