X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

7 Tips Harian Yang Patut Anda Buat Jika Anak Hidap Ekzema!

4 min bacaan
7 Tips Harian Yang Patut Anda Buat Jika Anak Hidap Ekzema!

Jika anak hidap ekzema, runsingkan ibu? Lagi pula ekzema bayi atau kanak-kanak yang langsung tidak tahu bagaimana mahu mengekspresikan perasaan mereka.

Jika anak hidap ekzema, runsing jadinya kan ibu? Lagi pula ekzema bayi atau kanak-kanak yang langsung tidak tahu bagaimana mahu mengekspresikan perasaan mereka.

Yang mereka boleh buat hanyalah menangis bagi menunjukkan rasa tidak selesa dan gatal-gatal.

Mahu tidak mahu, kita sebagai ibu bapa perlukan fikirkan bagaimana caranya untuk mengurangkan ketidakselesaan anak itu, kerana mereka hanya ada kita untuk menyelesaikan masalah mereka.

Kesian bila anak tidak selesa lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca panas yang akan menimbulkan ketidakselesaan teruk kepada mereka.

Ekzema bayi ibu bapa kena bantu mereka merawatnya

ekzema bayi

Menurut portal myHealth, ekzema biasanya ia terjadi pada bayi atau kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit).

Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan.

Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak.

Biasanya kanak-kanak mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun. Kebanyakan kanak-kanak akan membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Ianya bukanlah satu jangkitan.

Apakah tanda tanda dan gejala ekzema?

Ekzema kelihatan seperti:

  • Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki.
  • Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit.
  • Bengkak kecil yang berair.

7 amalan harian untuk ekzema bayi atau kanak-kanak

#1. Mandi jangan lebih dari sekali sehari dan tak lebih 10 minit

ekzema bayi

Bila anak dah terkena ekzema, terdedah kepada air terlalu lama mampu membahayakan kulit mereka.

Lebih-lebih lagi apabila terdedah kepada air suam, ia akan mengeringkan kulit kanak-kanak. Seterusnya kulit akan gatal, pedih, kering lalu menggelupas.

Sebaiknya, sapu losyen, krim atau gel serta merta supaya dapat menghasilkan lapisan bagi melindungi kulit, melembap dan melegakan kegatalan.

#2. Jaga pemakanan mereka

Jika hantar ke pusat asuhan, pastikan anda sediakan makanan mereka sendiri kerana pasti bayi atau kanak-kanak ini adalah alahan pada sesuatu.

Ramai ibu-ibu yang sanggup menjaga sendiri anak mereka yang jatuh sakit kan? Sama seperti ekzema, tak sampai hati rasanya nak hantar ke pusat jagaan harian.

Jika terpaksa sekalipun kerana ada hal yang tak dapat dielakkan, pastikan anda bekalkan mereka snek dan makanan sendiri.

Bukan apa, sesetengah ibu bapa kurang yakin dengan tahap kebersihan makanan di pusat jagaan. Ada baiknya bekalkan mereka hidangan yang disediakan sendiri di rumah. Lebih terjamin kebersihannya selain kandunganya dipastikan memang benda yang anak anda boleh makan!

#3. Sentiasa bawa pelembap tangan

ekzema bayi

Jika menghantar anak yang terkena ekzema ke pusat jagaan harian penting untuk membekalkan mereka pembersih dan pelembap tangan sendiri.

Bukan apa, pembersih dan pelembap tangan yang dibekalkan di pusat jagaan harian tak semuanya dikhususkan untuk kanak-kanak yang terkena ekzema. Dikhuatiri nanti lagi mengeringkan kulit kanak-kanak dan seterusnya menjadikan ekzema terus merebak!

Stories Rakan Kongsi
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus

#4. Sapu losyen pelembap selalu 4 hingga 5 kali sehari pun tak mengapa

Kanak-kanak yang terkena ekzema ni kulitnya saaangat sensitif. Justeru, kita perlu sentiasa sapu losyen pelembap secara kerap, antara 2 hingga 3 kali sehari bagi mengelakkan kulit mereka terus kering.

Lebih tebal losyen dan krim pelembap, lebih baik bagi memperbaiki kesan gatal dan mengekalkan kelembapan dalam kulit!

#5. Kita mahu anak wangi, tapi cuba elakkan guna sabun

Bila anak dah terkena ekzema ni, pemilihan sabun yang sesuai penting bagi mengekalkan kelembapan dalam kulit.

Pilih sabun dengan pH seimbang dan mengandungi bahan yang mampu menyingkirkan minyak semulajadi dari kulit serta dehidrasi untuk kulit yang sihat!

#6. Pastikan kuku si kecil sentiasa pendek

Anak dah terkena ekzema ni, mesti mereka tergaru-garu kan? Sebab itu anda perlu pastikan kuku si kecil sentiasa pendek bagi mengelakkan kegatalan terus merosakkan kulit mereka.

Untuk bayi, pakaikan mereka sarung tangan kapas di waktu malam bagi mengelakkan mereka menggaru kawasan yang terkena ekzema. Jika tidak, lagi teruk jadinya! Ada yang jika kuku panjang, berdarah-darah jadinya pipi anak itu.

#7. Jauhkan haiwan peliharaan dari anak

Jika anak ada ekzema, pastikan anda jauhkan binatang dari mereka. Boleh jadi mereka alah juga dengan bulu binatang! Selamat mencuba parents!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: myhealth, siraplimau

Baca juga:

https://my.theasianparent.comekzema-berjangkit-ke

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • 7 Tips Harian Yang Patut Anda Buat Jika Anak Hidap Ekzema!
Kongsikan:
  • "Jaga Pemakanan!" Ibu Ini Kongsi Tips Berjaya Kawal Ekzema Anak, Rupanya Tukar Diet Saja!

    "Jaga Pemakanan!" Ibu Ini Kongsi Tips Berjaya Kawal Ekzema Anak, Rupanya Tukar Diet Saja!

  • Wet Wrap Adalah Salah Satu Rawatan Ekzema, Ini Cara Dikongsikan Pakar!

    Wet Wrap Adalah Salah Satu Rawatan Ekzema, Ini Cara Dikongsikan Pakar!

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • "Jaga Pemakanan!" Ibu Ini Kongsi Tips Berjaya Kawal Ekzema Anak, Rupanya Tukar Diet Saja!

    "Jaga Pemakanan!" Ibu Ini Kongsi Tips Berjaya Kawal Ekzema Anak, Rupanya Tukar Diet Saja!

  • Wet Wrap Adalah Salah Satu Rawatan Ekzema, Ini Cara Dikongsikan Pakar!

    Wet Wrap Adalah Salah Satu Rawatan Ekzema, Ini Cara Dikongsikan Pakar!

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.