Ibu bapa biasa memilih susu soya untuk bayi jika anak mereka sensitif atau alah terhadap susu lembu. Walaubagaimanapun, kajian oleh Institut Sains Kesihatan Alam Sekitar Kebangsaan (NIEHS) di Amerika Syarikat, telah mendedahkan penemuan terbaru yang menunjukkan kesan kesihatan apabila formula susu soya untuk bayi diberikan.
Mereka mendapati susu soya untuk bayi boleh mengubah sel dan tisu reproduktif anak-anak!
Wajar ke ibu bapa beri formula susu soya untuk bayi?
Penyelidik mendapati formula soya mempunyai kandungan estrogen berasaskan tumbuhan yang sangat tinggi. Akibatnya ialah perubahan kepada tisu dalam tubuh badan anak, yang reponsif terhadap estrogen dari susu soya untuk bayi yang diberi.
Setakat ini. penyelidik masih kurang pasti sama ada perubahan tersebut akan meninggalkan kesan jangka panjang ataupun tidak.
Virginia A. Stallings, Pengarah Bahagian Pemakanan di Hospital Kanak-kanak Philadelphia (CHOP), yang juga salah seorang dari penulis kajian itu berkata,
“Apabila ibu bapa memilih formula susu soya untuk bayi, susu itu akan menjadi sumber makanan tunggal bagi anak mereka selama 6 bulan pertama kehidupan.
Oleh itu, adalah penting untuk memahami kesan susu soya untuk bayi, apabila ia diberi kepada anak ketika fasa perkembangan yang sangat penting ini. “
Walaupun, mereka mendapati perubahan terhadap sel dan tisu badan anak sedikit sahaja dan tidak begitu membimbangkan, hanya siasatan lanjut boleh membuktikan kesan jangka panjang estrogen yang terdapat dalam formula susu soya untuk bayi.
Mengapa estrogen dalam susu soya untuk bayi bukan pilihan yang baik?
Memang ramai bayi yang tidak ada toleransi terhadap laktosa dalam susu lembu. Tapi apa yang ibu bapa tidak sedar ialah formula susu soya untuk bayi mungkin ada jumlah genistein yang tinggi, yang hampir sama seperti estrogen.
Menurut CHOP, “Seperti bahan-bahan kimia lain yang meniru estrogen di alam sekitar, genistein dapat mengubah sistem endokrin tubuh dan berpotensi mengganggu perkembangan hormon yang normal.”
Oleh itu, formula susu soya untuk bayi bukanlah pilihan terbaik.
Kanak-kanak perempuan lebih mudah terdedah kepada perkembangan hormon yang cepat
Untuk memahami tahap perkembangan hormon, penyelidik telah mengkaji 410 pasangan ibu dan anak, tetapi hanya 283 pasangan berjaya menghabiskan kajian ini.
Daripada jumlah ini, 102 bayi telah diberi formula susu soya untuk bayi secara eksklusif. 111 bayi lain pula diberi formula susu lembu, dan 70 diberi susu ibu. Dan, kira-kira 50% daripada bayi yang dikaji adalah bayi perempuan.
Menurut Stallings, kajian pemerhatian telah dilakukan dan bukan cubaan secara rawak. Ibu-ibu terbabit telah memilih jenis susu sebelum mendaftarkan diri dalam kajian itu.
Tiga hasil telah dikaji oleh penyelidik:
- Maturational index (MI), berdasarkan sel-sel epitelium yang diambil dari tisu urogenital bayi
- Pengukuran uterus dengan imbasan ultrasound, maklumat mengenai ovari, testis, dan payudara
- Tahap hormon melalui ujian darah
Stallings berkata, “mereka berjaya melihat perbezaan utama di kalangan bayi perempuan.”
- Berbanding bayi perempuan yang diberi formula susu lembu, bayi yang diberi formula susu soya menunjukkan trajektori perkembangan yang lebih tinggi.
- Bayi tersebut juga mempunyai Maturational index (MI) sel faraj yang lebih tinggi.
- Isipadu uterus mereka berkurang lebih perlahan (berbanding dengan formula susu yang diberi makan lembu)
Oleh itu walaupun ramai ibu mungkin memilih formula susu soya untuk bayi mereka, penyelidik masih mengesyorkan penyusuan susu ibu.
Sekiranya ibu tidak dapat menghasilkan susu ibu yang mencukupi, ibu boleh cuba untuk mendapatkan susu penderma.
Ibu-ibu juga boleh berbincang bersama pakar pediatrik untuk mendapatkan sokongan dan bimbingan apabila memilih susu alternatif yang sesuai untuk anak.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Science Daily, Medicalxpress, CHOP
Baca juga:
Apa resipi sup tambah susu badan yang terbukti berkesan dan anda patut cuba ini?
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!