X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Senarai Susu Untuk Anak Ekzema, No #3 Paling Sesuai, Boleh Guna Cegah Alahan Anak

4 min bacaan
Senarai Susu Untuk Anak Ekzema, No #3 Paling Sesuai, Boleh Guna Cegah Alahan AnakSenarai Susu Untuk Anak Ekzema, No #3 Paling Sesuai, Boleh Guna Cegah Alahan Anak

Tak usah lagi bimbang jika nak pilih susu untuk anak ekzema, kerana tiga pilihan susu ini sangat sesuai diberikan pada bayi yang mengalami penyakit kulit!

Ramai para ibu berasa bimbang dan tidak tahu susu untuk anak ekzema yang sesuai. Manakan tidak, kulit anak ekzema ini sangat sensitif. Tersilap makan sikit, ruam merah itu mula naik balik.

Bagi ibu yang menyusukan bayi dengan susu badan pula, anda masih perlu berjaga-jaga dengan makanan yang diambil. Kalau tidak, habis tubuh anak akan naik semula dengan kegatalan dan kemerahan selepas menyusu. 

Tapi doktor biasanya akan menasihatkan ibu-ibu ini supaya menyusukan anak selama yang mungkin supaya antibodi dalam susu ibu dapat kuatkan sistem imun anak.

Cabaran lebih terasa ketika anak sudah mula masuk ke usia enam bulan, apabila mereka mula diperkenalkan dengan makanan pejal.

Ibu yang ada anak ekzema harus lebih peka dengan makanan yang boleh menyebabkan ekzema merebak semula.

susu untuk anak ekzema, susu anak ekzema, susu formula untuk anak ekzema, susu formula soya untuk anak ekzema, ekzema, anak menghidap ekzema, susu anak ekzema kulit, susu formula, susu formula yang sesuai untuk anak ekzema, susu, susu ibu, susu badan, susu formula yang terbaik untuk anak ekzema

Sebab itu, ibu harus lebih tegas tentang pemakanan anak ekzema. Jangan biarkan orang lain beri makanan yang tidak sesuai hingga menyebabkan kulit anak gatal-gatal semula seterusnya berdarah.

Ekzema adalah ruam dan benjolan merah kecil yang bermula dari kaki, paha dan kepala. Ia mungkin boleh merebak ke bahagian tubuh anak yang lain.

Selepas beberapa hari, kulit yang terlibat akan menjadi kering. Benjolan kecil itu akn menjadi lepuhan yang mengandungi cecair.

Ia akan pecah apabila bergesel dengan pakaian atau anggota tubuh yang lain.

Susu untuk anak ekzema

Terdapat dua jenis susu formula yang sesuai untuk bayi yang mengalami ekzema:

  • Susu formula berasaskan susu soya
  • Susu formula berasaskan susu lembu

Kedua-dua susu ini sangat baik dan boleh diberikan pada bayi sekiranya ibu mengalami masalah penghasilan susu ibu.

Susu untuk anak ekzema #1: Susu formula berasaskan susu lembu

susu untuk anak ekzema, susu anak ekzema, susu formula untuk anak ekzema, susu formula soya untuk anak ekzema, ekzema, anak menghidap ekzema, susu anak ekzema kulit, susu formula, susu formula yang sesuai untuk anak ekzema, susu, susu ibu, susu badan, susu formula yang terbaik untuk anak ekzema

Susu formula berasaskan susu lembu ini diproses supaya menyerupai susu ibu dan lebih mudah dicerna serta ada nutrisi yang ditambah.

Memandangkan anak yang menghidap masalah ekzema ini agak sensitif dalam aspek pemakanan, adalah lebih baik untuk ibu try and error terlebih dahulu dalam memperoleh susu formula yang sesuai dengan si manja.

Susu untuk anak ekzema #2: Susu formula berasaskan susu soya 

susu untuk anak ekzema, susu anak ekzema, susu formula untuk anak ekzema, susu formula soya untuk anak ekzema, ekzema, anak menghidap ekzema, susu anak ekzema kulit, susu formula, susu formula yang sesuai untuk anak ekzema, susu, susu ibu, susu badan, susu formula yang terbaik untuk anak ekzema

Formula berasaskan susu soya pula mengandungi protein dan nutrisi penting yang diperlukan bayi.

Soya boleh menjadi pilihan kedua sekiranya anak mengalami alahan pada susu formula berasaskan susu lembu.

Namun begitu, ada juga bayi yang mengalami alahan pada susu soya. Tapi ibu harus mencubanya dahulu kerana alahan anak ini dapat dilihat selepas beberapa jam bayi minum susu formula tersebut.

#3: Protein hydrolysate formula

Jika anak mengalami alahan pada kedua-dua susu di atas, ibu boleh mencuba dengan susu protein hydrolysate formula yang dikenali sebagai hypoallergic protein (HAP)

Susu formula ini diproses bagi mengurangkan alahan pada kulit bayi yang sensitif terhadap protein haiwan (lembu dan kambing) dan tumbuhan (soya). Malah susu ini juga mengandungi nutrisi yang baik dan mudah dicerna oleh semua bayi.

Perlu ke minum susu formula selepas dua tahun?

Susu untuk anak ekzema ini sebenarnya mengikut keperluan si kecil. Jika mereka tidak alah pada produk tenusu, boleh saja beri anak minum susu formula. Lihat mana yang sesuai.

Namun ada juga ibu bapa yang tak bagi anak minum susu formula walaupun sudah selesai minum susu badan selama dua tahun.

Mereka beranggapan pemakanan seharian anak sudah memadai untuk pertumbuhan anak sehingga besar.

Tips pemakanan anak ekzema

  1. Berikan susu ibu selama mungkin tapi sekurang-kurangnya dua tahun. 
  2. Ajar anak amalkan makanan yang sebenar atau real food. Kurangkan atau jangan bagi makanan yang diproses atau sejuk beku. Masak sendiri lebih baik dan terjamin bersih. 
  3. Variasikan hidangan anak dengan kumpulan makanan yang betul. Bagi anak makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
  4. Galakkan anak minum banyak air kosong. Elakkan minuman manis kerana ia menyebabkan ekzema bertambah teruk.
  5. Berikan supplemen seperti minyak ikan, multivitamin, vitamin c, prebiotik dan probiotik untuk kuatkan sistem imun tubuh anak. Sekaligus anak dapat nutrisi yang cukup setiap hari.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. 

Stories Rakan Kongsi
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!
“Eidress Jarang Sangat Sakit Dan Cerdas!” Ini Rupanya Tips Anzalna Amalkan Bagi Memastikan Anaknya Membesar Dengan Baik!
“Eidress Jarang Sangat Sakit Dan Cerdas!” Ini Rupanya Tips Anzalna Amalkan Bagi Memastikan Anaknya Membesar Dengan Baik!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Cara Paling Mudah Untuk Elak Ekzema Pada Bayi Anda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Formula
  • /
  • Senarai Susu Untuk Anak Ekzema, No #3 Paling Sesuai, Boleh Guna Cegah Alahan Anak
Kongsikan:
  • Wet Wrap Adalah Salah Satu Rawatan Ekzema, Ini Cara Dikongsikan Pakar!

    Wet Wrap Adalah Salah Satu Rawatan Ekzema, Ini Cara Dikongsikan Pakar!

  • 6 Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun & Penuh Khasiat Untuk Si Cilik Anda!

    6 Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun & Penuh Khasiat Untuk Si Cilik Anda!

  • Lahir Dalam Posisi Berpelukan, Kelahiran Bayi Kembar Siam Ini Dianggap Luar Biasa

    Lahir Dalam Posisi Berpelukan, Kelahiran Bayi Kembar Siam Ini Dianggap Luar Biasa

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

app info
get app banner

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.